Saturday, August 12, 2006

Festival Filem Malaysia 19

Dan Pemenangnya.....

Bermula esok hingga 13 ogos ini berlangsunglah acara gilang gemilang festival filem malaysia ke 19 yang akan berlangsung di PWTC!. Genre filem yang bertanding juga menampakkan kepelbagaian samada dari tema drama berat, komedi, seram , aksi dan bermacam macam lagi.Siapakah yang bakal dinobatkan pelakon lelaki dan wanita terbaik? filem terbaik?Cerita asal terbaik?Pengarah terbaik?Nantikan debarannya secara langsung dI ASTRO RIA!.

Ni dia lima finalist bagi setiap kategori:

PENGARAH TERBAIK
BULI BALIK - AFLIN SHAUKI
BILUT - BADE HJ AZMI
GUBRA - YASMIN AHMAD
GOL DAN GINCU - BERNARD CHAULY
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - SHUHAIMI BABA

*Pilihan smartcute: Bade Hj Azmi (Bilut)
Walaupun filem ini belum ditayangkan, tapi aku rasa sentuhan Bade mungkin akan berjaya kali ini. Cerita mengenai kehidupan peneroka felda amat jarang dikupaskan dalam bentuk skala yang besar. Lebih lebih lagi kehidupan diawal zaman felda. Sebelum ini Bade juga telah menunjukkan keupayan di festival festival terdahulu seperti dizaman Femina dah KL menjerit!. Saingan terdekat pun mungkin dari filem Gubra dan PHSM 2. Tapi keupayaan Buli Balik dan Gol & Gincu juga jangan dipandang sepi!.

PELAKON LELAKI
BULI BALIK - AFDLIN SHAUKI
BILUT - ROSYAM NOR
KL MENJERIT 1 - QUE HAIDAR
PERSONA NON GRATA - HANS ISAAC
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - RUSDI RAMLI

*Pilihan smartcute:PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - RUSDI RAMLI
Memang lakonan dramatis terkenal ini tak pernah mengecewakan!. Berilah apa sahaja peranan tak pernah gagal. Gaya lakonannya juga amat meninggalkan kesan. Dalam PHSM 2, watak Rusdi samalah beratnya dengan watak Maya Karin. Lakonannya juga boleh menenggelamkan watak Rosyam Noor tau!. Bukan senang nak melakonkan watak seorang penari kuda kepang yang telah dirasuk semangat Meriam!. Syabas Rusdi!. Saingan terdekat sudah tentu dari Rosyam Noor melalui filem Bilut atau Aflin Shauki.

PELAKON WANITA TERBAIK
BILUT - EJA
GUBRA - SHARIFAH ARMANI
GOL DAN GINCU - NUR FAZURA
PERSONA NON GRATA - ERRA FAZIRA
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - MAYA KARIN

Pilihan smartcute:PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - MAYA KARIN
Sudah terbukti kemampuan Maya Karin diperingkat antarabangsa. Bak kata Maya "tiada apa yang lebig mengembirakan selain dari menang dalam negara sendiri". Mungkin hasrat Maya akan terlaksana di festival kali ini!. Siap baju baju cantik cantik yer Maya!. Saingan terdekat Maya mungkin daripada Armani, Erra atau Eja. Tapi jangan lupa Fazura juga berjaya dengan wataknya yang natural tuh.

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
BAIK PUNYA CILOK - HARUN SALIM BACHIK
BULI BALIK - HANS ISAAC
BILUT - RUSDI RAMLI
CASTELLO - QUE HAIDAR
REMP IT - ZUL HUZAIMY

Pilihan smartcute:BULI BALIK - HANS ISAAC
Watak orang yang hilang daya ingatan tuh amat memberi kesan kepada penonton yang menonton filem ini. Kesian juga tengok Hans Isaac yang jadi bodoh tuh. Walaupun dalam Buli dulu kita amat benci dengan watak Roy tapi kali ni kiranya ader rasa simpatilah dengan dia. Dah tiba masanya juga Hans Isaac menerima anugerah terbaik pulak!. Saingan terdekat datang dari Que Haidar atau Rusdi Ramli.

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

GUBRA - NOR KHAIRIAH
GOL DAN GINCU - SAZZY FALAK
GONG - SHARIFAH SOFIA
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - IDA NERINA
SALON - CHELSIA NG

Pilihan smartcute:GOL DAN GINCU - SAZZY FALAK
Suka suka suka kalau Sazzy yang menang. Watak bitchy dia tuh memang menjadi dan sesuai sekali. Suara dia pun menambahkan kejengkelen dalam watak Shasha tuh. Saingan terdekat daripada Ida Nerina atau Nor Khairiah.

PELAKON HARAPAN LELAKI
CASTELLO - QUE HAIDAR
KL MENJERIT 1 - QUE HAIDAR
REMP IT - CAT FARISH
SALON - PIERRE ANDRE
THE 3 rd GENERATION -NICHOLAS TEO

Pilihan smartcute:CASTELLO - QUE HAIDAR
Nak ikutkan KL menjerit terlebuh dahulu terjah ke pawagam berbanding castello. Both filem menampilkan karaktor yang berlainan daripada Que. Erm...saingan yang lain agak rapuh kot...tapi tak tahulah Nicholas Teo tuh boleh beat Que!.

PELAKON HARAPAN WANITA
GUBRA - JULIANA IBRAHIM
GOL DAN GINCU - SAZZY FALAK
CASTELLO - LIYANA JASMAY
SALON - RAJA FARAH
THE 3 rd GENERATION - CARMEN SOO

Pilihan smartcute:CASTELLO - LIYANA JASMAY

Lakonan cemerlang si comel liyana bakal menggegarkan pentas FFM kali ini. Saingan terdekat daripada Sazzy atau Juliana.

Untuk anugerah teknikal aku kurang tahu sikit bab teknikal teknikal nie. So tak bolehlah nak agak siapa yang menang tuh. Tapi utk anugerah lagu tema dan poster aku leh agaklah..hehehee....

Lagu Tema Terbaik.
BAIK PUNYA CILOK - AFDLIN SHAUKI
BILUT - SEMALAM HARI INI KU (LY & BAIDURI )
CASTELLO - SESAT DLM GELITA (ZULKIFLI HJ MAHAT)
GOL DAN GINCU - TERUJA (ANTON MORGAN)
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - KU SERU (MISHA OMAR)

Pilihan smartcute:PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - KU SERU (MISHA OMAR)
Walaupun aku suka sangat dengan lagu teruja dendangan Ella tuh tapi aku rasa yang akan menang lagu Ku Seru dari PHSM 2. Lagu ni pun dah tunjuk kehebatan di Final Hitz 1 yang lalu.Sesuai dengan mood serta cerita dalam lagu Kuseru bakal dinobatkan sebagai lagu tema terbaik kali ini.

Poster Terbaik:
GUBRA - Nusanbakti
GOL DAN GINCU - RED FILMS SDN. BHD
GONG - SANDOSH KESAVAN
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 - PESONA PICTURES
THE 3 rd GENERATION - BLACKBOX PICTURES

Pilihan smartcute:GUBRA - Nusanbakti

Pada tahun ni juga FFM menampilkan kelainan dimana wujudnya undian sms dari orang ramai untuk menentukan pemenang bagi pelakon lelaki dan wanita pilihan, lagu tema pilihan dan filem pilihan ramai. Kononnya nak tahu feed back orang ramai mengenai industri perfileman Malaysia. Yer ker?Bukan ASTRO nak untung lagi?Tapi takper aku dah ader calon pilihan aku.

Pelakon Lelaki Pilihan
Farid Kamil

Pelakon Wanita Pilihan
Erra Fazira

OK tak pilihan aku kali ini. Tapi itu semua tak penting yang penting kita bersama sama menyokong industri perfileman tempatan.Filem Kita Wajah kita.

6 comments:

Zampeada said...

Gubra dah tgk? Best tak?

abe jol said...

aku dah tengok cerita gubra..ok..berani...tetapi mesej yang aku dapat banyak dari segi teguran kepada masyarakat dan realiti hidup orang melayu dan cina..memang kita selama ini selalu menyembunyikan perkara yang memalukan dan membesarkan kelebihan-kelebihan kita..lepas tengok aku kata dalam hati..memang nilah realiti melayu..sesuai untuk penonton yang berfikir..

tetapi aku sukakan cerita yang lebih imaginatif..dan memberi motivasi..dari cerita yang menambahkan persoalan hidup..

Anonymous said...

Very nice site!
» » »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »

Anonymous said...

What a great site » »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Alfa romeo 155 Craps online3 Lotto6 bdsm paris hilton video zocor los angeles culinary school