Tuesday, June 05, 2007

Penampilan...?

Aku lelaki kacak dan bergaya (orang katalah..). Aku mengambil berat tentang gaya dan penampilan diri dan lebih Selesa berkawan dengan perempuan tapi bukan lelaki ‘gay’ sebaliknya lelaki sejati yang punya cita rasa tinggi pada gaya, penampilan dan seni (kononnyalah...). Aku digelar lelaki metroseksual. Jimmy Shanley dan Aznil Nawawi antara ikon lelaki metroseksual masa kini yang sering menjadi bahan rujukan aku.

Metroseksual dirujuk sebagai lelaki urban yang mengambil berat soal penampilan, gaya dan memiliki cita rasa tinggi pada artistik (aku rujuk majalah Maskulin...).Aku juga kerap dikaitkan sebagai lelaki gay tetapi sebenarnya tidak. (pelikkan...???)Seingat aku buat pertama kalinya perkataan metroseksual muncul ialah dalam ulasan fesyen yang ditulis wartawan Britian Mark Simpson pada 1994. Sejak itu istilah metroseksual dipilih sebagai Word of The Year 2003 oleh American Dialect Society tetapi ia memiliki 70 definisi mengikut pelbagai pihak.

Tapi apakah sebenarnya lelaki metroseksual? Hah...inilah persoalan yang sering bermain main di benak fikiran aku bila aku cuba menggayakan fesyen yang Up trendy di office nie. (disini adalah menjadi satu kesalahan bila anda cuba berpenampilan menarik) Adakah ia sememangnya dimensi baru dalam definisi kemaskulinan lelaki atau sebenarnya mereka adalah mangsa terbaru kapitalisme?

Penyelaras Rancangan Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Shanthi Thambiah, berkata lelaki metroseksual adalah lelaki sejati tetapi berbeza dengan lelaki ‘tradisi’ kerana golongan ini lebih peka kepada paras rupa dan penampilan.“Rasa ‘insecurity’ yang wujud dalam diri wanita kelihatannya sudah mula mencengkam lelaki.

Erm..kalau nak ikut logikanya tak nafikan aku memang sayang sangat dengan diri aku ni lebih dari segalanya. Maksudnya, Penampilan diri tuh amat penting bagi aku, lebih lebih lagi bila aku sentiasa berdepan dengan orang ramai. (Boleh tak kalau ko nak bercerita pasal akta tapi berpakaian tak menarik pendengar) Tetapi yang menjadi isunya sekarang bila bos aku mula mempersoalkan kreadibiliti aku yang lebih nak menjaga penampilan diri!. (Untuk pengetahuan anda dia bukanlah seorang Ratu Cantik) Wah...tamparan hebat!Kadang kadang aku sendiri pun tak faham dengan Orang tua ni. Bila aku buat kerja cepat dia kata aku terburu buru and now dia kata aku terlalu jaga penampilan dan tak bergerak aktif?. Pelik???apa yang dimaksudkan tak aktif? Haruskah aku terlompat lompat sana sini atau everything yang aku kena beritahu orang?? (macam dia yang digelar pencanang terbaik) Memeningkan...!!!!

Berdesing betul telinga aku. (Muka aku masa tuh dah bertukar merah) Dan dan muka dan telinga aku merah!. Kalaulah penampilan aku jadi penghalangnya..tak dernya aku sanggup berpanas berhujan kat luar sana dok memikul kerja kat bahagian enforcement ni. (Lebih azab kalau korang bayangkan aku yang cantik ni berpanas ditepi selat melaka) Itu masih dikatakan tidak aktif?. Selalunya orang yang dengki dengan kita ialah orang yang cuba untuk menjadi kita. Betul tak?(Amat pelik dia yang buruk tuh tiba tiba bertukar nak jadi Cinderella)Hahaaaa....

So sekarang aku akan dress up lebih UP lagilah supaya orang yang dok mengata ni akan lebih terkesima dengan penampilan aku seterusnya. (Tunggu jerlah...) Baru puas hati aku hehhehee....

Semalam Kiki balik ke KL sebab ader interview hari ni, tapi langsung tak beritahu aku. (Now, citer tentang Kiki pulak) Selalunya kalau nak naik bus dan bertolak dia akan beritahu aku. (Tak selangkah dah mesej tau) Erm...aku masih tak boleh nak terima yang sepatutnya Kiki lebih utamakan keluarganya dan bukan aku lagi. Tapi aku juga ada perasaan yang minta dikasihi. (perasaan yang sungguh pelik dan jelik)Tak dapat nak bayangkan setiap apa yang kiki buat dan lakukan bukan untuk aku lagi. Macamana aku nak lupakan Kiki?Memang dia kata yang dia tak akan lupakan aku. Tapi persoalannya dia akan ingat aku bila tak der sesiapa disampingnya. Barulah nak teringat kat aku!!Itulah yang membuatkan aku sakit hati!!!lebih baik jangan cuba ingat aku selama lamanya..tak susahkan dia dan hati pun tak sakit!!!. (aku ader ingat nak tukar number phonelah) Lebih baik tumpukan kat seseorang sahaja....(isterinyerlah..) mesti sesiapa yang baca entry ni rasa pelikkan??lagi pelik bila aku yang menghadapinya!(kesian aku..)

4 comments:

Anonymous said...

emm.. it's good for us to bring a good personality. it might give 1st impression that you're confident & believe in yourself. just ignore what people are saying. just be yourself.
love,
saw.

Anonymous said...

Hai saw..

Erm...may i know u?

smartcutez

Anonymous said...

Hai..
i'm just one of your friends.
saw.

Anonymous said...

yeah! dats rite, saw, but the important thing is u comfortable with it(ur style/fashion). I believe, nowadays guy also need to care their presentation not only infront of their honey or friends. hehe...

***nina***