Friday, April 28, 2006

Selamat Hari Pekerja.

Isnin ini, kita akan menyambut Hari Pekerja. Dalam Islam orang yang bekerja bagi mendapat keredaan Allah akan mendapat balasan baik di dunia dan akhirat. Jelas, Islam menuntut umat bekerja bagi memenuhi tuntutan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara keseluruhannya. MOHD SHUKRI HANAPI membicarakan persoalan kerja mengikut perspektif Islam.

MENGIKUT al-Qardawi (1998:48), perkataan kerja atau amal memberi pengertian yang agak luas iaitu segala tindakan atau perbuatan yang dilakukan, baik atau buruk, manfaat atau mudarat.

Perkataan kerja juga membawa maksud daya usaha yang dilakukan oleh manusia dalam keadaan sedar sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain untuk menghasilkan suatu barangan atau khidmat.

Kamus Dewan (1997:654) pula mendefinisi 'kerja' atau 'bekerja' antaranya melaku atau menjalankan sesuatu atau pelbagai usaha (kegiatan, urusan dan tugas) bagi menghasilkan sesuatu.

Kesimpulannya, ia dapat diertikan pergi ke tempat kerja dan menjalankan tugas serta tanggungjawab sama ada di pejabat, kilang, atau tempat tertentu untuk memperoleh pendapatan dan keredaan Allah.

Bekerja dan berusaha mencari rezeki menjadi suatu aturan tabii manusia untuk terus hidup bagi memenuhi keperluan dan tuntutan hariannya. Ia bererti bekerja adalah suatu perkara yang sangat dituntut oleh Allah untuk membolehkan umat manusia memakan rezeki .Secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan bumi ini.

Hal ini bertepatan dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri sebagai khalifah di bumi. Allah berfirman bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya." (Surah al-Mulk, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supaya memakmurkannya." (Surah Hud, ayat 61).

Berdasarkan ayat di atas, kerja adalah tugas yang tidak dapat dielakkan dan tanggungjawab agama. Malah, sebarang usaha mencari rezeki yang halal adalah fardu ain.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Mencari sesuatu yang halal adalah satu fardu selepas menunaikan fardu (sebelumnya)."

Allah mengurniakan kekuatan rohani dan jasmani kepada umat manusia. Salah satu tujuannya membolehkan mereka bekerja mencari rezeki halal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan kuat bekerja sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Bagi orang yang hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan pula, sama seperti pesakit yang mengharapkan sembuh, tetapi tidak mahu mengikut nasihat doktor atau makan ubat (sebagai tanda berusaha).

Allah berfirman bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hingga (ketika engkau) kembali kepada Tuhan-mu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)." (Surah al-Insyiqaq, ayat 6).

Dalam firman Allah itu ada tiga perkara yang berkait rapat dengan kerja iaitu:-

# Allah mengajar dan menjana semangat manusia supaya kuat bekerja.

# Allah menggesa manusia supaya rajin berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dengan mengikut ajaran yang betul dan diredai-Nya.

# Allah menggesa umat manusia supaya bekerja untuk membolehkan mereka mengecapi kebahagiaan, sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia mesti mencerminkan tiga perkara berkenaan.

Ada pun perbuatan mencuri, merompak, memeras ugut, menipu, skim cepat kaya dan sebagainya, tidak termasuk pekerjaan yang dimaksudkan dalam firman Allah itu. Hal ini kerana dalam semua perbuatan itu wujud unsur kezaliman dan penganiayaan yang jelas tidak diredai Allah.

Bagi tujuan membawa umat kepada perkembangan dan pembangunan yang pesat, maka kaedah bekerja yang sihat hendaklah sentiasa diikuti. Kadang kala akibat terdorong dengan perasaan tamak dan haloba ingin cepat kaya, seseorang tidak fikirkan lagi kaedah bekerja yang dianjurkan Islam. Mereka sanggup melaburkan beribu-ribu ringgit melalui pelaburan skim cepat kaya, menipu, merompak dan sebagainya.

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan itu tidak akan terlepas daripada kesukaran dan kesulitan. Bagaimanapun ia bukan alasan untuk kita membiarkan masa berlalu begitu saja dan tidak diisi dengan sebarang pekerjaan. Sebaliknya, harus diingat bahawa bersama-sama kesukaran atau kesulitan itu ada kesenangannya.

Perlu diingatkan juga bahawa Allah menciptakan waktu pada tempatnya yang tinggi sehingga manusia dikatakan-Nya rugi jika tidak memanfaatkan waktu. Tegasnya manusia tidak seharusnya membuang masa kerana ia boleh mendatangkan kerugian dan kemunduran.

Justeru, manusia dikehendaki sentiasa bersiap sedia untuk melakukan kerja lain setelah siap menyelesaikan sesuatu kerja itu.

Allah berfirman bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Surah al-Insyirah ayat 7-8).

Thursday, April 27, 2006

Happy Birthday Kak Lin......

Masa Tak mengizinkan kita untuk menyambutnyar bersama sama...


Nah amik kek nie....happy birthday to You....

Tuesday, April 25, 2006

'Bingkisan Doa.'




DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..


Ya Allah... .
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami... .
agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan... .
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku... .
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... .
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang... .
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku... .
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... .

Friday, April 21, 2006

Sekadar Renungan Di Pagi Jumaat

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Wednesday, April 19, 2006

Perkara yang anda perasan atau saja tak perasan

Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.


Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


Anda seorang yang istimewa dan unik.


Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin anda yang meminggirkan mereka.


Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi Sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki
hamun,caci & cela.


Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.


Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya,sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya.

Hatiku Luka Lagi - Raden

Khas Buat Raden Yang Sedang Dalam Kelukaan



Hati tidak pernah minta dilukai... tetapi hati perlu menerima hakikat bahawa alam cinta tidak akan menjadi matang tanpa kelukaan... Kelukaan itu memang pedih menusuk jiwa tetapi kelukaan itulah yang mengajar jiwa erti sebuah cinta tanpa kelukaan,cinta bagaikan tidak sempurna... bagiku,kelukaan itu amat perlu dalam hidupku... ..tanpa kelukaan jiwaku tidak bergelora dan tidak kreatif... .Kelukaan itulah yang menjadikan aku seorang perindu lara yang penyabar dan dewasa bersama dunia percintaan... tetapi tidak semua orang bisa menghadapi kelukaan dengan tabah.Namun sebagai insan yang sudah terbiasa dengan kelukaan aku... .aku mudah menghadapinya dengan tenang kerana aku reda dengan apa yang ditakdirkan... ..Aku menyerahkan jiwa yang luka itu kepada ALLAH... setelah sabar menghadapi dugaan itu,akhirnya tuhan kembalikan ketenangan... ..Rupanya kelukaan itu ada hikmahnya... ia mendekatkan aku kepada ALLAH..setiap kali aku mengadu dan memohon bantuannya..Air mata yang mengalir dari rasa luka itu kurasakan lebih baik jika tertitis diatas sejadah dari tertitis ditempat yang lain... .



So RadeN bAnyakkanlah Bersabar.....

Tuesday, April 18, 2006

Rahsia Wanita Mengikut Bulan kelahiran.

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran




Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja



Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta



Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.



April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut



Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.



Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikahan lebih sekali.



Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki



Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.



September

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak



Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

iTU sAja Tilikan Atuk Kali ni...baca boleh percaya Jangan.....


HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM

Sunday, April 16, 2006

Doa Untuk Kedua Orang Tua


Ya Allah,
Semoga Perjalana Kedua Ibubapaku Ku keumrah Dipermudahkan Oleh Mu.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka... ... ...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
rahmat-Mu... ... ... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana
kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang
jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM

Wednesday, April 12, 2006

BiLa HaTi DiLuKai

Ermmm....Bila Hati AKU terusik mesti aku nak nyanyi lagu ni.....


Bisikan Sang Bayu
Membawa Perkhabaran
Dongengan Yang Sama
Dicanang berulang...

Mengapakah Diri Dijadikan Sasaran
Sekilas Pandangan
Berbagai Andaian....
Sungguh Terkilan
Seumpama Naskah Yang Terbuka
Sesungguhnya Tiada Rahsia..
Bacalah Kenalilah
Dengan Bijaksana
SIAPA Ku Yang Sebenar...
Kendati Selautan
Segunung Permata
Dikanan Dan Kiri
Selagi Jantung Ku berdegup
Hingga tiba Saat Terhenti
Dialah Dihati
Kenapakah Diri Dijadikan Sasaran
sekilas Pandangan
berbagai Andaian
Sungguh Terkilan....
Seumpama Naskah
Yang Terbentang
Tiada lagi rahsia..
Tiada Pilihan Kedua
Pertama Hingga Akhir usia..
Hanya Dia...
Tiada Rahsia lagi
Usah Bertanya berteka teki

Cinta yang abadi
Cintaku yang suci
Dihati....

HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM

Happy Best Day!




BUat KaK Iza...
SemogA pANJANG UmUR dAN mURAH rEZEKI...

fRom
AjAIkIkIfArAhAInAwIwIfIzAhzUrAIdAhOlOImArlInAfIzA


HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM

Monday, April 10, 2006

APAKAH ENGKAU KENAL NABIMU



Sempena Maulidur Rasul, Apa kata kita kenali dengan lebih dekat lagi nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Apakah engkau benar-benar kenal nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya. Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu? Atau engkau kenal secara rambang sahaja? Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya, peribadi, nabimu pasti engkau jatuh hati padanya. Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat dan ingatan padanya. Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangnya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad nabimu S.A.W. Nabimu dia seorang manusia istimewa. Luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Ia adalah Muhammad anak Abdullah. Ibunya Aminah. Bangsa Quraish dari Bani Hashim. Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu, seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu dan bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan, Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dan Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan, syurga, dunia, akhirat, para malaikat, `arasy, kursyi, sirat,manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.

Ertinya kalau bukan kerana nabi Muhammad S.AW, yang lain tidak akan diwujudkan. Kalau begitu rupanya nabi kita membawa rahmat, zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan. Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang di isra` dan di mi`rajkan. Mukanya laksana bulan purnama kerana cahaya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut denganTuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua seluruh para Rasul dan para ambiak, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.


Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafa`tul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga. Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat sekalipun dia tidak boleh menulis dan membaca.

Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia dari para malaikat. Terutamanya kasih sayangnya kepada manuasia begitu terserlah, tawadhuknya atau merendah diri pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan cinta padanya. Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin,anak-anak yatim dan janda.

HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM

Sunday, April 09, 2006

Menuju Puncak Genting.....



Sudah menjadi satu trend pulak setiap bulan aku dan rakan seofice, mesti buat satu aktiviti bagi mengeratkan hubungan sesama kami. Bermula dengan aktiviti bermain Bowling bulan lepas dan yang terkini bercuti bersama sama di puncak Genting Highland. Erm....hampir 3 tahun aku tak menjejak kaki di Genting. Last sekali masa aku g bercuti ngan member sekolah.Apa yang menarik?Jom Kita bersiaran terus dari Genting Highlands.....

Seawal 6.30 pagi lagi aku dah keluar dari rumah menuju ke komuter. "Ish sempat ke ni?"...sempat pulak aku menjeling ke arah Kiki yang dah pun tersenggut senggut menahan mengantuk. "Sempat....45 minit jer.."katanyer pendek.Mampus aku kali ni!Itulah siapa suruh bagi mesej berkumpul di terminal putra 7.30 pagi!la ni aku pulak yang terlambat...."Semua orang pergi kecuali ajai"...mesej dari Oloi. Sah sah aku yang terlewat lagi ni...."Kita tengok siapa yang kena tinggal, ntah ntah orang yang bagi mesej ni kena tinggal" kata Kak Mar pulak.Huaarrrrghhhhh........Mesti kena fire lepas ni. "Itulah Abang dalam jamban duduk bertahun..."hehehe..aku marah Kiki!. Terkejut dia waktu tuh.Pehal pulak ni? tiba tiba jer.Mungkin itu agaknyer kata kiki dalam hati terus tersengih tak boleh nak tido. Lebih kurang 7.15 pagi aku dah sampai ke KL sEntral. Tiba - tiba Ringtone superstar aku menyanyi nyanyi...alamak Kak Mar.."Ajai kami pergi dulu yer bus pukul 8.15 ni..." "ala tungguhlah dah sampai Damai ni..lagi sikit jer tunggu yer...." Cepatnyer beli tiket nak buka pintu gate Genting ke dorang ni?tanya aku kat Kiki. Kiki cuma tersengih jer..."dia ni kalau org mengadu macam takder perasaan jer..."marahku semula.
Lastly sampai jugak aku ke terminal putra. Apa tersengih sengih?dah lah lambat buat muka selamba jer....Oloi dah menyinga!Alah selebriti kan memang macam ni...aku cuba berlawak. Banyaklah selebriti ko tengok dah kena tinggal bus!Haa....So camner?Serius aku ingat kak Mar main main masa dia kol tadi rupa rupanyer memang betul tiket pukul 8.15 pagi. Sah budak budak ni teruja nak ke Genting!. Yang si Fawaz ni sibuk nak ambil shooting aku kena marah!Nak sabotaj lah tuh!. Alamat berkampung sajalah kat sini...oloi menambah lagi!.Eleh.....Nampaknyer keadaan menjadi semakin genting...dtg bus pukul 8.30 kami semua tak dibenarkan naik alasannyer org dah cukup!. Lastly kami ke kaunter semula dan bertukar tiket terpaksalah Kiki menambah 2.60 seorang utk beli tiket yang lain. Phuhh..lega...barulah semua happy!Hehehheheee.....bukan sengaja lambat pun....pose....
Sampai ke kabel car semua dah excited nak naik...orang pun masih tak ramai lagi!...Tapi alamak Kiki gayatlahhhh.......hehheheee....apa lagi mulalah sessi fotografi dalam Gondola....Sampai jer dalam taman arena perut yang dan ber rappers...minta diisi. Erm...Kak Mar bermurah hati menggoreng Nugget..Oloi bawa Roti dan Tuna ...aku pula bawa Resipi terbaru Telur hancurszzzzzzzzz......nyum nyum....kata kak Iza. Bila dah kenyang barulah syok nak main.m Dan cabaran pertama kami bermain buaian.
Tapi dari 8 orang yang pergi cuma 5 orang jer yang berani bermain buai...laaaa..apa kes....?
yahooooooooooooo..........cabaran kedua masih lagi diteruskan oleh 5 orang budak comel. Possing jap....Seterusnyer Pirates train (lupalah nama games ni)...masa ni barulah semua orang nak main..almaklumlah games yang paling mencabar!Tapi Kiki dah nak nangis pulak!sempat kak Iza nak tido!.Seterusnyer.....lagilah mencabar gile cuma Oloi jer taknak main kononyer terlalu mencabar!....Lastly 4 orang gadis Ribena mencabar diri sendiri bermain roller coaster!. Selebihnyer aktiviti mempossingkan diri..semua gila bergambar!tak dapat main Go-kart bergambar jer pun ok gak...Ok sampai disini sahaja jumpa lagi bulan depan....apa agaknyer aktiviti seterusnyer yer?Tungggguuuuuuu...................

HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM