Monday, June 25, 2007

Program Pameran Peluang Kerjaya Bagi Bakal Graduan UiTM Melaka

Semalam aku terlibat dengan aktiviti pameran untuk golongan siswa siswi yang ingin mengatur langkah selepas tamat belajar. Tapi kebanyakkan dari mereka ni lebih suka makan gaji berbanding menjadi seorang usahawan!.Pendek kata taknak jadi Bos lah...tak banyak student yang berkunjung ke Booth kami, melainkan bertanya apa tuh SSM?erm...pelikkan kebanyakkan mereka ni masih tak tahu apa apa mengenai SSM. Tapi lagi pelik bila kebanyakkan peniaga yang aku temui pun tak tahu mengenai SSM. Sebenarnya untuk pengetahuan anda semua SSM sebuah badan berkanun yang berfungsi untuk mendaftar perniagaan samada perniagaan bermodal kecil atau pun besar. Setiap kali anda ingin memulakan perniagaan inilah langkah pertama yang perlu diambil dan bukannyer memohon sijil daripada majlis perbandaran atau seumpamanya. Itulah yang aku selalu cakap dengan orang orang yang nak berniaga ni kalau mereka belum lagi mendaftar perniagaan mereka.

Kalau nak ikutkan juga, cara kami dekati peniaga ini lebih mesra berbanding agensi agensi yang lain. Yerlah, kami ni lebih bertoleransi kalau nak memujuk para peniaga ni mendaftar. Bukan mahal pun RM 40 ringgit untuk pendaftaran yang menggunakan nama IC dan RM 60 untuk nama komersial. Murahkan?.








Berbalik pada pameran yang aku jaga ni, kebanyakkan siswa siswi ni lebih suka duk office dari berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Macam aku dulu yang seboleh boleh nya tak nak susah payah pening kepala mencari modal nak buka business. Erm...tapi 9/10 dari sumber rezeki dtgnya dari perniagaan!. Betul tak?. Minat tuh memang ader tapi nak memulakannya malas. Hehehee....





Erm...tapi apa apa pun pendedahan awal ni membolehkan aku belajar banyak perkara mengenai kerja aku. Lebih lebih lagi 5-8 Julai ni aku terlibat dalam expo besar besaran kerajaan Melaka iaitu program anjuran kerajaan sempena tahun melawat Malaysia- "Satu daerah satu hasil". Aku dilantik sebagai duta SSM Melaka untuk program ni..wah best tak terhingga. Tapi aku kenalah belajar selok belok banyak benda dulu sebelum expo minggu depan ni. Wish me luck k...

No comments: