Monday, June 18, 2007

Janji Kasih

"Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."
Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan.
Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi.
Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.
Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan?
Bukan mudah untuk mencari teman yang baik.
Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari.
Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.
Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur.
Kerana ia tersimpan didalam hati.
Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain.
Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus.
Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri.
Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal. Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara.
Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita.
Masakan disebalik madu itu ada racun.
Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain.
Itulah kekecewaan.
Yang melukakan dan sukar dirawat.
Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.
Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita.
Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah.
Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman.
Kelak nanti ia akan menguntungkan kita.
Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah.
Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia.
Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.
Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka.
Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita
Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...

4 comments:

Xis said...

SmartCute
this is quite moving.. I'm touched..

singAsong said...

Kuatkan semangan bro..

Anonymous said...

adakala..kita menghargai seseorg yg selalu berada disamping kita.. bila si dia pergi, baru kita menyedari yg kita amat memerlukan si dia sebagai sokongan dan dorongan dalam hidup. ketika itu, penyesalan bukan jawapan terbaik utk sebuah kehilangan...
-saw-

AJai Zaidie said...

xis,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..thanks anyway..

singasong,
thanks..

saw,
Masa dia ader pun aku sentiasa menghargainya..tak nafikan memang aku perlukan dia..aku tak menyesal..cuma rasa kehilangan yang teramat sangat..anyway thanks yer..