Monday, August 14, 2006

Saat Hilang Cintamu

Sometimes kita seronok berkawan & berkenalan dengan seseorang di alam maya sehingga menimbulkan kemesraan yang tak bisa diungkap dengan kata-kata. Apatah lagi jika si dia berlainan jantina dengan kita. Ada yang menjalinkan hubungan sekian lama sehingga jika sehari tak berjumpa @ berbual pun dah rasa rindu giler.

Memang persahabatan yang dijalinkan di alam maya ini lebih selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa perlu bersua muka. Bagi mereka yang ikhlas & jujur untuk berkawan dengan kita sudah tentu kita tak keberatan untuk menjadikan mereka teman kita. Teman untuk berkongsi rahsia dan cerita dari hal kecik sampailah ke hal peribadi.

Kita akan bersembang berjam-jam lamanya dengannya & bergurau senda dari pagi sampai ke petang dari petang sampai ke malam dari malam bawak ke subuh. Jadi tidak mustahil jika si dia mula menganggap kita bukan sekadar teman biasa. Dia mula menganggap kita teman istimewanya & berimpian untuk menjadikan kita kekasihnya. Tapi kita tidak bersedia untuk menerimanya sebagai kekasih malah tak pernah terfikir langsung ke arah itu. Kita hanya anggap dia sebagai teman biasa tak lebih dari itu.

Tapi saban hari dia mula bercakap soal hati & perasaan soal cinta & kasih sayang. Bahasanya juga sudah lain macam makin romantik jer berbanding dulu. Sudah tentu kita rasa tak selesa dengan perubahannya. Tapi apakan daya kita hanya mampu membisu seribu bahasa bila lafaz cinta keluar dari mulutnya. Perlukah kita menerimanya sedangkan hati tak rela??







P/S- Tiada Kena Mengena Dengan Yg Hidup Mahupun Yg Meninggal Dunia!

2 comments:

Reez said...

Pokok pangkalnya hati..

Tanya hati sama ada kita boleh menerimanya atau tidak.. Tidak perlu kita berselindung dan memendam rasa kerana kelak, masalah akan datang kepada kita..

Jika kita hormati sidia sebagai rakan dan teman dalam dunia maya ini, eloklah kiranya kita berterus terang kepadanya tentang apa yang kita rasa... Rasanya tidak salah jika kita berbuat demikian kerana dia sudah mengenali dia... Sebagai seorang rakan, dia harus menerima dan menghormati keputusan kita.. Kita pun bukan berniat untuk melukakan hatinya...

Sebab itulah orang selalu cakap, berhati hati bila berbicara.. Kerana dengan bicara juga boleh membuatkan orang jatuh cinta...

Salam ceria dan semoga berjaya....

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Wearhouse lingerie http://www.bmw11.info saab of greenwich Loman kia slipcover furniture discount computer games Celebrex dosage back pain Get birth control prescriptions online Wolf car seat cover Car loans missouri title Antidepressants perimenopause Adderall sexual side effects norton antispam 2005 keygen laptops computer shopping cholesterol good reading coffee maker gambling Canada fishing resorts Ford community and performing arts center dearborn mi ambien sale