Saturday, December 30, 2006

Cinta Datang Lagi?


Aku ingat posting sebelum nie adalah yang terakhir untuk tahun nie, tapi tak sangka pulak ader cerita yang menarik yang boleh dikongsi bersama. Semalam aku cuti!Kesempatan tuh aku pun pergilah melawat rakan rakan di HQ.Sebelum tuh terlintas pulak nak jumpa seseorang dan aku pun daillah nombor dia ngan harapan untuk sekian kalinyer bolehlah jumpa kan?

Mula mula seperti biasa dia bagi alasan sibuk dan janji akan kol semula. Dalam hati aku mungkin dia taknak jumpa..selang 10 minit dia kol semula dan bersetuju utk jumpa aku. WAHHH....berbunga bunga nie....aku pun terus jumpa dia dan My God!!!dia dah berubah sangat...dan seperti dijangka perubahan dia kerana dia dah berkawin.

Tapi apa yang membuat aku teruja...ialah dia berubah sebab aku. Dia kata selama ini dia hidup dalam fantasi dan tiada penghujungnya. Dia tekad meninggalkan aku dan berubah fikiran untuk menjadi seseorang yang berada di dunia realiti. Banyak juga yang dia nasihatkan dan tentunya amat berguna untuk aku. Dan sempena tahun baru ini aku rasa aku pun nak ikut jejak dia...

Kadang kadang bila direnungkan kembali betul apa yang dia kata. Hidup ini tak kemana kalau kita masih dengan fantasi kita sendiri. Buang masa!dan aku mula terfikir cerita enam tahun lepas. Apa matlamat utama aku ke "Dunia Ini". Ya dan aku dapat merasakan Tuhan sentiasa memelihara aku dari kejahatan. Aku banyak berdosa!. Lalai dan leka.....

Tapi yang pasti aku semakin suka menempuhi warna warna kehidupan yang bakal aku tempuhi 2007 nie nanti. Aku akan senaraikan wishes aku pada entry akan datang. Jumpa lagi.

2 comments:

Mr. Arul said...

Well,
Usia mematangkan kita. Dalam hidup kita selalu mencari kepastian. Best of luck Dear. Happy New Year!!

AJai Zaidie said...

Thanks Daffie.Happy new year to you too...