Tuesday, January 30, 2007

Hari Keluarga SSM Melaka


2 minggu lepas company aku ni buatlah Hari Keluarga untuk tahun 2006. Ialah tahun lepas tak sempat nak buat hari keluarga sebab itulah tertunda ke tahun nie. Seperti biasa kalau ader majlis majlis macam ni tak sah kalau aku tak involve dalam apa apa acara. Bukanlah acara balapan ke apa..tapi sebagai AJK. Errm...sebelum orang lain bukak mulut aku terlebih dahulu dah volunteer diri untuk amik bahagian sukaneka. Muslihatnya cuma satu, aku tak nak main games. Hehhehee....tapi beb bukan senang ko nak handle games yang dipecahkan beberapa bahagian. Pening kepala gak nak fikir games apa yang sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, perempuan dan yang paling penting nak fikir games untuk golongan veteran ni. Erm..betullah kata orang ..orang orang yang veteran ni memang susah sikit nak terima revolusi orang muda. Aku mestilah taste games yang up date dan trendy, tapi yang tua tua ni sibuk nak games yang zaman tok kadok punya..tensi aku!!!. Fikir punya fikir aku keluarkan 19 jenis games dan setelah beberapa kali meeting hanya 9 games dipilih untuk acara sukaneka. Hanya 3 hari sahaja aku kena sediakan barang barang untuk sukan. Berpeluh peluh gak lah nak menyediakan benda benda tuh. Nasib baiklah ader member yang sudi menolong...

Masalah bukan setakat disitu jer. Bila time keluarkan borang untuk games ada jugaklah agenda agenda tak puas hati nak menghancurkan games aku tuh. Tapi nasib baiklah tak ramai yang terpengaruh dengan kata kata "orang tuh" memperlekehkan games aku. Dah sah Ortodok!!!geram betul aku.

Sehari sebelum acara sukan bermula, hati aku dah gundah gulana ni. Ialah tak tahulah macamana sambutan orang ramai nanti. Ntah suka atau tak??takut orang ramai mencemuh kata games aku ni ntah apa apa. Tapi alhamdulilah....semuanya berjalan lancar tanpa insiden yang memalukan dan yang penting games pilihan aku diterima ramai dan semua orang suka. Lastly, semua staff ucapkan terima kasih dan dorang semua kata happening giller....Hhehhehehe aku suka sangat!!!tapi kalau ader untuk tahun depan aku nak jadi ajk bahagian hadiah pulak!!!

P/S GAMBAR LAIN TAK DAPAT NAK PUBLISHLAH....

Tuesday, January 23, 2007

Somewhere I Belong...



Fuhhh...dah lama gak jari jari aku tak menari kat blog nie. Bukan apa start awal tahun lalu hinggalah kini bz memanjang. Aku la ni dah tukar Unit. So memanglah bz sket kat unit nie. Unit ni banyak melibatkan kerja luar. Mulanya aku tension sangat bila kena tukar kat sini. Yerlah sepatutnya bukan aku yang kena tukar tapi akibat satu konspirasi yang bodoh akhirnya aku yang tersingkir. Iskh..iskh....tapi tak per unit nie ok dan menyeronokkan.

Sebetulnya aku bukanlah seorang yang suka keja diluar. Sebab tuhlah berat hati aku nak melangkah kerja luar tengah tengah panas nie.Apa yang aku suka cuma satulah dapat tengok kehidupan orang Melaka ni. Lagipun apalah kerja yang aku buat melainkan memerhatikan orang buat kerja jer...tak ke bosan.

Tapi aku dapat rasakan lama aku kat unit ni, aku akan didedahkan dengan pelbagai perkara!terutama melibatkan akta syarikat. Mungkin aku juga akan ke mahkamah dengar kes kes yang akan dibuat. Macam gempak je kan?tapi apa nak buat nak tak nak aku kenalah terima!!. Memang jauh di sudut hati aku tak boleh nak terima ini semua!. Bagaikan beban!!!. Tapi inilah namanya cabaran bila kerja. Aku kena buktikan yang mereka tak sia sia memilih aku sebagai ahli keluarga SSM. Yer aku akan bukitikan!!!Doakan aku berjaya yer!.

Wednesday, January 10, 2007

* Over the hedge*

Men’s only know their self..
When they start counting days with no finger’s..
Taking breath when there is no air..
Then found out that..
Life only once..
And have no pair’s..

Men’s only need love..
When they’re in the middle of no where..
Need someone to hold their hand..
And give everything that they can share..

Men’s never eye tailing the rule’s..
Until rule keep asking for them..
For an answer that turn them fool..
Because nothing change and all stay the same..

Men’s will appreciated the grandeur of God..
When the cruel is the only kindness..
And a sign had fallen from the azure sky..
Telling them the time has come..
For them to say “Good bye..”..

Monday, January 01, 2007

Ingin Tahu 2007



Sempena 2007 ni aku nak berkongsi AKUJANJI aku dengan anda semua.Andai aku terleka nanti tolonglah kejutkan yer....

1) Menjadi seorang muslim yang sejati.
2) Bawa Kain pelikat kemana mana saja.
3) Khatam Al Quran.
4) Puasa Sunat.
5) Takkan tinggal sembahyang.
6) Akan bagi mesej kepada semua saudara mara dan rakan rakan bila tiba hari lahir mereka.
7) Tak akan ader janggut lagi.
8) Buat majlis ulang tahun mama dan ayah.
9) Bagi hadiah kat adik, abang dan ebie.
10) Balik lambat dari offices.
11) Taknak campurtangan hal rakan rakan office.
12) Saving setiap bulan.
13) Taknak chatting lagi.
14) Taknak Hidup dalam "dunia Lama"
15) Top up sebulan sekali.
16) Kumpul harta.
17) Tukar kereta.
18) Cari awek.
19) BERTUNANG
20) Taknak gunting rambut sampai bulan 7.
21) Cenderahati speacial untuk hari raya nanti.
22) sentiasa memantapkan kerjaya.
23) Takkan merunggut setiap kali diberi kerja tambahan.
24) Takkan campur urusan kerja orang lain.
25) Taknak bermusuh dengan sesiapa pun.
26) Maintain smart and cute.

Amacam ok tak?insyaallah aku akan kotakan apa yang telah aku janjikan. Tak tahu kenapa aku excited sangat dengan tahun baru nie. Mungkin aku teruja dengan tarik 07 07 07 kot?Itulah tarikh paling keramat tahun ni. Sama samalah kita nantikan apakah yang akan berlaku pada tarikh itu?Aku memang nantikan tarikh itu untuk sesuatu yang istimewa dalam hidup aku!Tungguuuu...