Tuesday, May 19, 2009

Aku Terima Nikahnya....

Alhamdulilah, semua nya berjalan dengan lancar. Hari yang dinanti nantikan pun dah berlalu. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi milik isteri aku yang di sayangi. Sampai kemasjid pun aku masih tak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya. Yang aku tahu semuanya dah selesai dengan baik. Tapi saat yang paling aku tak boleh nak lupakan bila nak baca taklik pernikahan. Masa tu memang aku tak boleh nak menahan sebak. Sebenarnya dari mula lagi aku dah tak boleh nak tahan. Mula mula imam tuh suruh baca Al-Fatihah lepas, beristighfar lepas, selawat ke atas nabi, pun lepas dan yang terakhir mengucap syahadah, alhamdulilah pun lepas, tapi aku still tahan perasaan dari nak menangis.

Pastu nikah, dalam hati dah terdetik, janganlah aku menangis nanti. Bila selesai alhamdulilah selamat tak menangis, tapi bila time melafazkan taklik, apalagi bercucuranlah airmata aku ni sampai terangkat angkat bahu aku. Punyalah sedih sampai berkali kali aku terhenti. Memang syahdu lah masa tuh. Takut pulak hingus nanti terkeluar memang buat malu jer nanti. Tapi itulah saat yang takkan aku lupakan. Momentum indah sangat masa tuh bagi akulah. Menambah sedihnya lagi bila saudara mara aku pun menangis, hehhee...mesti jadi bahan cerita sepanjang hidup aku nanti.
Dah habis bab nikah tibalah pulak bab nak bersanding. Memang berdebar debar gak. Sebab banyak mata yang akan memandang aku nanti. Sebelum aku bercuti pun aku dah pukul canang kat member member office, jangan lupa tengok Anak Raja Bersemayam nanti..ialah masa fitting baju pun aku dah teruja nak pakai baju tuh, meletop habis.


Masa nak berarak aku tengok orang dah ramai nak amik gambar. Perasaan masa tuh jangan katalah berdetup detap. Tapi aku still cool lagi. Bila sampai dewan, Fuhh...ramai gila orang masa tuh. Aku pun maintain senyum sampai ketelinga sampai naik lenguh di buatnya.
Bila dah sampai pelamin pulak terus orang ramai datang serbu nak amik gambar. Terasa macam artis pulak bila peminat semua serbu atas pelamin, Aku tengok pak andam dah tension orang ramai tak ikut protokol. Tapi at last semuanya oklah puas hati dengan pakaian dan pelamin aku. Dari atas pelamin aku boleh nampak semua kawan kawan aku yang datang. Terimakasihlah kerana sudi datang meraikan aku. Jangan lupa untuk datang bertandang di Rawang pada sabtu ni. Dan untuk semua pembaca blog aku ni jangan lupa anda dijemput hadir.