
Bila waktu melawat habis aku balik ke rumah. Tiba tiba rasa sayu sahaja. Aku tercari cari apa yang tertinggal?. Bila aku buka pintu rumah, aku rasa kelam, sepi terus menyelubungi diri. Aku tertinggal isteri aku di hospital. Tiada di sisi aku. Aku mula sedih. Kegembiraan yang aku harapkan bakal lenyap saja. Zuriat yang aku idamkan hadirnya hanya seketika. Buat aku gembira tak sampai sejam pun. Alhamdulilah, ungkapan keramat dari Isteri aku saja dah buat aku tersenyum girang. Tapi, tuhan masih mahu menguji umatnya.
Bila Mama dan Ayah dapat tahu, barulah aku menangis semahu mahunya. Lagi lagi bila orang semua suruh bersabar. Lagi aku tak dapat nak tahan sebak. Baru aku tahu aku ni seorang yang cukup sensitif bila hal peribadi aku dicuit. Aku harap biarlah zuriat aku berada di dalam rahim ibunya. Pihak hospital masih lagi keliru kerana isteri aku tak nampak seperti orang yang sakit mengandung di luar rahim. Cuma masih taknampak manakah zuriat aku itu berada. Ini lagilah menambahkan kekeliruan aku, sampai hari ni pun doktor masih taknampak cuma tunggu minggu depan untuk rawatan selanjutnya.
Apa yang aku harapkan biarlah kandungan itu berada di dalam rahim ibunya. Mungkin masih terlalu awal untuk doktor mengesan kedudukan bayi tuh. Mungkin juga bayi tuh taknak tunjukkan diri lagi. Bila jadi macam ni perasaan sayang aku terasa tebal terhadap isteri aku, semuanya kuasa Tuhan yang memakbulkan doa aku selama ini. Tuhan inginkan aku terus berdoa dan mengharap ihsan Nya. Dan satu perkara yang aku pelajari, sayangilah orang yang kita sayang setiap kali kita bernafas kerana kita tak tahu dugaan apa yang bakal kita tempuhi bila kita hembuskan nafas untuk kali kedua. Hargai pasangan kita walaupun kita tak pasti apa akan terjadi esok hari. Ungkaplah ucapan terimakasih selagi kita mampu untuk mengucapkannya.
At July 15, 2009 8:44 PM, sayfuL
sabar ye abg..
dugaan semua ni..
mgkin inilah dugaan yang Allah dah tentukan utk abg berdua..
oh ye..sy ada jual korset drp Hai-o.
korset tu bkn korset biasa yg just utk kecantikan shj tp 70% dr pemakaian korset hai o adalah utk kesihatan.salah 1 kelebihan korset tu adalah ia dpt membetulkan kedudukan peranakan perempuan,membetul kelancaran di bahagian pelvik perempuan.ia dapat menguatkan rahim.korset di bahagian ini tidak menekan ovari.ia memberikan kesan hormon yang seimbang iaitu estrogen dan progestron.ramai wanita yg memakai korset hai o berjaya merawat penyakit yang diorg alami.antara testimoni yang pernah dilakukan adalah seorang perempuan yng berumur lingkungan 20 an tidak pernah datang haid seumur hidup dia.dia pernah brjumpa doktor tp doktor pn xdpt membantu.tp setelah disyorkan memakai korset hai-o sebulan lps tu dia dtg berjmpa sambil menangis teresak-esak sbb skg darah haid dia dah keluar.salah 1 kelebihan produk ini adalah sbb ia disuntik dengan Far Infrared Ray iaitu sinar cahaya matahari waktu pagi yg baik utk kesihatan.
klau abg berminat utk testimoni mana la tau kn mcm2 dah usaha try la produk ni mgkin dapat membantu drp just pasrah je kn.saya bleh bg abg test produk ni prcuma selama 8 jam.test yg sy bg ni pn dah kira lama sbb selalu org yg pakai utk testimoni pakai utk setengah jam je dah boleh rasa perubahannya..
klau berminat hubungi saya sayful di no 0124182689.sy tgl di area melaka je









