Saturday, December 30, 2006

Cinta Datang Lagi?


Aku ingat posting sebelum nie adalah yang terakhir untuk tahun nie, tapi tak sangka pulak ader cerita yang menarik yang boleh dikongsi bersama. Semalam aku cuti!Kesempatan tuh aku pun pergilah melawat rakan rakan di HQ.Sebelum tuh terlintas pulak nak jumpa seseorang dan aku pun daillah nombor dia ngan harapan untuk sekian kalinyer bolehlah jumpa kan?

Mula mula seperti biasa dia bagi alasan sibuk dan janji akan kol semula. Dalam hati aku mungkin dia taknak jumpa..selang 10 minit dia kol semula dan bersetuju utk jumpa aku. WAHHH....berbunga bunga nie....aku pun terus jumpa dia dan My God!!!dia dah berubah sangat...dan seperti dijangka perubahan dia kerana dia dah berkawin.

Tapi apa yang membuat aku teruja...ialah dia berubah sebab aku. Dia kata selama ini dia hidup dalam fantasi dan tiada penghujungnya. Dia tekad meninggalkan aku dan berubah fikiran untuk menjadi seseorang yang berada di dunia realiti. Banyak juga yang dia nasihatkan dan tentunya amat berguna untuk aku. Dan sempena tahun baru ini aku rasa aku pun nak ikut jejak dia...

Kadang kadang bila direnungkan kembali betul apa yang dia kata. Hidup ini tak kemana kalau kita masih dengan fantasi kita sendiri. Buang masa!dan aku mula terfikir cerita enam tahun lepas. Apa matlamat utama aku ke "Dunia Ini". Ya dan aku dapat merasakan Tuhan sentiasa memelihara aku dari kejahatan. Aku banyak berdosa!. Lalai dan leka.....

Tapi yang pasti aku semakin suka menempuhi warna warna kehidupan yang bakal aku tempuhi 2007 nie nanti. Aku akan senaraikan wishes aku pada entry akan datang. Jumpa lagi.

Tuesday, December 26, 2006

ByE bYE 2006

Just want to wish SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU.



Sepanjang 2006 .. banyak mengajar erti kehidupan yang tak pernah ada kesudahannya. Dalam menjalani kehidupan kita sebagai anak, pekerja, rakan sekerja, rakan serumah, teman rapat & sebagai seorang insan yang tersayang.

Segala suka duka, pahit manis & pelbagai rencah kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada berulang kali kita tempuhi benda yang sama @ sesuatu yang baru dalam hidup.
Kekadang kita lupa bahawa kita ada tujuan & arah tuju…
kekadang kita terlupa pada rakan yang paling rapat dengan kita...
dan kekadang kita terlupa pada keluarga kita.

Hidup tak selalunya indah, adakala awan hitam akan memayungi diri kita.
Tanpa henti kita merenung nasib hidup kita yang tidak berkesudahan dirundung malang. Mungkin kita terlupa akan nikmat yang diberikan olehNYA sehinggakan kita lalai.
Kita lupa untuk belajar menghargai nikmat yang di beri dan bersyukur.
Sebaliknya kita terus lalai dan lalai …

Apa yang boleh kita harapkan agar 2007 yang menjelang tiba menjadikan kita seorang yang lebih baik dari 2006.
Apa pun, try enjoy our life… dan jgn takut nak buat sesuatu yang kita nak buat.
Just do it. Jangan dok piker apa orang akan kata ….
Selagi kita tidak minta sedekah dan makan minum dari orang tu…
kita punya kehidupan yang perlu kita teruskan ….

Jumpa lagi 2007.

Thursday, December 21, 2006

Bonus Banjir

Hari ni semua staff SSM mula lah dapat imbuhan. Biasalah hujung tahun. Apalagi perkara yang menarik selain bonus dan banjir. Banjir???hehhee..first time aku alami situasi banjir nie. Banjir nanti aku story.

Ini kali kedua aku merasa bonus.Pertama kali dulu masa aku kerja di Kurnia Insurans. Masa tuh dapatlah merasa sikit jer. Kali ni pun sama gak. Yerlah baru jer masuk kerjer.Barulah rasa kerja kita dihargai selama ini. Sikit atau banyak bukanlah persoalan tapi hasil penilaian kerja kita selama inilah yang membuatkan kita rasa bangga sangat.Aku suka rujuk cara orang orang lama bekerja. Mereka tekun dan bersungguh sungguh bekerja. Ader sorang kakak tuh mula bekerja sebelum aku lahir lagi. Starting pun hanya Rm 238. Tapi zaman 70 an dulu, itu pun dianggap besar. Apa yang aku perhatikan, mereka semua sungguh menghargai setiap imbuhan yang mereka dapat.Mungkin juga mereka membesar atau menimba banyak pengalaman disini. Seronok juga bila kita adalah Batch pertama yang membangun dengan company yang mula mula ditubuhkan. Kita dapat tahu susah senang nak set up satu satu company tuh.Keakraban tuh lagi teballah....

Masa aku belajar di Terengganu dulu,aku excited sangat nak alami suasana banjir. Tapi selama 2 tahun aku kat sana langsung takder musim tengkujuh. Pelik pulak aku. Kot kot bolehlah merasa naik sampan ke apa ker jadi mangsa banjir. Tapi hampeh!!. Tapi sekarang kat Melaka yang tak pernah pernah banjir nie pulak dilanda banjir. Sejak dari isnin lepas sampai hari nie hujan memanjang. Mula mula memanglah seronok. Tapi tak sangka pulak sampai banjir. Semalam hampir hampir terperangkap dalam banjir!. Dah tahu banjir nak jugak keluar ni, last last tersangkut juga tengah banjir. Nasib baik taklah teruk sangat.

Hujung minggu ni cuti panjang so ingat nak have funlah with all my chatters!. Kalau nak joint dipersilakan....

Wednesday, December 20, 2006

Atas Nama Cinta


Adakalanya dalam kehidupan kita, sama ada suka atau tidak kita akan melalui benda benda yang begitu sukar untuk ditempuhi. Adakalanya juga benda benda yang sukar ditempuhi itu mematangkan kita atau akan menjadi satu peristiwa yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Seperti juga aku,semakin hari semakin dapat merasai kematangan dalam diri.Tapi,Kadang kadang aku rasa kosong je jiwa nie. Macam tak der hala tuju pulak. Ingat lagi, sebelum aku dapat kerjer, macam macam yang aku plankan. Salah satunya rancang nak kawin hehehee...pelik?Gf pun takder lagi sibuk plan nak kawin. Erm, memang tak nafikan ramai yang tertanya tanya siapa lah yang bakal jadi orang umah aku nanti? Ala ala masing masing menunggu PC dari aku pulak!. Ramai kawan kawan kata, yang perkahwinan aku nanti pasti meriah!Kenapa yer dorang boleh terfikir macam tuh!Dah tentulah perkahwinan aku yang akan dinanti nanti oleh semua orang.....hmmmmm....

Bak kata Nasir, dia tak boleh hidup tanpa perempuan dan cinta?. Bagi dia, perempuan tu, sumber inspirasi walaupun dah berkali kali kecewa dengan cinta. Dia dambakan cinta yang suci dan mulus tapi takpernah nak dapat walaupun dia dikelilingi oleh ramai perempuan. Zahir nampak romeo tapi jiwa layar lara.Hihiks....aku kata aku takkan kejar cinta perempuan. Biar masa menentukan segalanya. Ajal dan pertemuan dah tertulis. Begitu juga jodoh pertemuan. Mungkin sang cupid asyik tersalah sasar je kot. Sebab itu cinta tak pernah datang!. Mungkin juga cinta ada depan mata tapi aku pulak yang rabun tak pernah nak nampak apa apa.

Mungkin juga orang yang bakal jadi suri hidup aku dah mati terlebih dahulu sebelum sempat berjumpa aku!Ntahlah mungkin juga...tapi aku bukan desperado yer!. Kalau ader kawin kalau takder kawanjerlah......alah hidup untuk bercinta jer ker?

Tuesday, December 12, 2006

Segalanya Pasti

Akhirnya apa yang aku fikirkan dah pun terjadi. Dah terdetik dalam hati aku, lambat laun benda nie akan terjadi jugak. Aku tak marahkan dia. Mungkin juga dia tertekan dengan keadaan sekeliling. Mana nak jaga hati aku manakan juga nak jaga hati orang lain.

Sedih sangat bila mana aku dah tak diperlukan lagi dalam meniti hari hari bahagia dia.Yer, aku dah tak diperlukan lagi!Dah tak perlu lagi untuk aku ambil tahu perihal orang yang selama ini aku jaga baik - baik. Orang yang seminit pun tak hilang dari ingatan aku. Orang yang paling banyak memberi dorongan dan nasihat kat aku. Orang yang mempercayai aku dan menyokong aku setiap masa dan ketika. Orang yang aku anggap sebagai tempat aku berlindung dan meluahkan perasaan.

Adakah 3 tahun masa persahabatan itu sia sia?adakah persahabatan itu hanya akan terputus bila kita akan melangkah satu alam lain?adakah dengan sebuah perkahwinan itu bermakna tidak memerlukan kawan lagi?adakah aku terlalu cemburu?

Aku bukan cemburu buta?cemburu aku sebab aku taknak dia merasa tertekan dengan sebuah ikatan. Bukan aku cemburu sebab aku keseorangan tapi aku cemburu kerana aku taknak dia sedih mengenangkan aku yang keseorangan.

Memang sukar nak ditafsirkan hati orang macam aku!

Biarlah segalanyer dah dilafazkan....

menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

aku junjung petuahmu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita



cinta biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

Friday, December 08, 2006

Mungkin

Semua orang bakal merasainya
Semua orang akan menempuhinya
Semua orang pernah mengalaminya
Dan semua orang pernah mencipta sejarah denganya...
Kata keramat penuh makna....

CINTA....

Macam aku juga yang pernah dicintai dan mencintai..terlalu indah dan asyik...cinta yang penuh definasi dan pengertian tersendiri.

Cinta yang terlalu suci, Bersih dan penuh jiwa.

Cinta aku terlalu unik. Hanya insan yang terpilih sahaja berjaya memiliki. Aku tak mengharap cinta yang plastik. Biar ia datang dengan sendiri. Cinta tak datang jika kita tak mencari, tapi cinta juga datang tanpa diundang.

Desember kini datang membawa seribu memori. Bulan ini, tahun yang lalu cinta ku kecundang ditengah jalan. Cinta agung yang aku harapkan rupanya hanyalah angan angan. Aku pernah berjanji bahawa aku ingin menjadi seorang pencinta yang setia!.Mengalun lagu berirama rindu..mencipta syair di bawah langit biru...menganyam angan angan dengan awan gemawan putih salju.

Tapi langit tak selalunya cerah....

Cahaya cinta yang kuharapkan.Rupanya kelam yang aku dapat. Kecewa bukan kepalang. Pilu menjemput sendu. Rindu datang bertalu....kau pergi tanpa pesan..kau hilang tiada alasan...kau tinggalkan diriku kebingungan...

Mengapa kita bertemu untuk berpisah?Mengapa kau curi hatiku ini?Mengapa begini kesudahan yang kau pinta?

Pernah kah kau rasa apa yang aku rasa?Pernahkah kau derita dengan cinta boneka?Pernahkah kau selami perasaan ini?walau sehari?walau seminit?walau sesaat?

Kau terlalu baik untukku dan kau juga terlalu kejam untukku...

Adakah kutemui cinta ini lagi?

Mungkin....?

Wednesday, November 22, 2006

Warna Hampa



sELaMat BeRtUnAnG BaIHaki And MarLiNa...

:.Kenangan Terindah.:
Aku yang lemah tanpamu - Aku yang rentan karena - Cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku - Selama mata terbuka - Sampai jantung tak berdetak - Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu - Darimu.. kutemukan hidupku - Bagiku... kaulah sahabat sejati - Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu - Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku - Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku - Yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah

Friday, November 17, 2006

Dekat Padamu

Dah seminggu aku demam. Mungkin disebabkan otte kot, tiba tiba badan aku jadi lemah. Kepala jadi berat dan hidung pun tersumbat. Memang menyusahkan. Tambahan pula kena kejar dateline otte sampai hujung bulan nie!. Mana nak fikirkan pasal PCMS lagi!tension!!!!Tapi seronok, ada pengalaman baru...barulah aku boleh jadi mesra dengan officemate aku nie. Aku kena jumpa orang satu satu untuk beri penerangan. Banyaklah perangai orang yang aku tahu. Banyaklah cerita yang aku dengar. Tak sangka pulak banyak kontroversi kat office aku nie. Nampak jer tenang!Rupanyer keruh dimuara!Hubungan dengan orang kat sini pun semakin erat. Dah mood nak kerja. Dah ada cerita yang hendak dikongsi sama. Dah ader teman untuk bergurau senda..cheehhhh.....kepala aku semakin pening....

Wednesday, November 15, 2006

CINTA n KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun

dalam telaga...

Kenapa?? Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi

CINTA!!

Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??

Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak

dijaga,

sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA

& terus menunggu..

Kenapa??

Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN

yang setia...kan??



so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia

beerti...

Wednesday, November 08, 2006

Barulah raya....


Hai...selamat hari raya!taksangka pulak ramai yang menanti entry terbaru aku!. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singah di blog aku nie. Masalah server tempat kerjer aku yang lembab dan bermasalah membuatkan aku malas nak update citer. Tambah pulak kerjer yang menimbun menimbun!. Tension betul! Apa apapun, aku tetap nak update story mengenai raya aku kali nie!yerlah raya kali taklah seberapa meriahnyer disebabkan raya ketiga aku dah mula bekerja. Orang masih seronok lagi bercuti aku pulak dah mengadap kerjer!sedih sangat rasanyer.....

Tapi 1 syawal umah aku tetap meriah. Jumpa dengan sedara mara yang boleh dikatakan setahun sekali barulah nak jumpa. Memang meriah sangatlah berborak sampai tak ingat apa dah....hubungan kami diantara sepupu memang rapat giller!!mungkin jarak yang tak jauh sangat kot. Masa kecik dulu lagilah meriah mesti ader jer lah aktiviti kami semua. Dah besar nipun sama gak, tak habis habis citernyer...

Konsep keluarga kami ni tak kirahlah ko dah kerjer ke masih belajar ker semua dapat duit raya!so memang tak akan rugilah sebab bila kita memberi kita juga masih juga menerima. Ringan sikitlah bebanan tuh.Aktiviti seterusnyer berkaraoke dan apa lagi snappy snappylahh......
ayah dan mama...

my sister....
Ini semua sepupu aku...
Sama tak muka kami adik beradik?

HEHHEHE...gambar tak jadi....kecohh!!!
alahh....kantoii pulak....jumpa lagi tahun depan!!!

Thursday, October 19, 2006

Wajah

Pagi tadi aku ader seminar mengenai insani dalam organisasi. Penceramahnyer siapa lagi kalau bukan Dato'Dr. Fazilah Kamsah. Memang penceramah yang paling aku minati sekali. Sebelum ni selalu tengok kat TV jer. Memang menghiburkan, tapikan rasa rasanyer lebih banyak bercerita hal yang lain daripada intipati ceramah yang sebenarnyer. Semua cerita masuk nie, dari kes perkahwinan Siti hinggalah kes putus tunang Mawi-Ina. Aku suka penceramah yang macam nie, tak pernah pun nak pandang serong pada artis artis. Ader sesetengah penceramah suka sangat mencemuh artis. Aku, walaupun bukan artis tapi tak sukalah kalau suka sangat nak mencemuh orang nie. Artis pun bekerjaya juga. Bukan pembunuh!

Sebenarnya kalau kita ke majlis majlis ilmu ni, memang banyak tips yang dapat. Banyak pengetahuanlah!. Tapi bukan mudah untuk seseorang itu jadi lebih baik dari hari kehari. Kalau nak difikirkan secara DETAILS, memang banyak yang perlu kita ubahkan. Memang kita fikir yang diri kita nie dah cukup bagus, tapi tak pada pandangan orang lain.

Selalu kita akan berazam untuk menjadi yang terbaik, tapi untuk melaksanakan kearah terbaik tuh, bukanlah sesuatu yang mudah tau!. Ok, sebagai contoh hari hari kita bangun tidur dan berdoa agar menjadi terbaik sepanjang hari nie, namun bila kita berhadapan dengan sesuatu situasi kita takkan menjadi seperti apa yang kita azamkan.

Itulah dinamakan warna kehidupan. Sebenarnye kitalah yang perlu mencorakkan diri kita sendiri mengenai warna kehidupan kita. Bukan ibubapa kita dan bukan orang sekeliling kita. Sebab itulah bila terjadinya keruntuhan institusi keluarga aku tetap akan salahkan diri orang itu sendiri dan bukannyer faktor lain. Tuhan memberikan kita akal fikiran dan kitalah yang berhak utk mewarnainya mengikut warna yang sepatutnya. Tepuk dada tanya selera...chewaaahhhh.....

Wednesday, October 18, 2006

Kian


Semalam buat pertama kalinya aku tidur pukul 12 malam sejak aku berada di melaka nie. Semalam member member office ni ajak berbuka beramai ramai. Ialah dah nak raya ni kan, bila lagi nak berbuka sesama?. Tapikan kenapalah aku ni susah sangat nak masuk kepala ngan dorang ni. terutamanya lelaki!pelikkan?sepatutnya, lelaki ngan lelaki boleh ngam. Tapi kalau nak dihitungkan aku memang ramai kawan perempuan dari lelaki. Sejak sekolah pun sama!aku susah sikit nak joint budak lelaki nie. Tapi ader jugaklah yang sesetengahnya boleh masuk ngan aku!.

Kadang kadang macam jadi hilang punca bila aku nak bercakap ngan budak lelaki. Nak ceritakan pasal kereta manalah aku tahu apa apa pasal kereta!Model terbaru ker?Berapa CC kereta terbaru ke?Kereta apa paling cantik abad ni ker?errk....bukan selera aku nak bercerita itu semua!.Yang aku tahu drive sajork. Dah sampai limit hantar g services!Begitu mudahkan?Pasal bola?lagiiiilah.......

Semalam jugak buat pertama kalinya aku melangkah jauh dari Ayer Keroh. Ikut budak budak ni g shopping rayalah gamaknyer!Aku sekadar tengok tengok jer!.erm, nak tahu jugak apa selera budak budak ni bila berbelanja!Bila aku kata aku selalu shopping di KLCC dorang kata wah hebatnyer!!!!padahal kalau g mana mana shopping compleks pun sama jer, nak ikutkan Suria KLCC jauh lebih murah dari Sogo. Serius!cuba try survey!

Sepanjang aktiviti tuh pun aku banyak jadi pemerhati. Sesekali bersuara bagi pendapat. Itupun macam ..bila perlu jer!.Tak tahu bilakah aku akan jadi ngam dengan mereka ni!. Takut pulak jadi macam kes 2 budak poyo di HQ dulu. Langsung tak bertegur sapa gara gara kepala tak boleh nak joint sama!.Bosan pulak!Ialah kemungkinan besar juga aku akan bekerja selama lamanyer di Melaka ni. Orang orang ini juga yang akan membantu aku nanti.

Cuma ader seorang budak ni jer mungkin satu hari nanti aku boleh ngam dia. Buat masa ni biar dia yang terkejar kejar aku dulu. Nampak dari gaya dia pun dia senang nak berkawan ngan aku!Taklah basi mulut aku nanti yer!Hahahhaaaaaa......

Tuesday, October 17, 2006

Selamat Hari Raya

Kepada semua pengunjung blog WARNA KEHIDUPAN di kesempatan ini aku ingin mengucapkan... Selamat Hari Raya....Mohon maaf jika penulisan aku selama ini ader yang menguris hati dan perasaan. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku. Semoga kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Wallahualam....

Thursday, October 12, 2006

Mencari Lailatul Qadar

Sejak kecil lagi aku dah didedahkan dengan cerita tentang lailatul qadar. Arwah nenek aku kata malam lailatul qadar semua pokok akan tunduk dan air menjadi beku. Erm....iya ker?persoalan itu seakan akan menarik perhatian aku bila menjelangnyer bulan Ramadhan. Saban tahun aku akan menantikan malam LAILATUL QADAR walaupun ketika itu aku tak tahupun apakah pengertian disebalik malam keramat itu.

Bila aku dah mula bersekolah, barulah aku tahu apa yang dikatakan malam Lailatul Qadar tuh!. Mengiku satu artikel yang aku browse pagi ni, Lailatul qadri bermakna "Malam yang penuh berkah." Hal ini jika dihubungkan dengan firman-Nya, "Inna anzalnahu fi lailatin mubarakatain" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya Alquran pada malam yang penuh berkah). Q.S. Ad-Dukhan:3. "Berkah" berarti kebaikan yang banyak.

Lailatul qadar dalam pengertian ini terjadi pada bulan Ramadan dan terjadi hanya satu kali. Allah berfirman, "Syahru Ramadana alladzi unzila fihi Alquran" (Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan Alquran) Q.S. Al-Baqarah:185. Tentang tanggalnya masih ada ikhtilaf (perbedaan pendapat) di antara para ulama, sebagian besar ulama menyatakan Lailatul Qadar itu terjadi pada tanggal 17 Ramadan. Hal ini didasarkan pada firman Allah, "In kuntum amantum billahi wa ma anzalna 'ala 'abdina yaumal furqan, yaumaltaqal jam'ani" (Jika kamu beriman kepada Allah dan terhadap apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari Furqan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan) Q.S. Al-Anfal:41. Yang dimaksud dengan "hari pertemuan dua pasukan" yaitu saat terjadinya Perang Badar, yang diyakini terjadi pada hari Jumat tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijriah.

Sahabat Ibnu Abbas r.a. menjelaskan bahwa Alquran yang diturunkan pada Lailatul qadar pada bulan Ramadan (dari Lauh Mahfudz) ke langit dunia sekaligus atau seluruhnya; baru kemudian secara berangsur diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. (R. At-Thabrani).

Kedua, Lailatul qadar dalam pengertian sebuah malam penuh berkah yang datang pada setiap bulan Ramadan. Pengertian ini didasarkan kepada hadis yang berbunyi, "Suila Rasulullah saw. 'an lailatul qadri, Fa qala, hiya fi kulli Ramadana" (Nabi saw. ditanya tentang Lailatul qadar, baliau menjawab, lailatul qadar ada pada setiap bulan Ramadan) H.R. Abu Daud.

Mengenai Lailatul qadar dalam pengertian ini tidak ditemukan keterangan yang menunjukkan tanggal yang pasti. Menurut sahabat Ubadah bin Shamit dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Nabi saw. pada suatu hari ke luar menemui para sahabatnya untuk memberi tahu tentang kapan Lailatul qadar itu adanya, tapi karena ada dua orang sahabat yang malah ribut, maka beliau tidak jadi memberitahukannya, beliau malah akhirnya menganjurkan, "Faltamisuha fit tasi'ati, was-sabta'ati, wal-khamisati" (Carilah olehmu pada tanggal 21 atau 23 atau 25).

Di hadis lain dari Siti Aisyah riwayat Imam Al-Bukhari, Nabi saw. memerintahkan, "Taharrau lailatul qadri fil-witri minal 'asyril awakhiri min Ramadhana" (Carilah Lailatul qadar itu pada tanggal-tanggal gasal dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan). Menurut riwayat Imam Muslim dijelaskan bahwa Nabi saw. jika memasuki sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan beliau meningkatkan kegiatannya, menghidupkan malamnya dengan mengurangi tidur dan membangunkan keluarganya. Malah beliau menyunatkan untuk berkitikaf di masjid selama sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan.

Di antara hikmah tidak diberitahukannya tanggal yang pasti tentang Lailatul qadar ini mungkin tidak lepas dari karakteristik ajaran Islam yang memotivasi umatnya untuk rajin bekerja dan beribadah, seperti diperintahkan Allah, "Fa idza faraghta fanshab" (Apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka carilah urusan yang lain) Q.S. Al-Insyirah:7.

Tentang fadilah atau keutamaan dan berkah Lailatul qadar antara lain: (a) Nabi saw. bersabda, "Barang siapa yang melaksanakan salat qiyamu Ramadhan (salat tarawih) pada malam Lailatul qadar dengan dasar iman dan mengharap rida Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu". (H.R. Al-Bukhari);

(b) Nabi saw. bersabda, "Apabila datang Lailatul qadar, Malaikat Jibril bersama malaikat lainnya turun ke bumi mendoakan kepada setiap hamba yang berzikir dan berdoa kepada Allah, Allah menyatakan kepada para malaikat bahwa Allah akan memenuhi doanya. Allah berfirman, "Pulanglah kamu sekalian, Aku telah mengampuni dosa kalian dan Aku telah mengganti kejelekan dengan kebaikan". Maka mereka pulang dan telah mendapatkan ampunan-Nya. (H.R. Al-Baihaqi dari Anas bin Malik)

Kedua hadis itu menunjukkan kepada kita bahwa bagi yang melaksanakan salat tarawih, memperbanyak zikir, doa dan istighfar, bertepatan Lailatul qadar dengan hati yang ikhlas, dengan cara yang benar sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw. dan dengan khusyuk, insya Allah baginya akan mendapatkan ampunan-Nya. Sesuatu yang senantiasa menjadi harapan dan dambaan setiap insan mukmin. Karena dengan ampunan-Nya itulah seseorang akan mendapatkan keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi, yakni kebahagiaan di akhirat kelak.

Tidak diketemukan keterangan yang sahih dan sharikh (jelas) tentang ciri-ciri atau tanda-tanda bahwa malam itu adalah Lailatul qadar, kecuali hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahwa jika malam itu adalah Lailatul qadar maka pagi harinya matahari terbit dengan cuaca yang cerah. Artinya baru diketahui setelah Lailatul qadar itu lewat. Hikmah dari dirahasiakannya Lailatul qadar ini antara lain kita didorong dan dimotivasi untuk mengisi malam-malam Ramadan khususnya pada sepuluh hari terakhir dengan berbagai amal saleh seperti, tarawih, tadarus Alquran, doa dan istighfar.

Siti Aisyah pernah bertanya kepada Nabi saw. tentang doa yang bisa dibaca jika bertemu dengan Lailatul qadar, Nabi saw. menyuruhnya untuk membaca, "Allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai sifat pemaaf, maka maafkanlah segala dosa hamba) -H.R. Ahmad-

Kita berhaarap dan memohon ampunan Allah serta bimbingan inayah dan rahmat-Nya semoga kita diberi kekuatan dan kemampuan mengisi bulan Ramadan ini baik siang maupun malamnya dengan berbagai amal ibadah dari awal sampai berakhirnya bulan suci ini, dan dijadikan sebagai wasilah kita diampuni segala kealpaan dan dosa kita. Amien! Wallahu a'lamu bish-shawwab.***

Terima kasih juga kepada anda semua yang masih sudi membaca BLOG WARNA KEHIDUPAN.

Wednesday, October 11, 2006

Hai semua....

Sorry dah lama tak update. Tapi ader ker orang yang baca yer?hehehee..tak per, kat blog aku nilah tempat aku bercerita since tercampak kat dunia baru nikan?. Aku sekarang dalam fasa menyesuaikan diri ditempat baru, skop kerja baru dan persekitaran yang baru. Dah hampir 2 minggu aku kat Melaka. Habis basi mulut aku tak bercakap ngan orang. Ala ala masih hijaukan malu malu sikit nak tunjuk belang. Tapi aku rasa sikit masa lagi ok kot. Macam aku mula mula belajar kat Terengganu yang begitu asing sekali tuh!. Alhamdulilah, aku di postkan kat Melaka. Sebelum tuh ader jugak terdengar rumours yang aku akan ke Kelantan. Lagiiiiilahhhhh.......jauhhhh!!!nasib baik kat sini jer!.Kalau tak jadi mamat kelate pulak!ahakss...

Ini kali ketiga aku berpuasa jauh dari family. Taklah rasa janggal tapi sunyilah berbuka sorang sorang. Kadang kadang tuh sampai tertidur pulak.Tapi nasib baiklah kiki selalu kol dan sms aku. Taklah terkulat kulat aku sorang sorang. Berbuka pun simple jer beli nasik campur dan kueh. Kadang kadang makan kat kedai dan kadang kadang makan maggie!dah tak tahu nak makan apa?. Tapi kat sini yang seronoknya asam pedas Melaka!Hari hari makan pun tak kisah!

Selalu malam habis terawikh aku dah mula mengantuk!takder aktiviti pukul 10.00 aku dah pun tidur. Sahur pun kalau Kiki kol bangunlah kalau tak tidor jer sampai pukul 6.30. Umah aku dekat jer ngan office so taklah kelam kabut sangat. dalam pukul 7.45 tuh dah mula gerak ke office. 5 minit jer sampai!.

Suasana kerjer sini pun berbeza dengan HQ. Kat sini semua benda kita kena belajar. Memang mengerunkan. Rasa nak menangis nak lari jer balik ke KL. Rasa maca sungguh besar tanggungjawab tuh!Tapi inilah yang aku idamkan. Betul juga kata Kiki. Dah lama menanti bila dah dapat tak nak pulak. Aku kena cuba Cuba dan cuba....stress memang stress.

Raya yang nak dekat ni pun tak terasa nak raya. Cuma bila dengar lagu raya jer feeling feeling sikit. Tapi raya ni aku tak bergaji lagilah....macamana yer?masalah betul! 2 bulan ni baru aku dapat gaji. Tapi tak per ader jugalah simpanan masa sambilan dulu.

Apa lagi yer?mungkin lepas raya ni aku nak cari housemate. taklah sunyi sepi...tapi aku ni susah sikit nak berkongsi ngan orang, aku lebih suka tinggal sorang. Tapi nazaklah juga nak bayar sewa. Tengoklah macamana!bukan senang aku cari orang yang sesuaiii ngan jiwa aku!. Payahlah....oklah lain klai citer lagi yer!

Monday, September 25, 2006

KaWan KaWaN....

kAwAn-KaWaN..aKu sAyAnG KoRaNG SeMUa..
WaLaU SeMaLaM KiTa BaRu BeRjUMpA..
HaRi Ni KitA dAH BoLeH MesRa..
mAcAM DaH KeNaL LaME..
TaPi KaWaN..JgN BeSoK BuAt2 LuPA
yANg kIte pErnAh bErSaMA..
KeNaNGaN BuaT KiTA DeWAsE..
BeRteMu Ke BeRpiSaH DaH jD aDat DuNia?
tiMe Nih rAsA nK NaNgiS PoN aDE..
yER..taK tAhU aJaL MauT BiLe NK TiBa..

BuAt KoRaNg SuMeR..
nI sEkAdAr iNgatAn Je..DuNIa PeNuH PaNcaRoBA
KaLo Nk BeRjaYe KeNe RaJIn UsaHa..JgN TaNyE SeLeRA
MeMeNiNgKaN KePaLe..mEMaNg XdE GuNe..
taPi InGaT..IdOp Ni BiaR SeLaMbe..
BiAr KenE TeMpat..KaLo TaK BuaNg KaReN aJe
yE LeR..TaK SuMeR OrG SukE KitE..
sILaP TeMpAt aBEs NaYa...

AKu SaYaNg GiLeR2 kT SuMeR..
KiTa Ni CaM aDEQ BeRaDiK CuMe iBu BaPe X SaMe..
haTi kAsi BaIk..BiaR SuMer SaYaNG kT KitE
nI hA..B4 aKU TeRLuPa..CaKaP BiaR BetUL..
pLaNNinG JgN yG BukaN2 paS tUh KaNtOi..
tAkUt BiLeR JumPe DaH xBeTuL..
Ke HuLU ke HiLiR BaWaK tiN MiLO & bOToL
NeK BeSKaL PoN Nk BaYO tOL..
taHaP Ni Da xLeH Nk ToLOnG..
PaLiNg KuaT aKU dErMA ActIvEfaSt Nye PaNaDoL..
tAk PoN..abEs KoRaNG Ne AnGkUt p TaMpOi..

KaWaN-KaWaN..MaaF KaLO teRkAsAR BaHaSe..
TeRuMpAt kEr TeRMeNgaTe..MaAfKaN AkU YeR..
PaNJaNg UmO KiTeR JuMpE..
tUh PoN KaLo TuHaN Nk PaNjaNgKaN nYaWa..
KaLO dOk..
SeDEkaHKaN FaTiHAh..SeMoGa RoH Ku DiCuCurI RaHmAt PENCIPTA?

Friday, September 22, 2006

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih. Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah. Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti. Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.” Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin. Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin. Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan. Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kepada semua pembaca blog WARNA KEHIDUPAN :

Hayati keindahan Ramadhan dengan penuh keinsafan

....selamat menjalani ibadah puasa...

Lunch With Ajai @ secret recipe!


Seperti biasa group kami kalau ada sesiapa yang dapat kerje atau pindah ke tempat lain, kami akan berkumpul beramai ramai untuk makan bersama sama. 2 minngu lepas Kiki dan Kak iza belanja kami semua makan di Kenny Rogers. Last Week makan bersama sama ngan Farah Di M'c D. Hari ini tibalah giliran aku pulak belanja kengkawan makan Di Secret Recipe sempena dapat kerjer ni. Sebenarnya memang aku nak belanja diSecret Recipe bila aku dapat kerje. Akhirnya, Sampai juga hajat aku. Tapi tak bestlah pulak bila Kiki takder.Cantik tak decoration aku?.Semua jemputan akan diberi sekuntum bunga!.Order order..semua ditanggung beress..."nak makan apa yer?" sessi menganyam ketupat.

Maaflah kengkawan gambar lain tak dapat nak publish, blogspot buat hal pulak. Anyway, terima kasih kawan kawan coz sudi meluangkan masa dengan aku!. sedeyyyynyerr......

Wednesday, September 20, 2006

Akhirnya



Syukur Alhamdulilah akhirnya penantian aku selama ini berakhir...Yes Yes yes....aku dapat kerjaaaa......

Syukur alhamdulilah.....

Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi mendoakan aku dapat kerjer....terima kasihlah yang teramat sangat!!!

Tapi yang sedihnya aku dapat kerjer di Ayer Keroh Melaka. Erm..sebelum ni pun memang dah terdetik kalau dapat kat Melaka best jugak..Hihihihi....ALHAMDULILAH....

Terima kasih!!!

BrokeBack Mountain - The Review

Credit to :Lee 1972

Brokeback Mountain - I Wish I Knew How To Quit You

Brokeback Mountain ni based on fictional novel by Annie Proulx. Ia berkisar tentang kisah dua orang koboi (cowboys) yang ambik kerja sebagai gembala kambing biri biri di pergunungan Rocky. They were both 19 at the time they met (1963). It's so obvious from the start that Jack Twist (Jake Gylenhaal - drool alert!!) fancied Ennis del Mar (Heath Ledger). Asiklaa dok tengok perati Ennis (handsome!).

One night in a cold summer's night, Ennis was sleeping outside the tent. Kenapa dia tidur kat luar tent? Well, it's because the tent boleh muat muat sorang aje.. lagipun tak macholah kan kalau tidur ngan koboi lain! Tapi Jack ajak Ennis masuk skals ke tent ittew untuk tidur di sebelahnya sebab kesian dia tengok Jack kesejukan kat luar. At one point of the night, Jack took Ennis's hand and wrapped it around his body. Jack tersentak dari tidur dan mula nak marah marah tapi Ennis berjaya calmed him down. One thing let to another, Jack tutjubs jua Ennis. Mengerang ngerang Ennis kesedapan :P

It started from that point that they began to fall for each other. Although throughout the story, they never even once utter the word "I Love You", but from their face expression, we know that it's there.

Banyaklah jugak adegan mereka dok bergomol gomol atas tanah bagai.. tak kurang juga adegan "domestik" gaduh gaduh sampai bertumbuk tumbuk berdarah gittew.

But really this was the story of how two men bond with each other (in one way or another eheheh). They definitely missed each other very much when the summer ends. They parted and began their life as "normal". Ennis got married with his fiancee and Jack kept on being a rodeo cowboy. Adalah di tunjuk sekali Jack nak chat-up this guy at the bar tapi tak menjadi jeratnya. Tu lah, susah bebenor kalau takde gaybar atau sawana masa ni!

Namun Jack jumpa juga ngan sorang pompuan chanteque ni dan kawin pulak ngan dia. Anak orang kaya you!

Empat tahun berlalu dan akhirnya Jack berjaya menjejaki Ennis dan bertanya khabar melalui poskad. Bila dah bertemu tu, mmg macam orang berkasih yang dah lama tak berjumpalah,kan? Commolot bagai kat depan tangga rumah. Dah tak hengat dunia dah! Bila bini Ennis dah ternampak..hahhh.. kesian bini si Ennis! Tak tahu nak buat apa dah....

So banyak kali lah mereka berdua ke Brokeback Mountain ittew semula untuk memadu kasih dan bermesra sebelum kembali ke pangkuan keluarga masing masing.

Ada juga Jack bagitahu Ennis yang mereka perlu lakukan sesuatu like set-up a ranch together untuk tinggal bersama namun Ennis tak berani nak tinggalkan kelurganya (bini dia dah beranak dua dah!) lagipun di otaknya masih terngiang ngiang kejadian masa dia kecil dulu apabila seorang tua yang tinggal bersama dgn seorang lelaki lain dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Ennis tak mahu perkara itu berlaku pada dirinya mahupun pada Jack.

Tahun berganti tahun, Ennis akhirnya bercerai dengan isterinya. Jack mengambil peluang ini untuk bersua kembali dengan Ennis dengan harapan menggunung agar mereka dapat membina istana bahagia bersama kaedahnya. Tapi Ennis buat banyak alasan; ada anaklah minggu ni..minggu lain ada kerjalah etc. Jack sangat kecewa dan sampai menangis dalam trak dia selepas meninggalkan Ennis. Dengan rasa kecewanya itu dia membawa diri dia ke Mexican border town - motif?? Nak cari money-boy and he did!

Ahh banyak lagi adegan yang mencuri perasaan dan menyebabkan u ols rasa kasihan kepada keluarga mereka. Mak pun rasa kesian kat si Ennis sebab memang dia nak kat Jack cuma keadaan tak mengizinkan. Jack pulak dalam masa yang sama ada buat affair dengan jantan farmer yang lain (walaupun dia bagitahu Ennis yang dia buat affair dengan isteri farmer berkenaan!).

The scene during their last meeting was so emotional too. That night when they were together, Jack even said to Ennis "Sometimes I miss you so much, I can hardly stand it". My heart sank..it's so emotional and tragis bila dengar Jack cakap dengan nada sayunya. Ennis tak dapat nak kata apa apa pun. Dengar je lah!

Then in the morning bila mereka dah nak berpisah untuk kembali ke pangkuan keluraga masing masing, Ennis dropped the bomb by telling Ennis that they could not meet each other up again until November (winter u ols...sejuk!) atas alasan beban kerja. Jack sangat marah sebab berhari hari mereka kat situ, tak pulak Ennis sebut fasal ni. Ennis cuba untuk reasoning dengan Jack tapi Jack was having none of it "There's never enough time, never enough". Kekecewaan jelas terpancar pada wajah Jack.

Tetiba Ennis tanya Jack kalau dia dah pergi ke Mexico. Jack kata sudah. Ennis dapat agak what Jack was up to there! Katanya "What I don't know, all them things I don't know could get you killed if I come to know them!" hah kau.. memang threatening tu... jealouslaa kalau dapat tahu boifren gi main ngan money-boy!

Jack mula mengingati Ennis "Tell you what, we could have a good life together. Fuckin' good life. had us a place on our own. But you din't want it Ennis! So what we got now is Brokeback Mountain!!!". Memang itu yang selalu di idamkan Jack; mahligai bahagia bersama Ennis namun Ennis selalu teragak agak.

Some words Jack was saying like "You have no idea how bad it gets" and "I wish I knew how to quit you" In an emotional way pulak tu! That's sooo very sad indeed!

Bila Jack dah cakap begitu, Ennis pun agak teary jugak berkata "Then why don't you???" "It's because of you Jack, I'm like this" - being gay lah kot kalau takde Jack, takdelah asik ke Brokeback Mountain, kan?.

Ennis boke down in tears. Jack cuba nak memeluknya namun Ennis menepis Jack. At last, he managed to calm him down. Even Ennis pun cakap "I just can't stand this anymore, Jack". Such an emotional time for the both of them.

It was suddenly a flashback time for Jack.. as he saw Ennis headed off home, he remembered the time when they were first together in Brokeback. Jack used to see Ennis off riding the horse to guard the sheep and just before he left (still in flashback), Ennis would give Jack a great loving hug from behind and talked to him in the sweetest way. This was another scene that I think was one of the scene yang memang meruntun jiwa mak! Jack felt soo safe in the arms of his beloved friend.

Ahhh the scene also showed Jack gazing at Ennis as he headed off on his horse with a warm loving look and perhaps with high hopes too that one day they will live together.

And that was it..flashback memory was gone. Ennis went off home leaving Jack at Brokeback Mountain all on his own. And that was the last time they met. *sob* nangis ni hah u ols!

And the next chapter was equally meruntun jiwa - Ennis menerima poskad - actually it was his own postcard sent to Jack but it came back to him with a stamp on the card "Deceased"!!!!! *nangis lagi mak!!*

Di dalam poskad ittew Ennis dah siap tanya si Jack:

"Jack, how about November 7 for you? I can meet you at Pine Creek. Ennis del Mar"

Nampaknya harapan itu tidak menjadi kenyataan. Bagaikan pelamin anganku musnah lagaknya. Scene ini memang sekali lagi meruntun jiwa mak, u ols!

Bila Ennis cuba tanya (melalui telefon) isteri Jack what really had happened. Isterinya bagitahu ianya sebab accident tetapi scene berikutnya menunjukkan Ennis betapa mengetahui yang Jack bukan mati sebab accident tetapi mati akibat dibunuh orang kerana mereka mengetahui ke -PLU-an Jack. Terngiang ngiang di kepala Ennis about that masa menalifon isteri Jack.

Mengikut kata isteri Jack, Jack mahukan abu mayatnya scattered on Brokeback Mountain. Menunjukkan betapa agungnya chenta Jack kepada Ennis - as if he wanted his memory of happy times with Ennis to remain there even when he dies. *nangis lagi mak!*

The next scene was Ennis meeting up with Jack's parents. Dalam pengamatan mak, mereka memang tahu yang Jack ada tendency sebagai seorang khalid. Ayahnya memang macam tak welcoming langsung namun maknya sangat mesra. *mak nangis lagi*

Ennis beria ia mahu mengambil abu mayat Jack untuk dibawa ke Brokeback namun hajatnya tidak kesampaian - ayah Jack insisted it should be put at the family's cemetery.

Rupa rupanya Jack (this was what Jack's dad told Ennis at the time) dah bagitahu ayahnya yang dia akan satu hari nanti akan bawa Ennis ke kawasan kediaman ibubapanya dan membina sebuah ranch untuk mereka berdua i.e Ennis & Jack. Runtuh jiwa mak mendengarnya! *lagik!*

At last the reality was brought up to surface.. rupa rupanya (mengikut kata ayah Jack), Jack pun dah beria ia nak bawa seorang lagi "kawannya" untuk tinggal di situ dan "kawannya" itu sudah sanggup untuk meninggalkan isterinya. The following shot showed how Ennis was shocked to hear the truth. Ye lah, kau tak nak bersekedudukan dengan dia, tu lah pasal dia nak cari orang lain!

The next scene was Ennis went up to Jack's room. It was nice and tidy and when he went to the wardrobe..well, this was another scene yang meruntun jiwa - Ennis discovered two old shirts hidden in the back of the closet. The shirts, hung one inside the other on the same hanger, were the ones of them were wearing on their last day on Brokeback Mountain in 1963!!!

Tak meruntun jiwa ke?? Sampai masih simpan baju kekasih walaupun sudah lama. Namun memori indah mereka berdua pada tahun 1963 membuatkan Jack menyimpan baju mereka berdua.. in one hanger! *mak nangis!!!*

Ennis memeluk erat baju baju itu ke dadanya sambil meutup mata dan mencium baju baju ittew...mungkin dia pun sayu mengingati memori indah mereka berdua. *mak nangis ni u ols!!!*

Ennis mengambil baju mereka berdua itu kembali ke tempat kediaman Ennis. Mujur juga ibu bapa Jack tak kisah. Kalau tidak, habislah satu lagi harapan Ennis hancur berkecai!

Sebelum Ennis meninggalkan rumah Jack, bapa Jack mengulangi katanya yang abu Jack akan dikebumikan di kawasan kubur keluarga mereka. Ennis mengangguk sayu and the film shot showed how sad he was; air mata bergenang di matanya.

The last scene was the climax of "meruntun jiwa mak":

Ennis opens his own closet to reveal that he has hung the two shirts reversed, with his plaid shirt hugging Jack's blue shirt, inside the door beneath a postcard of Brokeback Mountain. Ennis carefully fastens the top button of Jack's shirt. With tears in his eyes, Ennis mutters, "Jack, I swear . . . ." and then, he slowly, carefully straightens the postcard of Brokeback Mountain and closes the door. As the door closes on the closet, it opens a long view to the outside, through the window, to the green and yellow fields and the dirt road outside **matilaa copypaste wikipedia!

So we will never knew what Ennis meant to say when he said "I swear....." Maybe he wished if he could turn back time, they could be together, setting up ranch together etc. Or maybe he wished he'd said I love you or even I miss you kepada Jack more!

Well, this entry maybe long and u ols mungkin tak dapat merasakan apa yang mak rasakan sekarang (kepada yang belum tengok lagi cerits ni). All I can say is you have to watch it to feel it. It definitely touches your inner heart - tentang hubungan cinta terlarang antara dua jejaka. Tentang keadaan persekitaran yang tidak mampu mereka halangi untuk membolehkan mereka hidup bersama.

Cerita ini bagi mak menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita semua to be truthful to ourselves lebih lebih lagi kalau ianya involving isteri dan anak anak. If you know you who you are, just admit it. Don't make them suffer because of your actions. Furthermore, you will feel empty inside yourself. Cinta yang tak kesampaian, mahligai angan yang tak terbina..itu semua ada dalam filem ini.

Bak kata Heath Ledger:

"I don't think Ennis could be labeled as gay. Without Jack Twist, I don't know that he ever would have come out... I think the whole point was that it was two souls that fell in love with each other."

The End.

Extra Ordinary Love

Terima kasih Mama Lee kerana mengizinkan citer ini di publishkan di Blog warna kehidupan.

Tuesday, September 19, 2006

Terengganu kiterr...


Kalau nak dibandingkan 3 tahun dulu dengan sekarang aku rasa Terengganu semakin membangun. Mungkin perubahan politik negeri itu memang menambahkan duit poket masyarakat disana. Buktinya, Gong Badak kawasan aku belajar dulu membangun secara drastik sekali. Banyak bangunan dan kedai kedai baru dibuka disana. 7 Eleven juga secara tiba tiba bertambah. Bayangkan dulu nak jumpa 7 E punyalah susah tapi setiap 5 km kita akan berjumpa dengan 7E. Memang buat duitlah rakyat Terengganu la ni.Kusza pun dah bertukar wajah menjadi Universiti Darul Iman cawangan kusza!. Erm...pendek kata memang terpegun lah jugak aku tengok Gong Badak nie. Siap ader stadium futsal yang besar dan homestay yang cukup cantik!. Yerlah mungkin dulu kerajaan tak berduit.Aku tak nafikan aku memang suka sangat dengan negeri ini. Kalau boleh aku nak kerja kat sini. Insyaallah...

Biarkan Bulan Bicara

Semalam sms kawan kawan

"Ceritakan tentang diri saya dalam satu perkatan"

Aku hantar sms ni pada semua kawan kawan aku kecuali kawan kawan kerjalah.Dan ini keputusannya:

Cute 52
baik hati 20
caring 12

Yang lain
kelakar
berisi
setia
Lembut
manja
sexy
fabulous
smart
sepet
sayang
humble
nice
gile
buzy
jiwang
friendly
sabar


Tulisan bold mewakili 1

Erm...macam macam benda orang fikirkan tentang aku!Korang pulak macamana?

Thursday, September 14, 2006

Pelamin Anganku Musnah

Sila abaikan tajuk diatas!!!

Takder kena mengena dengan entry yang aku nak tulis nie.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Macamtulah nak diibaratkan perasaan aku ketika ini. Belum sempat kering pun airmata perpisahan untuk Kiki dah ader berita baru pulak yang aku terima. Kawan sebelah meja aku Farah pulak ditukar ke department lain.. Wuaarrrrgggggghhhhhh!!!!!......semua orang nak blah. Semua nak tinggalkan aku.

Tapi takperlah untuk kebaikan Farah juga. Makin lama pekerja sambilan macam aku ni nak di kurangkan.....

Bila pulak giliran aku yer....esok aku cuti. Aku nak g Terengganu. Jumpa Kiki....bestttnyer....lama rasanyer tak jumpa. Rindu sangat!!!

Tuesday, September 12, 2006

Sahabat

Sahabat - Fauziah Latiff

Semalam yang pergi
Sayup tak berpaling lagi
Tinggalkan semua
Pahit dan manis rasa




Di titian waktu
Aku yang terpisah jauh
Dari hidupmu
Kini merasa rindu




Sebaris namamu ku sematkan
Seraut wajahmu terpahat di ingatan
Dikaulah di antara
Insan yang bertakhta... Di jiwa




Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku




Dan tiada pernah ku menduga
Kini ku kehilanganmu
Bagai angin pantas menderu pagi
Membawa khabar yang pahit sekali




Sahabatku
Aku kini mencari bayangmu






Seingatku dulu
Kita bergandingan bahu
Teguh bersatu
Bagai isi dan kuku
Kini ku rasakan kekosongan
Bila kau tiada lagi meneman