Thursday, December 24, 2009

X' Mas di Batu Pahat..

Dah lama gak jari jari aku tak menari nari di atas papan key board nie. Bukannyer apa sejak berpindah ke Muar ni tak der masa betul nak ber blog. Ditambah pulak dengan kehadiran Facebook nampaknyer bakal berkuburlah blog aku ni sikit masa lagi. Cepat betul masa berlalu. sedar tak sedar dah nak sampai kehujungnya. 2010 bakal saja menjengah sikit hari lagi. Sejuta yang indah bakal berlalu menjadi lipatan sejarah.

InsyaAllah 2010 akan membawa sejuta lagi warna dalam kehidupan aku nanti. Banyak juga pencapaian yang aku lalui sepanjang tahun ni. Kemuncaknya bila aku dah punya tanggungjawab yang baru iaitu memikul tugas sang suami. Yer macam tak percaya jer aku sudah bergelar suami. Alhamdulilah, semuanya dah tertulis dan kini aku menanti hari untuk bergelar Papa pulak. Syukur kepada Yang Maha Esa yang memberi ruang dan peluang untuk aku merasa nikmat dunia yang tidak ternilai kurniaanya.

Melalui hari hari sebagai seorang suami memberi satu pandangan dan pengalaman baru untuk aku. Banyak hati yang perlu di jaga. Banyak perkara yang perlu di lalui bersama. Dan banyak juga mata dan telinga tambahan yang perlu di awasai. Ye..telinga dan mata tambahan yang tak perlu ada bagi setiap rumahtangga. Malas nak layan mata mata dan telinga extra yang tak perlu ni.

Dan sebagai manusia, itulah yang harus dilalui bagi setiap pasangan suami isterikan?. Alah bisa tegal biasa. Namun yang pasti setiap yang mendatang tuh haruslah di tangani sebaik mungkin. Kalau cepat melatah sampai bila pun tak habis. Insyallah untuk tahun 2010 ni aku nak jadi orang yang lebih bersabar, berilmu dan ber amal soleh. Dunia semakin ke hujungnya, kalau kita tak berubah dari sekerang bila lagi. Ok jumpa lagi tahun depan...Bye bye 2009...

Monday, October 12, 2009

Pergi Tak Kembali


Memang sejak kecil lagi kami semua suka berkumpul ramai ramai. Semua sepupu aku kalau time raya mesti balik Rawang. Tempat kami berkumpul sejak kecil. Tempat bermain bersuka ria, gelak tawa, bergaduh dan macam macam lagilah yang terjadi. Bila semua dah bekerja dan sambung belajar dah jarang berjumpa. Lebih lebih lagi bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Kalu jumpa pun time kenduri kahwin atau raya jer.

Kadang kadang aku takut bila nak memikirkan yang semakin hari semakin usia kita meningkat semakin ramai ahli keluarga kita yang pergi. Aku tak suka jadi dewasa. Bila dah besar inilah yang akan terjadi. Sorang sorang akan pergi. Tapi sebagai hambanya perlulah kita reda dengan apa yang di Suratkan sejak dari Loh - Mahfuz lagi. Bila keluarga besar memang inilah yang akan terjadi. Khamis lepas pakcik aku yang kami semua panggil " daddy" telah pergi menemui Penciptanya. Terputuslah kehidupan dunia dan menuju ke alam akhirat.

Banyak kenangan aku bersama Daddy. Kadang kadang aku selalu cakap yang Daddy selalu tanya soalan yang bukan bukan. Kadang kadang malas pulak rasanya nak layan. Tapi Daddy tetap sama jer. Mesti nak tanya jugak. Ingat lagi masa bertunang dulu. Semua family yang menghantar rombongan pertunangan wajib pakai baju pink!. Terpaksa Daddy beli baju Pink baru untuk memenuhi hajat aku. Daddy cakap.." sebab ajailah Daddy kena beli baju pink ni, kalau tak nanti ajai marah.." aku senyum jer.

Memang dah tersurat, Daddy jatuh sakit bulan puasa lalu. Masa tuh sempat lagi daddy balik Rawang buka puasa ramai ramai. Nak ikutkan Daddy susah nak kuar umah bulan Puasa sebab nak bertarawikh kat umah dia. Tapi sebab kan aku jugak yang mengajak dia datang gak. 2 3 hari sebelum nak raya pulak daddy jatuh pengsan dan terus dimasukkan ke hospital. Masa aku tahu pun bila nak balik ke Rawang sehari sebelum raya. Memang bila time raya tuh, agak hambarlah bila keluarga daddy semua tak der. Petang tuh kami semua g umah daddy, sambut raya kat sana. Aku pulak tak banyak cakap ngan dia. Aku takut bila aku bercakap nanti aku nak menangis. Wife aku nasihat jangan nangis depan daddy takut daddy sedih pulak nanti. Sebelum tu masa kol Mummy nak dtg umah pun dah mengalir airmata aku nie.

Aku orang yang ade ngan Daddy masa dia hembuskan nafas yang terakhir. Petang tuh bila aku ke Hospital aku terus bacakan Yasin dan gosok gosok tangan Daddy. Tapi Tuhan lebih mengetahui Urusan yang telah ditentukannya. Daddy pergi selapas Magrib. Sempat juga aku usap ubun ubunya sebelum aku balik kerumah.

Daddy...semoga daddy tenang di alam sana. AL- FATIHAH.

Wednesday, September 02, 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhir...


Wahai dikau...
renungkanlah engkau akan nasibku ini,
wahai kalbu..
sedarkah engkau akan gerak hatiku ini,
wahai akal..
terfikirkah engkau apa yang bakal terjadi nanti,
andai ini merupakan ramadhan yang terakhir kali,
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi,
tatkalau usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi,
pabila tiba saat tepat yang dijanjikan Ilahi,
kematian adalah sesuatu yang pasti...
Duhai Ilahi..
andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..
paling berseri..
menerangi kegelapan hati hati kami
menuluhi ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti..

Saturday, August 22, 2009

Setahun Yang Lalu...


Setahun yang lalu aku telah ditunangkan,
Dengan gadis pilihan hati,
Walaupun penuh onak dan duri,
Rintangannya tetap aku gagahi,
Dirinya kini telah pun menjadi isteri,
Dan aku pula menjadi suami,
Indahnya sungguh tidak terperi,
Anugerah suci dari Ilahi,
Sayang,
Semoga kasih mu tetap hingga Akhir nanti..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


...Hayati Keindahan Ramadhan
Dengan Penuh Keinsafan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Saturday, August 15, 2009

Happy 3rd Annyversary


Jika Kau Tiada

suatu ketika dahulu
ku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa
tak terbayang bagaimana hidup jika kau tiada

jika kau tiada
pada siapakanku dendang syair cinta
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu
jika kau tiada
wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
arakian suara siapakah kan membisikkan kata -kata cinta

tak tersusunnya kata
azimat kau kau bawa pastinya ku kan sengsara oh..jika kau tiada


takku kenal cinta sebelum kau hadir tak ku tahu erti rindu
kini doa ku termakbul ..ku tagih cinta mu selalu
walau ramai ku kenali tiada seikhlasmu kasih
kalam sayang kau ku cinta
hanya nyawa kan bisa memisahkan kita..mamisahkan kita

jika kau tiada
hilanglah bintang dilangit yang berkelip memelita malam yang hiba
hilanglah keajaiban didunia
jika kau tiada
sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi..
jikalau ku termampu memiliki dunia
pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada



Saturday, August 08, 2009

9 Minggu Yang Indah..

Alhamdulilah, semalam jumpa Doktor Alias untuk check up kandungan kami. Dan sungguh excited bila baby dah ader jantung. Comel sangat dia ader kat dalam tu sambil bersujud. Doktor suruh aku tengok jantung baby dan ketika itu jantungnyer sedang berdegup kencang. Memang nampak jelas kat jantung baby tuh berdenyut denyut. Rasa bersyukur dengan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nie. Rasa kebesaran yang Agung Pencipta Alam Semesta. Aku berserah padamu yang menentukan hidup mati kami ini Ya Allah, Kau Maha mengetahui segalanya...Aku bermohon kepadaMu agar di panjang usia anakku ini dan menjadi anak yang soleh atau solehah, sihat tubuh badannya, sempurna sifatnya, comel paras rupanya. membawa kebahagian kepada kami, kerahmatan dan rezeki kepada kami. Anak yang disayangi dan disukai ramai, taat kepada orang tua, berbudi pekerti mulia, bertakwa kepada Mu. Dan menjaga nama baik keluarga, agama dan bangsanya. Insyallah..Amin Ya Rabul Alamin...

Tuesday, August 04, 2009

Happy...


Pagi tadi masa nak g kerja seronok pulak dengar lagu Happy dari Amy Mastura ni. Kebanyakkan lagu Amy Mastura semua nyer rancak dan bila dengar pun rasa ceria jer..Jom Nyanyi ramai ramai...

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Hatiku rasa bahagia
Pabila kau bersama.. ye…yeh..
Tiada gundah gulana
Merosak hati kita

Mari kita berganding dengan tangan
Jauhkan segala peperangan
Kita cipta irama
Di dalam melodinya
Kita nyanyi bersama

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Hakikat dia sementara saja
Kembalikan ke waktunya

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Lebih baik cinta daripada benci..
Lebih baik setia dari iri hati…
Menyanyi dan menari sesuka hati…
Janji kita!!…………………. Happy!!

Monday, August 03, 2009

Farewell Yang Tertangguh?


Sepatutnya aku dah mula bertugas di Muar semalam. Tapi last minute khamis lepas bos aku ni pulak minta postpone. Itupun CC aku yang minta kan. Kalau tak memang aku dah selamat kerja kat sana. Aku memang malaslah nak minta tangguh ni. Bukannya apa aku taknaklah manipulasi kesihatan isteri aku untuk aku terus bekerja kat Melaka ni. Dah di arahkan aku menurut perintah sajalah. Yang orang Muar pulak hari hari call bitahu macam macam plan yang dah di buat. Hehehee...Kesian dorang terpaksa lupakan saja plan tuh. Tapi last friday aderlah buat makan makan kat office aku ni. Bukan aku sorang jer yang ditukarkan tapi ader sorang lagi yang tukar. Sorry malas nak komen pasal lagi sorang tuh!. Lantak pi lah....

Last week pun duduk umah jer. Ingatkan nak jalan jalan KL, tapi disebabkan virus yang mealnda sekarang ni aku risau nak kuar umah. Dah lama gak tak g KLCC. Nak baca novel kat kinokuniya tuh. Tapi alhamdulilah, rupanye ader rusuhan kat KL. Aku pelik betullah orang yang asyik merusuh ni, mengganggu betul!Kesianlah sikit dengan peniaga peniaga dan orang ramai. Yang sibuk nak merusuh tuh nak buat apa. Buang masa jer!

Sekarang ni ramai pulak kes orang yang mati mengejutkan? Bukannyer apa, terkejut gaklah bila mendengar kematian Yasmin Ahmad. Populariti yang dia kecapi tak lama sekejap jer. Yang aku ingatlah masa aku mula mula kerja di SSM ni dia mula terbitkan filem Sepet. Pastu memang kontroversi sikit citer dia kononya tak patriotik. Tapi apa yang dia cuba gambarkan tuh memang realiti kehidupan masa kini. Mungkin orang yang dengkikan dia tuh takut ngan bayang bayang sendiri. Entahlah...

Aku masih ader sebulan lagi bertugas di Melaka ni. Aku suka takdir yang uruskan kehidupan aku. Segala galanyer telah di rancang. Biarlah aku melaluinya saja..aku hanya berdoa agar biarlah semuanya disusuli dengan kebaikan. Insyallah.

Monday, July 20, 2009

Hujan Pagi Selasa.


Masa aku kecik kecik dulu aku suka bila time hujan. Masa tuh arwah nenek aku akan suruh cucu cucu dia tido berhimpit himpit. Sebab nak rasa bahang time tidur tuh. Bila dengar hujan yang lebat atas bumbung rasa best jer. Macam ader irama tersendiri bila hujan tuh turun dengan lebatnya. Selalunya kalau hujan sebelah petang mesti aku taknak g sekolah agama. Alasannya hujan!. Hehehehee.....selalunya sekolah agama aku tuh akan banjir kalau hujan lebat sangat. Lagilah aku taknak g sekolah time macam tuh. Aku paling tak suka bila hujan time nak g kerja. MalasNyer..tuhan saja yang tahu. Ader satu sekolah di luar negara tak silap akulah, Bolivia kot, pihak sekolah akan call ibubapa seandainya hujan turun dengan lebat. Secara automatik sekolah akan ditutup pada hari tuh. Seronokkan?. Selalunya kalau time cuti waktu hujan aku takkan melepaskan peluang untuk tidur. Entahlah memang dah didik macam tuh kot.


Tapi pada pagi ni, hujan yang turun nie, seolah seolah menggambarkan perasaan aku ketika ini. Lagi seminggu jer aku akan bertugas di Bumi Melaka ni. Pas ni aku akan ke Muar. Menyambung tugas disana. Erm..tak sangka pulak aku akan dipindahkan walaupun dulu akulah orang yang beria ria nak pindah. Akhirnya hajat aku tercapai tapi bukanlah keadaan dan masa seperti ini. Ketika isteri aku sedang memerlukan perhatian dari aku sepenuhnya. Dugaan sangatkan. Tapi alhamdulilah aku akan aturkan kehidupan aku selepas ini sebaiknya.


Nampaknyer aku akan mula bertugas dengan orang orang yang pernah muncul dalam hidup aku sebelum nie. Erm...semua manusia nie pernah ader satu kisah dalam hidup aku. Yang pasti aku taknaklah terlibat lagi dengan mereka ni. Aku tak tahulah macamana nak berdepan dengan mereka ni. Bukanlah masalah yang besar pun tapi kalau bolehlah taknaklah aku terlibat lagi dengan mereka ni. Tapi apa kan daya, aku akan harunginyer jua. Bila dah ke Muar ni, aku tak tahulah bila lagi aku akan ke Melaka semula. Aku seronok nak tahu tapi dalam masa yang sama gak aku redha jer dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya Tuhan telah menentukan baik dan buruknya aku di sana nanti. Tunggu jerlah coretan warna kehidupan di Muar pulak.

Wednesday, July 08, 2009

Kehilangan...


Tahun ni aku sambut hari jadi aku dengan perasaan yang bermacam macam. Meningkatnya umur aku tahun ni bermakna bertambah lagilah dugaan yang aku akan tempuhi. Alhamdulilah, aku berjaya melepasinya sikit demi sikit. Minggu lepas, aku rasa akulah orang paling gembira bila dengar isteri aku mengandung. Tapi tak sampai 24 Jam, kemungkinan besar kandungan itu di sahkan di luar rahim.Bila di scan, doktor taknampak mana bayi tuh. Dan jangkaan doktor mungkin di luar rahim. Semuanya berlalu dengan pantas. Dan tiba tiba aku sedar isteri aku dah di tahan di hospital. Kemungkinan akan di bedah kerana janin tersebut bakal meragut nyawa seandainya di biarkan berada di luar rahim. Keadaan aku masa tuh cukup keliru. Tak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran. Umpamanya badan saja ke hulu dan ke hilir tapi fikiran melayang layang entah ke mana. Alhamdulilah, kak Suhana banyak membantu aku masa tuh. Dia lah yang banyak menguruskan segala hal hingga ke Wad kecemasan. Dan aku masih lagi termanggu manggu. Hanya mengikut arahan kak Su saja.

Bila waktu melawat habis aku balik ke rumah. Tiba tiba rasa sayu sahaja. Aku tercari cari apa yang tertinggal?. Bila aku buka pintu rumah, aku rasa kelam, sepi terus menyelubungi diri. Aku tertinggal isteri aku di hospital. Tiada di sisi aku. Aku mula sedih. Kegembiraan yang aku harapkan bakal lenyap saja. Zuriat yang aku idamkan hadirnya hanya seketika. Buat aku gembira tak sampai sejam pun. Alhamdulilah, ungkapan keramat dari Isteri aku saja dah buat aku tersenyum girang. Tapi, tuhan masih mahu menguji umatnya.

Bila Mama dan Ayah dapat tahu, barulah aku menangis semahu mahunya. Lagi lagi bila orang semua suruh bersabar. Lagi aku tak dapat nak tahan sebak. Baru aku tahu aku ni seorang yang cukup sensitif bila hal peribadi aku dicuit. Aku harap biarlah zuriat aku berada di dalam rahim ibunya. Pihak hospital masih lagi keliru kerana isteri aku tak nampak seperti orang yang sakit mengandung di luar rahim. Cuma masih taknampak manakah zuriat aku itu berada. Ini lagilah menambahkan kekeliruan aku, sampai hari ni pun doktor masih taknampak cuma tunggu minggu depan untuk rawatan selanjutnya.

Apa yang aku harapkan biarlah kandungan itu berada di dalam rahim ibunya. Mungkin masih terlalu awal untuk doktor mengesan kedudukan bayi tuh. Mungkin juga bayi tuh taknak tunjukkan diri lagi. Bila jadi macam ni perasaan sayang aku terasa tebal terhadap isteri aku, semuanya kuasa Tuhan yang memakbulkan doa aku selama ini. Tuhan inginkan aku terus berdoa dan mengharap ihsan Nya. Dan satu perkara yang aku pelajari, sayangilah orang yang kita sayang setiap kali kita bernafas kerana kita tak tahu dugaan apa yang bakal kita tempuhi bila kita hembuskan nafas untuk kali kedua. Hargai pasangan kita walaupun kita tak pasti apa akan terjadi esok hari. Ungkaplah ucapan terimakasih selagi kita mampu untuk mengucapkannya.

Tuesday, June 16, 2009

Happy First Annyversary!


Alhamdulilah sudah sebulan aku melayari alam rumah tangga. Sekejap saja rasanya berlalu. Enam bulan lamanya aku buat persiapan perkahwinan ni. Macam macam hal terjadi !. Tapi biasalah sekali seumur hidup. Tapi itu semua kenangan yang tak akan lupakan. Masih segar saja dalam ingatan aku ni.


Ramai orang tanya macamana kehidupan berumah tangga. Erm..bagi aku segala pujian bagi Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang menjodohkan aku dengan orang yang selama ini aku cari. Bila di ingatkan kembali aku pernah listkan bagaimana kriteria pilihan hati aku. Dan sesungguhnya juga Tuhan mengkabulkan doa hamba Nya ini. Alhamdulilah...


Memanglah rupa itu menjadi dambaan untuk setiap orang, tapi alhamdulilah aku dapat lebih dari itu. Seorang yang rajin, jujur, pandai ambil hati, penyayang dan yang paling penting dia hormatkan Mama dan Ayah. Dan Mama ayah juga dapat terima Isteri aku dengan hati yang penuh terbuka. Terima Kasih Mama dan Ayah!.


Bagi aku perkara yang membuatkan Aku tersentuh hati bila satu pagi tuh aku menjadi imam buat pertama kalinya untuk isteri aku. Rasa sebak, syahdu dan aku rasa lengkap hidup aku sebagai seorang pemimpin keluarga. Aku tahu aku masih banyak yang perlu di pelajari tapi InsyaALLAH aku akan cuba menjadi suami yang baik dan taat kepada PenciptaNya. Aku tak sangka jodoh aku di Melaka. Dan di tempat kerja yang sama pulak tuh!. Sebenarnya benda macam inilah yang aku cuba elakkan tapi itulah juga yang kita dapaat balikkan?. Alhamdulilah segalanya dah tertulis di alam Roh lagi. Bila difikir fikirkan kenapa aku dapat bekerja di SSM? Kenapa aku dipindahkan ke Melaka? kenapa aku tak dapat tukar semula ke KL? Dan inilah jawapannya...


Cuma satu yang paling aku nantikan tentulah seorang cahayamata yang dapat menyinari rumah tangga kami nanti. Tak sabar pulak nak bergelar Papa nanti. Macamana pulak keadaannya nanti. tak dapat nak bayangkan!. Cuma aku berdoa agar aku dapat melayari alam rumah tangga aku dengan baik dan sentiasa mendatangkan kebaikan untuk aku dan sekeluarga. InsyaAllah nak fikir lagi lanjut lagi aku tak sanggup!. Bukannya apa aku takut berubah hati pulak!. Itu dah kes naya..hehhe.apa apapun Perkahwinan bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan kita yang dahulu tapi sebuah penyambung sebuah lagi kehidupan. Warna apa yang kita pilih terpulanglah pada diri kita sendiri.

Monday, June 15, 2009

Happy Ending...

Family aku tak sah kalau tak buat acara joget lambak setiap kali habis wedding...termasuklah wedding aku yang lepas..kiranya lagu I Will Survive ni lagu tema setiap kali ader wedding sejak lima tahun lepas..

video

Tuesday, May 19, 2009

Aku Terima Nikahnya....

Alhamdulilah, semua nya berjalan dengan lancar. Hari yang dinanti nantikan pun dah berlalu. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi milik isteri aku yang di sayangi. Sampai kemasjid pun aku masih tak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya. Yang aku tahu semuanya dah selesai dengan baik. Tapi saat yang paling aku tak boleh nak lupakan bila nak baca taklik pernikahan. Masa tu memang aku tak boleh nak menahan sebak. Sebenarnya dari mula lagi aku dah tak boleh nak tahan. Mula mula imam tuh suruh baca Al-Fatihah lepas, beristighfar lepas, selawat ke atas nabi, pun lepas dan yang terakhir mengucap syahadah, alhamdulilah pun lepas, tapi aku still tahan perasaan dari nak menangis.

Pastu nikah, dalam hati dah terdetik, janganlah aku menangis nanti. Bila selesai alhamdulilah selamat tak menangis, tapi bila time melafazkan taklik, apalagi bercucuranlah airmata aku ni sampai terangkat angkat bahu aku. Punyalah sedih sampai berkali kali aku terhenti. Memang syahdu lah masa tuh. Takut pulak hingus nanti terkeluar memang buat malu jer nanti. Tapi itulah saat yang takkan aku lupakan. Momentum indah sangat masa tuh bagi akulah. Menambah sedihnya lagi bila saudara mara aku pun menangis, hehhee...mesti jadi bahan cerita sepanjang hidup aku nanti.
Dah habis bab nikah tibalah pulak bab nak bersanding. Memang berdebar debar gak. Sebab banyak mata yang akan memandang aku nanti. Sebelum aku bercuti pun aku dah pukul canang kat member member office, jangan lupa tengok Anak Raja Bersemayam nanti..ialah masa fitting baju pun aku dah teruja nak pakai baju tuh, meletop habis.


Masa nak berarak aku tengok orang dah ramai nak amik gambar. Perasaan masa tuh jangan katalah berdetup detap. Tapi aku still cool lagi. Bila sampai dewan, Fuhh...ramai gila orang masa tuh. Aku pun maintain senyum sampai ketelinga sampai naik lenguh di buatnya.
Bila dah sampai pelamin pulak terus orang ramai datang serbu nak amik gambar. Terasa macam artis pulak bila peminat semua serbu atas pelamin, Aku tengok pak andam dah tension orang ramai tak ikut protokol. Tapi at last semuanya oklah puas hati dengan pakaian dan pelamin aku. Dari atas pelamin aku boleh nampak semua kawan kawan aku yang datang. Terimakasihlah kerana sudi datang meraikan aku. Jangan lupa untuk datang bertandang di Rawang pada sabtu ni. Dan untuk semua pembaca blog aku ni jangan lupa anda dijemput hadir.

Sunday, April 26, 2009

Tom..Tom ..Bak...

Congratulation You're Invited To My Wedding!
AINAPISASMAAZWACHRISTYEFFEYHASLINAINALEALENNY
KAMALMEZAHREDZUANREXRONNYSAMSIAHSAZLINAWANYANIEHAIDA
ADZEEMAZIMBOIMCTDAHLIANAEFFAELINEMELDAFAUZIIKMAL
INTANJANNAHJASBIRJUELINDAKHAIRINAHKHUZAIMAHLYNNMIEZA
NATRIKINNODINORLINRADHIRAGESWARIROSEROZANARUEYCHOON THARMINIVISALAZUKHAIRIYUSOF
AINAAJIZALIASAMEERAMINAMIRAAMRIASHIKIENASRULAYU
AZLINAZLINDAAZRINNAZURAAZZBAIHAKIBJCCSHARIFDILAEJAFAHMI
FARAHIYAHFARIDFATIMAHFAWWAZFAZLIANAFIZAHAFIZAHAIRILHAJIHUSNI
KAMALAFFENDIKHAIKHAIRULKIKILUQMANMARLINAMARYMAZLINAMOKHTAR
MUHAMMATNABNAJMULNORNORSILAWATIOLOIPOGIQILARADZIRAIHANRAMAH
RASHIDANROKIAROSHALIZAROSNAHSALAWATIESAPIAHSARINAHSHIDASILA
SUFIAHWATIESUGHANTISUHANASUHARDISURAYAWIWIEYAHTIMAHYOZACK
ZAHARAHZAIZALINAZAMNIZAMRIZIHANZURAIDAHZURIATIANUARAZHAHAZRI
IPINKAMILAHMIZIMOLLYMUNANUZULPESOTRAMLISHADISHAHSUHAINIZASURIA
TUNGZAIDIDANIELDONEYERWANFAZLYMUSNAZ
REZAZARIQAZRIAZRINUSTADRAPIZULFIKAR

Wednesday, April 22, 2009

Kad Kahwin Aku...

Nampaknya ramai kawan kawan aku dah tak sabar sabar nak terima kad kahwin dari aku. Bukannya apa aku la ni aku tengah sibuk mengupdate kan alamat dorang dari masa ke semasa. Tambahan lagi kerja kat office ni makin banyak pulak. Bila aku nak rest pun tak taulah. Last week sempena cuti Pengistiharaan Melaka Bandaraya Bersejarah sempatlah aku edarkan kad kawin aku ke Muar dan KL. Hajat di hati nak terus g jumpa kengkawan kat Shah Alam pulak, tapi itulah tak sempat. Bila dah jumpa kawan kawan kat HQ mulalah lupa daratan skit. Borak borak sampai tak ingat masa berlalu. Dorang semua macam tak percaya jer akhirnya dapat jugak terima kad kahwin yang tertulis nama aku. Ialah selama ni pun asyik tengok nama orang lain jer, tak tahu bila nama aku akan tercatat kat kad kawin nie. Tapi tak sangka pulak masih ramai lagi yang mengingati aku!. Terpaksa pulak aku tambah nama kat listing aku. ingat nak bagi orang orang tertentu jer, tapi bila tengok muka masing maisng macam sedey jer terpaksalah aku bagi dengan rela hati tau...takut ader yang kecik hati pulak nanti.

Seperti biasalah mulut mulut puaka yang tak boleh nak di ubati tetap nak bagi statement berbau longkang. Menyampah betul aku dengan mulut mulut sumbang yang tak diasuh dek minda ni. Kejer jer berpangkat tinggi. Tapi takder otak. Ader jer benda nak di komennya. Menyampah betul aku. Tapi lantaklah, malas aku nak layan...

Kepada kengkawan semua sabar menanti yer. Kad pasti akan tiba juga akhirnya. Jangan tak datang pulak nanti bila dah teima kad dari aku nanti. Terima kasihlah kepada kawan kawan yang tertanya tanya Kad dari aku yang tak sampai sampai. Harap bersabar yer, dijamin sampai nanti. Tima kasih Uaolss....

Wednesday, April 15, 2009

Hi Tea Wit Adibah Noor


Last week sempat lagi g Hi tea dengan Adibah Noor walaupun tinggal lagi sebulan jer aku akan bernikah. Ini pun dapat invitation daripada member aku. Nak ikutkan aku memang suka joint benda benda macam ni, Last event yang melibatkan artis nie 3 tahun lepas aku tengok Tayangan Perdana Cinta Kolestrol bersama Erra Fazira.


Petang tu memang hujan lebat giler. Nasib baiklah masa kami sampai majlis belum pun bermula. Tapi tak ramai lah orang yang menghadirinya. Aku pun bukanlah peminat setia si Adibah ni. Tapi saja nak menyibukkan diri untuk berhibur.


Makanan pun biasa biasa jer. Dan perjalanan majlis pun agak lembap. Nasib baiklah MC hari tuh ader untuk menghiburkan orang. Kira nya petang tuh aku bernasib baiklah dapat cabutan bertuah. Lepas habis function aku terus ke Spa g urut badan. Sepatutnya, hari tuh aku berhibur sampai ke malam tapi masing masing ader hal terpaksalah dipendam kan saja niat murni tuh nak berhibur sampai dinihari..katanyeerr....

Tuesday, March 31, 2009

Let's Dance Together..

Bila yer nak dance together gether ngan peminat blog aku nie. Yerlah tinggal sebulan jer lagi nak tamatkan zaman teruna...hehhehee..teruna lah sangatkan??Erm...kalau orang tanya apa perasaan aku ketika nie, franking speaking..nuthing...tak tahu apa dalam fikiran aku nie!. Nak kata happy..aku memanglah sentiasa happy..nak kata berdebar debar yes itu ader bila tiba masa masa tertentu...ader member aku kata jangan terkejut bila tidur ader orang kat sebelah..ader pulak kata lepas nie susahlah nak terima mesej dari aku...dan ader pulak kata yang aku ni takkan lagi dapat berjumpa dengan dorang semua. Yang paling sedih cousin aku semua kata aku takkan dapat bercampur gaul ngan dorang lagi bila dah beristeri...Entahlah, dalam hidup aku nie, kadang kadang aku boleh jangkakan what will happen next..but bila dah kawin nie tak tahulah camno...

One thing is, aku excited nak tahu gak apa akan terjadi selepas aku sah menjadi laki orang!. Bukan nya apa, paparazi semua mestilah nak tahu how and how kan lelaki macam aku ni menerajui rumah tangga...Walaupun, tohmahan dan kata kata nista tetap ditujukan untuk aku, aku tetap berdiri sebagai seorang lelaki...lelaki ini bak kata Anuar zain. Terima kasih kepada semua kawan kawan yang tak putus putus tanyakan preparation wedding aku. Tak sangka ader juga yang sentiasa peka untuk mengetahuinya.

Semua persiapan dah disediakan oleh wedding planner aku, cuma hantaran jer tak dapat nak buat lagi. Baju nikah pun dah siap cuma baju bersanding sebelah lelaki jer belum fitting lagi. Gift untuk tetamu dan kengkawan semua pun dah siap. Apa lagi yer??Erm..kad minggu depan siap. Insyallah pertengahan April ni akan dapatlah undangan ekslusif dari aku nanti. Baju bersanding sebelah perempuan pun dah siap baru jer tadi aku tyr .Memang superb dan macam anak raja.hehehee...




La ni, aku kenalah jaga badan and muka aku nie. Tak sempat sempat lagi aku nak g buat facial. Sibuk memanjang...Last week jumpa mak andam dah bising kata aku dah gemuk..erm, tak boleh jadi aku mesti buat sesuatu!!!. So, on 2nd May, Mama and Ayah nak buat Conferences atau orang dulu dulu kata nak "Dudukkan Orang" for my wedding. Actually aku dah buat kertas kerja untuk tugasan sedara mara aku ni cuma belum arahkan jerlagi. Hehehee...alah all my sedara mara ok jer. Maklumlah majlis yang paling dinanti nantikan..Katenyerlah...then everything will up date later...so tungguuuu...

Thursday, March 26, 2009

Doa Untuk Pasangan Berkasih


Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku,

tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagian antara kami

Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ke pelabuhan yang sejahtera & abadi

Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku & peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah... .

Ya Tuhan yang Maha Mengerti

Berilah aku kekuatan

Menolak bayangnya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja yang merah

Agarku sentiasa tenang

Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta... .

Pasrahkan aku dengan takdir-Mu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah... .

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia & akhirat

Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini

Jaganlah engkau biarkan aku sendirian

Di dunia & di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan & kemurkaan...

Maka...

Kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman

Agar aku & dia

sama2 Membina kesejahteraan hidup Ke jalan yg Engkau redhai & kurniakanlah aku keturunan Yang soleh & solehah

Ya Allah... .

Berikanlah kami Kebahagiaan di dunia & akhirat & peliharalah kami dr azab api neraka

Amin... .Amin...

Ya Rabbul?Aalamin... .

Wednesday, March 18, 2009

Rindu...


Sering perasaan itu hadir di sanubariku...

menggamit kenangan2 semalam..

Rindu datang lagi...

Tanpa sempat aku menghalang..

Apakah yang diingini oleh perasaan ini sebenarnya...

Rindu... .

Bukan mudah untuk memenuhi kehendak rindu ini...

Ia hadir tanpa mengira masa dan ketika..

Sehingga sukar untuk dimengertikan...

Rindu... .

Semalam ia hanya perasaan dan akan tetap menjadi perasaan...

Perasaan yang ikhlas dan tulus...

Rindu... .

Aku sering menantimu walau jiwa dan batin ini sering terseksa olehmu...

Tapi aku amat bahagia oleh kehadiranmu rindu...

Rindu... .

Andai dapat ingin jua aku menunaikan impianmu...

Akan tetapi ia amat sukar... .

Rindu...

Harapanku agar dikau tenang barsamaku...

Kerana dirimu tetap akan di sisiku...

Rindu... .

Akan aku hargai perasaan ini sebaik2nya...

Sehingga ia kekal dalam jiwaku selama2-lamanya...

Rindu... .

Terima kasih kerana sudi bertamu di jiwa ini...

Dan aku akan setia di sini menggamit rindu yang hadir... .

Rindu yang selama2nya kekal hanya padaMU

Ya ALLAH... . AMIN... ..