Tuesday, December 06, 2005

AbOUT a Boy


Ini ada lagi artikel mengenai aku, konon kononnyer lah, semalam masa belek belek majalah REMAJA aku terselak satu artikel yang describe karaktor seseorang itu dengan binatang. Dan mereka yang lahir diantara 1 - 9 Julai dibawah pengaruh Mickey Mouse( Tikus)...EEEEE.......aku memang cukup geli bila terserempak dengan binatang ni. Tapi rupa rupanya aku dibawah sifat binatang tu. So anda semua tolong kaitkan aku dengan binatang ni sama ke tak? Bukan rupa tapi sifat okey.....check it out!!!...

PETIKAN MAJALAH REMAJA EDISI 15 DECEMBER 2005

1-9 JULAI (TIKUS)

Kamu ini memang penuh dengan muslihat. Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang sekeliling kamu. Ramai yang suka dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu. Tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menyebabkan orang sekeliling kamu berhati hati untuk berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum!. Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan!.

No comments: