Monday, August 03, 2009

Farewell Yang Tertangguh?


Sepatutnya aku dah mula bertugas di Muar semalam. Tapi last minute khamis lepas bos aku ni pulak minta postpone. Itupun CC aku yang minta kan. Kalau tak memang aku dah selamat kerja kat sana. Aku memang malaslah nak minta tangguh ni. Bukannya apa aku taknaklah manipulasi kesihatan isteri aku untuk aku terus bekerja kat Melaka ni. Dah di arahkan aku menurut perintah sajalah. Yang orang Muar pulak hari hari call bitahu macam macam plan yang dah di buat. Hehehee...Kesian dorang terpaksa lupakan saja plan tuh. Tapi last friday aderlah buat makan makan kat office aku ni. Bukan aku sorang jer yang ditukarkan tapi ader sorang lagi yang tukar. Sorry malas nak komen pasal lagi sorang tuh!. Lantak pi lah....

Last week pun duduk umah jer. Ingatkan nak jalan jalan KL, tapi disebabkan virus yang mealnda sekarang ni aku risau nak kuar umah. Dah lama gak tak g KLCC. Nak baca novel kat kinokuniya tuh. Tapi alhamdulilah, rupanye ader rusuhan kat KL. Aku pelik betullah orang yang asyik merusuh ni, mengganggu betul!Kesianlah sikit dengan peniaga peniaga dan orang ramai. Yang sibuk nak merusuh tuh nak buat apa. Buang masa jer!

Sekarang ni ramai pulak kes orang yang mati mengejutkan? Bukannyer apa, terkejut gaklah bila mendengar kematian Yasmin Ahmad. Populariti yang dia kecapi tak lama sekejap jer. Yang aku ingatlah masa aku mula mula kerja di SSM ni dia mula terbitkan filem Sepet. Pastu memang kontroversi sikit citer dia kononya tak patriotik. Tapi apa yang dia cuba gambarkan tuh memang realiti kehidupan masa kini. Mungkin orang yang dengkikan dia tuh takut ngan bayang bayang sendiri. Entahlah...

Aku masih ader sebulan lagi bertugas di Melaka ni. Aku suka takdir yang uruskan kehidupan aku. Segala galanyer telah di rancang. Biarlah aku melaluinya saja..aku hanya berdoa agar biarlah semuanya disusuli dengan kebaikan. Insyallah.

No comments: