Thursday, June 21, 2007

Sahabat



Semalam yang pergi
Sayup tak berpaling lagi
Tinggalkan semua
Pahit dan manis rasa
Di titian waktu
Aku yang terpisah jauh
Dari hidupmu
Kini merasa rindu
Sebaris namamu ku sematkan
Seraut wajahmu terpahat di ingatan
Dikaulah di antara
Insan yang bertakhta...
Di jiwa
Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku
Dan tiada pernah ku menduga
Kini ku kehilanganmu
Bagai angin pantas menderu pagi
Membawa khabar yang pahit sekali
Sahabatku
Aku kini mencari bayangmu
Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku
Kini ku rasakan kekosongan
Bila kau tiada lagi meneman

6 comments:

savante said...

Smart. Cute.

And boleh karang puisi lagi. :)

Anonymous said...

savante,
itu lirik lagu nyanyian fauziah latiff...tajuknyer SAHABAT.

-smarcute

Anonymous said...

smartcute, nak tanya sikitlah..knp awk terlalu sedih kehilangan bestfriend awk tu.??

Anonymous said...

anonymous,
kawan saya terlalu baik ngan saya sebab tuhlah saya tak boleh nak lupakan dia walaupun sesaat...eh awak mesti tak baca entry saya yang lepas lepas kan?

Anonymous said...

awk kan lelaki,takkanlah kwn lain takde.lagipun dia kawin kan.apa nak sedih.

Anonymous said...

anonymous,
yang awak ni macam marah kat saya kenapa pulak?