Wednesday, August 16, 2006

Dialam Fana Cintamu


Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.

Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.

Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

3 comments:

zampeada said...

wah2 dlm bercinta pon ada kes karma jugak ke?

Reez said...

Ermm...

Perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan memang sukar untuk kita uraikan... Ianya terlalu unik dan tidak semua akan paham apa yang kita rasai... Hanya diri sendiri dan Tuhan saja yang tahu...

Menyintai seseorang itu tidak salah kerana sebagai manusia yang normal, kita dikurniakan hati dan perasaan... Tetapi harus di ingat.. tidak semua yang kita suka itu akan menjadi milik kita... Ketentuan telah disuratkan ketika kita dilahirkan kemuka bumi ini... Setiap yang hidup, pasti ada pasangannya... Jadi tidak perlu risau...

Memang benar, bila kita sudah mula menyukai seseorang dan didapati orang itu tidak memberikan responnya, kita akan kecewa... Seeloknya, haruslah kita panjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita dikuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan...

Setuju agar kita menjauhkan diri dari sidia kerana selagi dia didepan mata dan dekat dengan kita, selagi itulah kita tidak akan berhenti untuk berfikir tentangnya...

Terimalah hakikat bahawa ada lagi insan lain yang jauh lebih baik dari kita... Semua yang telah kita lalui bukan perkara biasa kerana ianya akan memberikan pengajaran paling berguna untuk kita hadapi hari2 mencabar dimasa hadapan!

Semoga berjaya....

Ghazali B Abd Aziz said...

Cinta yang sebenar dan hakiki adalah cinta kepada ALLAH ... nescaya cintamu tidak di abaikan .....

Hidup tanpa dugaan bukanlah kehidupan namanya .....

Apabila bercinta ... jgn lah serahkan 100% kepada cinta tersebut ... kerana apabila hilangnya cinta tersebbut ... kamu tiada punyai apa apa lagi ....