Wednesday, December 28, 2005

Nilai Sejambak Bunga


Sempena tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi, aku ingin berkongsi cerita dengan anda semua. Semoga cerita ini dapat meningkatkan motivasi anda mengharungi kehidupan baru pada tahun depan. Renungkanlah.....
Seorang pemuda turun dari sebuah kereta mewah yang diparking di depan tanah perkuburan. Pemuda itu berjalan menuju kesebuah bangsal tempat pekerja-pekerja berehat. Setelah memberi salam, pemuda itu berkata;
" Saudara, mahukah Saudara menemui wanita yang ada di dalam kereta itu? Tolonglah Saudara, kerana para doktor mengatakan sebentar lagi beliau akan meninggal! " Pekerja dikuburan itu menganggukkan kepalanya tanda setuju dan dia segera berjalan di belakang pemuda itu. Seorang wanita lemah dan berwajah sedih membuka pintu keretanya dan berusaha tersenyum kepada pekerja dikuburan itu sambil berkata;
" Saya Datin Salleha. Saya yang selama ini mengirim wang setiap dua minggu sekali kepada anda. Saya mengirim wang itu untuk anda membeli seikat bunga dan agar anda dapat meletakkannya di atas pusara anak saya. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kesediaan dan kebaikan hati anda. Saya ingin memanfaatkan sisa hidup saya ini untuk berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya. "
" Oh, jadi Datinlah yang selalu mengirim wang itu? Datin, sebelum saya memulakannya, izinkan saya meminta maaf kepada Datin. Memang wang yang Datin kirimkan itu selalu saya belikan bunga, tetapi saya tidak pernah meletakkan bunga-bungaan itu di pusara anak Datin. " jawab pekerja dikuburan tadi itu.
" Apa!!, maaf? " tanya wanita itu dengan gusar.
" Ya, Datin. Saya tidak meletakkan bunga itu di sana kerana menurut saya, orang mati tidak akan pernah dapat melihat keindahan Sejambak bunga. Kerana itu setiap bunga yang saya beli, saya berikan kepada mereka yang ada di rumahsakit, orang miskin yang saya temui, atau mereka yang sedang bersedih. Orang-orang yang sedemikian masih hidup, sehingga mereka dapat menikmati keindahan dan keharuman bunga-bunga itu, Datin," jawab pekerja dikuburan itu. Wanita itu terdiam, kemudian dia mengisyaratkan kepada pemandunya agar segera pergi. Tiga bulan kemudian, seorang wanita cantik turun dari keretanya dan berjalan dengan anggun ke arah bangsal pekerja dikuburan. " Selamat pagi. Apakah anda masih ingat dengan saya? Saya Datin Salleha. Saya datang sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat yang anda berikan beberapa bulan yang lalu. Anda benar bahawa memperhatikan dan membahagiakan mereka yang masih hidup jauh lebih berguna daripada meratapi mereka yang sudah meninggal. Ketika saya sendiri secara peribadi yang membawakan bunga-bunga itu ke rumahsakit atau rumah tumpangan, bunga-bunga itu tidak hanya membuat mereka bahagia, tetapi saya juga turut bahagia. Sehingga ketika ini para doktor tidak tahu mengapa saya boleh sembuh, tetapi saya benar-benar yakin bahawa sukacita dan pengharapan adalah ubat yang memulihkan saya! "
Oleh itu Jangan pernah mengasihani diri sendiri, kerana mengasihani diri sendiri akan membuat kita terperangkap di kubangan kesedihan. Ada prinsip yang mungkin kita tahu, tetapi sering kita lupakan, iaitu dengan menolong orang lain sesungguhnya kita menolong diri sendiri. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2006

Review 2005

Hai..memandang lagi 3 hari sahaja lagi untuk kita menyambut tahun baru apa kata kite review semula story tahun ini dari pandangan mata akulah yer.. apa yang istimewa, dan apa yang sedih, berlaku sepanjang 2005.

Peristiwa yang terjadi pada diri aku :-

Pekerjaan - 24 FebuARI 2005
Aku mula menjejakkan kaki ditempat kerja yang baru! aku rasa gembira sekali.Lebih lebih lagi dapat bekerje dengan kawan baik aku dan aku berjumpa dengan kawan kawan yang baru dan happening gilller!
Study - 10 Julai 2005
Penat lelah aku belajar selama 2 setengah tahun dalam bussiness studies terubat apabila aku dapat menggenggam segulung ijazah selepas 3 hari menyambut birthday aku yang ke 24!. Dan yang paling menggembirakan, aku menerima ijazah dari seorang sultan!bayangkan....Terlalu banyak kenangan terakam indah dalam memori aku sepanjang aku jadi perantau dinegeri orang. Walaupun masih dalam Malaysia, tapi inilah pengalaman aku yang paling berharga dan akan menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku. Disinilah juga aku belajar tentang alam dan aku berjumpa dengan sahabat yang paling penting dalam hidup aku!. Dialah yang paling banyak bagi dorongan dan nasihat sepanjang aku disana. Terima kasih ikie!
Birthday - 12 Julai 2005


Surprise party dari kengkawan sekerja. Sebenarnyer aku memang tak sangka akan adernyer sambutan birthday ini...almaklumlah aku ni sapa?hehehe..terima kasih...

Cinta - 25 oktober


Yang Terindah Hanyalah Sementara

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan
Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa
Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini
Kewangan
Mewah sepanjang tahun
Kawan Terbaik 2005
Baihaki.....kiki....
Gambar Terbaik 2005
Jeng..jeng..jeng...

Lagu paling Touching 2005
Kenapa
Sazzy Feat Lah V.E
Sebelum ku kenali mu
Hidupku cukup dengan suka-duka
Tak pernah ku sangka semuanya akanberubah
Dikau bagaikan cahaya,
bagi jiwa ku ini
Tak mungkin ku lupa katamu kan
sentiasa di sisi
Bagaikan satu kisah cinta kita berdua
ke manaAsyik berpegangan tangan orang lain
dilupakan
Apa terjadi, diriku ini masih tertekan
Hati dilukai setelah janji ditunaikan
Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
Rakan-rakan katakan buang masaku cintai
Dikau punca pedihku, tiada baik darimu
Tiada langsung yang benar dalam
ungkapan bibirmu
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku begini
Kenapa harus ku tanggung semua
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa aku diperbodoh kasih
Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
Tak sangka, dikau kan menjadi pedih
yang kan dalami jiwa
Siang malam termenung,
sedih memakan hati
Tak pernah ku ingat ku boleh diluka
begini Namun ku cekal hatiku,tuk melupakanmu
Ku tahu kau begitu
Malas ku nak rayu,
buang tenagaku
Kau takkan mendengarku
Selamat tinggal oh kasih
Janganlah iri hati
Hidup baru kan mula bila terbitnya
mentari
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku dikecewakan kasih
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku percaya
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimukasih...
Sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati
Baru kini ku berani tuk mengatakan
oh gadis Dikau punca segala,
kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku

Kenapa dipilih kerana lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang yang istimewa dan yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun seketika.
Lagu Paling Top 2005
Lonely
akon
Erm...sebenarnyer lagu ni aku selalu dengar kat mana mana jer aku pergi...
Filem antarabangsa paling best
King Kong (itu saja filem yg aku tengok)
Pertama kali aku tengok filem hollywood di panggung, bestlah dan touching di akhir cerita.


Filem tempatan paling Best
Gol & Gincu
Ala ala filem Hollywood versi malaysia..best sangat!sesuai jer watak putri lakonan Fazura tue.


Rancangan Paling Best
Akademi Fantasia
Paling best konsert terakhir dramatik habissss....


Sitcom paling Best
Puteri
Satu criter yang menyaksikan anjakan paradigma utk semua pengiat filem mahupun drama tempatan.
Artis Paling Hits 2005
Erra Fazira
Kenapa dia?erm..sebab isu dia setiap bulan masuk surat khabar! januari hingga disember.


Novel Paling BEST
Kasyah Lagenda berakhir
ahadiat Akashah
Sesak nafas aku baca novel ni..lastly, semua nyer ok....
Acara paling best
Family Day Sunway lagoon.
First time joint family day kerjelah katakan...


Cerita Paling Kontroversi
Aku g kerjer pakai baju warna PINK!
Lagipun inilah baju berwarna pink pertama yang aku beli. Tak sangka pulak akan menimbulkan kontroversi memandang aku pun berfikir 1000 kali nak pakai baju warna ni...hehehe..tapi aku suka! aku pun tak tahu apa yang orang fikirkan bila tengok lelaki berbaju pink...pelikkan manusia?
Cerita Paling kelakar
Erm tak der yang spesifik semua pun kelakar.
Cerita paling Sedih
Tak dapat kerje tetap.
Cerita yang takkan dilupakan sepanjang tahun
Berkawan dengan orang yang tak pandai menghargai kita. Erm...tak tahu nak ckp apa sekali air bah, sekali pantai berubah, hati manusia siapalah tahu...

Semoga tahun 2006 memberi 1001 kenangan utk aku!

Baik dan Buruk itulah
warna kehidupan!!!


Friday, December 23, 2005

Wudhuk zahir dan batin

Assalamualaikum...Bersyukur kita pada Yang Maha Esa kerana sekali lagi dipertemukan dengan hari jumaat yang mulia ini. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah cerita yang boleh dijadikan teladan kepada kita dalam menurut perintah Allah Swt. Kadang kadang dalam kita mengerjakan solat kita terlupa adakah solat itu diterima oleh Yang Maha Esa!. Adakah kita benar benar ikhlas dalam menurut perintahNya!. Insyallah cerita ini boleh dijadikan teladan untuk kita semua.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki." Seterusnya Hatim berkata,
"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratalmustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali iniadalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir denganbaik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yangkurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Thursday, December 22, 2005

Jawapan Persahabatan & Cinta



Mampukah Persahabatan tanpa Cinta?
Mampukah Cinta tanpa Persahabatan?
Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir,
"Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!"
Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita.
Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan.
Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.
Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik.
Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda.
Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan.
SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.
Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...
Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.
Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.
Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah,
"Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?"
Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.
Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...
Bagaimana?Adakah anda dapat jawapan yang sebenar, Tentang persahabatan dan cinta....Dakaplah rakan rakan anda, kerana hanya seminit untuk anda mengatakan yang anda sungguh bahagia bersamanya...

Wednesday, December 21, 2005

Persahabatan Dan Cinta



Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta?
Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya.
Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.
Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.
"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan.
Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta.
Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta.
Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.
Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya.
Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya.
Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian.
Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan.
Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.
Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan.
Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya.
Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.
Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan.
Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta.
Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik.
Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria.
Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.
Dalam kehidupan kita, adakah kita merasakan sebuah persahabatan itu terbatas gara gara cinta atau cinta tidak sepatutnya ada dalam persahabatan?Namun , jika tiada cinta dalam persahabatan apakah nama hubungan itu?Perlukah persahabatan dan cinta itu, seiring bersama?Bagaimana pula tanggapan anda?Pernahkah anda mengalami situasi begini?

Tuesday, December 20, 2005

Pikat Si Dia Melalui Tarikh Lahir


1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!
2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula.
3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.
4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.
5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!
6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!
7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat
8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!
9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe.
10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung
11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!
12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...
13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain
14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.
15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.
16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam
17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.
18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!
19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!
20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.
21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .
22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!
23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!
24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.
25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!
26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya. (cam g*****g)
27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia
28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu
29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...
30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan
31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy

Monday, December 19, 2005

Family Day @ Sunway Lagoon


Entry kali ni nak Citer skeet, Family Day SSM Semalam (18 Dec 2005). Pada mulanya aku rasa berbelah bagi samada nak pergi atau taknak. Tiba tiba rasa teringin pulak nak tengok citer King Kong yang hangat diperkatakan sekarang! (Rm 68 juta) hari pertama tayangan diseluruh dunia. Tapi memikirkan dah berjanji ngan kengkawan terpaksalah gak aku bangun dan menyiapkan diri. Lebih kurang pukul 7 pagi aku dah keluar umah, padahal pukul 7 pagilah sepatutnyer semua orang dah berkumpul utk naik bus!masa on the way cik Zuraidah dah telepon mengatakan bus dah nak bergerak......erm, terpaksa pulak aku drive g sunway..malas pulak rasanyer..tapi nasib baiklah kiki kata try jer g dulu. Sesampai jer kat The Mall, aku tengok clear jer.. eh mana semua orang! yang ader kak mar ngan dila serta bebudak ROB...tengok Kak Mar dah kelam kabut nak kol Zuraidah.Hampeh......Rupanye Zuraidah dah ader kat seberang jalan..bukan nak beritahu getus hati ayam aku!Yang seronoknyer aku yang lambat datang, aku yang g dulu...Kak Mar N the Gang naik second buss..yahooo.....pergi Jugak aku ke Sunway.....hehehe..


Welcome to Sunway Lagoon....

Selepas buat pendaftaran kami semua pun bergeraklah masuk kedalam, Kami diberi sebuah beg yang mengandungi goodies, sampul surat berisi kupon sarapan pagi dan tengahari serta no. bertuah. Selesai besarapan acara pembukaan pun bermula.....

Makan time....sempat lagi nak pose..kiki saje yang nampak begitu lapar

Abang Api Buat Show....

Tepuk..tepuk...tepuk...

Kak Mar Gembira Bukan Kepalang lemas si azz, mamat kat blakang tu relax jer....

Dila Kalau Dah makan Tak ingat dunia...''persetankan mereka'' ...(ckp dlm hati)

"Bosannyer aku...."getus hati ayam Zuraidah.

'' Bilalah sukaneka nak start ni..."kata Kiki dalam Hati.

Sukan Time!!!

Acara Untuk remaja

Mencari Cinta.....Cinta Itu Buta Katanyer....

Cari apa Kak..?

King Kong versi SSM

Ader gaya King Kong Tak?

King Kong Mana Paling Cute?

King Kong And Jane....Jangan Marah..hehehe...

Walk With Sponge..katanyer..

Terkedek Kedek..macam anak itik

Group Cooll...stay cute

Perhatikan abang berbaju kuning....sibuk nak interframe

Mengantuk aku tunggu Games ni....Apa apa pun ''..amannn...."kata azz

Terima kasih...

Habis acara sukan kami bergerak semula ke Auditorium untuk mkn tengahari. Selepas makan kami pun menuju ketaman tema Sunway. Melangkah je ketamanTema, hujan pun mula turun..walaupun renyai renyai, tetap tidak mematahkan semangat kami untuk bermain dengan games yang disediakan. Walaupun Insan yang Bernama "K'' bukan nama sebenar takut dengan games yang ader..huhuhuhu......

Best..tapi gayat...

Seterusnyer kami bermain roller coaster, nampaknyer sicomel saja yang masih bertahan memandangkan ''F'' bukan nama sebenar menarik diri utk meneruskan cabaran seterusnyer. Lastly kami semua bergaya sakan diatas Jambatan Gantung.....Walaupun pada mulanyer "K" masih bukan nama yang sebenar agak takut utk menyertai kami...

Senyum sokmo......

Walaupun takut masih sempat berposing

Panjangnyerrr......

Tengah tengah Jambatan

Lega.....akhirnya sampai jua kepenghujung cabaran. Sampai berjumpa lagi di lain kali!. Tepat jam 4 petang kami pulang semula ke The mall. Jumpa lagi tahun depan. Nyatakan perasaan anda dapat bersantai dengan selebiriti kesayangan anda (sicomel berbaju biru).

Saturday, December 17, 2005

Jenis Jenis Lelaki


Ada 3 jenis lelaki iaitu:
1. Lelaki sempurna
2. Lelaki bersifat separuh lelaki.
3. Lelaki tidak bersifat lelaki.

1. Lelaki sempurna-
Lelaki yg disempurnakan oleh Allah agama & akalnya. Apabila dia ingin membuat keputusan ,dia sentiasa meminta pandangan drpd org2 yg mempunyai pandangan , menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yg tepat.

2. Lelaki bersifat separuh lelaki-
Lelaki yg tidak disempurnakan oleh Allah agama& akalnya .Apabila dia ingin membuat keputusan ,dia tidak meminta pandangan drpd sesiapun.Sebaliknya dia berkata ," Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti & menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian ," menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yg salah.

3. Lelaki tidak bersifat lelaki-
Tidak mempunyai agama & akal fikiran sedikit pun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yg silap."Sesungguhnya aku meminta pandangan drpd sesiapa sahaja tentang sesuatu perkara walupun dprpd pembantuku."
Jika Anda Seorang Lelaki, Lelaki jenis Manakah Sifat Anda?
Dan Jika Anda Seorang Wanita lelaki Bersifat Bagaimanakah Pilihan Anda?

Thursday, December 15, 2005

Andainya perempuan tahu.........


Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat(prihatin) Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik.
Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..
sebab itu mereka suka melihat wanita,
menjeling wanita dan menonton Baywatch!
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita
keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..
dan takfaham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..
dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...
maafkan saja.Kebanyakan lelaki tak sengaja....
Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan,
lelaki juga rasa bersedih..
cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,
perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat.
Senang usahanya nanti...
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi.
Sebab itudikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Wednesday, December 14, 2005

Tahniah....Tahniah...Tahniah.....

Tahniah.....tahniah.....tahniah......
kEPaDA rAKAN rAkan Yang berJaya Mendapat Kerje
aku Ingin MenGucapkan Tahniah! diatas kejayaan Anda!
Bila Dah menDongak KeLangit Tuh Janganlah Lupa Rumput Dibumi
.......Sekali lagi TAHNIAH!!!

PANDUAN BERSAHABAT


1.Sahabat Yang Baik Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanyaâ€Â¦. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Tuesday, December 13, 2005

Kisah 2 Sahabat



Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir;
HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuoba untuk berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu;
HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin.
"Dalam hidup ini sering timbul beda pendapat dan konflik dengan suami / isteri, kekasih, adik / kakak, kawan2, dll,kerana sudut pandangan yang berbeda. Oleh kerananya cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Manfaat positif dari continuous relationship mungkin sekali jauh lebh besar berbanding kekecewaan masa lalu.
Nobody's perfect.
Belajarlah menulis di atas pasir.




Sunday, December 11, 2005

Pikat Si Dia Melalui Bulan Kelahiran


Januari
Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranyadikhianati- Sukar setia pada yang satu.- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya-Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisahsekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunyadilahirkan dalam bulan 3,6,8,11.- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.- Amat hormat kepada pasangan.- Amat suka memikat pasangan.- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannyayang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.- Kurang beremosi terhadap pasangannya.- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati- Sangat baik dalam menjaga perhubungan- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.- Persaan cemburu yang minima.- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.- Berprasangka terhadap pasangan.- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.- Sentiasa ingin diberi perhatian.- Amat cemburu dalam perhubungan.- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.- Romantik dan terlalu romantik- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hambacinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha .- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle OrgHindustan giler babi jiwang).

Mei
Amat mudah jatuh cinta.- Baik dan jujur dalam perhubungan.- Pandai menarik hati pasangan.- Perasaan cinta yang mendalam.- Mudah untuk di pujuk.- Kurang suka untuk sentiasa bersama.- Mudah menerima cinta seseorang.- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandaimemperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11

Jun
Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.- Cerewet dalam hubungan.- Selalu beremosi.- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.- Cepat rasa bosan dalam percintaan.- Kurang yakin dalam perhubungan.- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.- Dahagakan pujian dari pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai
Amat suka didampingi pasangan.- Sukar dimengerti oleh pasangan.- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.- Amat mudah dipujuk dan berte rus terang.- Amat menghargai kesetiaan pasangan.- Mengambil berat dan mengasihi pasangan- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,-- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.- Suka merajuk dan dipujuk.- Setia terhadap pasangan.- Suka mendengar dan tidak suka membantah.- Cemburu terhadap pasangan.- Suka menilai dan menjaga perhubungan.- Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7

Ogos
Tidak serius dalam perhubungan- Mengambil mudah dalam perhubungan- Kesetiaan di ragui.- Pandai memujuk pasangan- Suka memimpin pasangan.- Romantik, Pengasih dan Penyayang.- Kelam kabut dalam perhubungan.- Sering bertukar pasangan- Sukar mencari pilihan yang tepat- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalambulan ini.

September
Bersopan dalam hubungan- bertolak ansur terhadap pasangan- Suka mengkritik pasangan- Sangat prihatin terhadap pasangan- Sangat sensitif dan emosi- Pandai memahami pasangan- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan- Amat memilih pasangan- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11

Oktober
Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.- Sopan terhadap pasangan.- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahanterhadapnya. - Sukar < /DIV> menerima pandangan pasangan.- Emosi yang mudah terusik.- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.- Cemburu dan terlalu cemburu.- Romantik- Memahami pasangan.- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya1,2,4,5,8,9,10,12.- Kebanyakan bangsa Melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
Banyak helah dalam menghadapi pasangan.- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.- Degil dan engkar dengan pasangan.- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.- Mudah ambil berat terhadap pasangan.- Tidak menghargai perhubungan.- Sambil lewa dalam perhubungan.- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.- Kurang ber sama dengan pasangan.- Pasangan Ideal: 4,7

Disember
Pemurah terhadap perhubungan- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.- Tergesa-gesa dalam perhubungan- Suka didampingi oleh pasangan.- Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki)- Suka mempengaruhi pasangan- Curang dalam percintaan.- Kurang berkerjasama dengan pasangan.- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12.

Saturday, December 10, 2005

8 PETANDA DIA ADALAH SOULMATE (JODOH) KAMU


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?