Wednesday, December 20, 2006

Atas Nama Cinta


Adakalanya dalam kehidupan kita, sama ada suka atau tidak kita akan melalui benda benda yang begitu sukar untuk ditempuhi. Adakalanya juga benda benda yang sukar ditempuhi itu mematangkan kita atau akan menjadi satu peristiwa yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Seperti juga aku,semakin hari semakin dapat merasai kematangan dalam diri.Tapi,Kadang kadang aku rasa kosong je jiwa nie. Macam tak der hala tuju pulak. Ingat lagi, sebelum aku dapat kerjer, macam macam yang aku plankan. Salah satunya rancang nak kawin hehehee...pelik?Gf pun takder lagi sibuk plan nak kawin. Erm, memang tak nafikan ramai yang tertanya tanya siapa lah yang bakal jadi orang umah aku nanti? Ala ala masing masing menunggu PC dari aku pulak!. Ramai kawan kawan kata, yang perkahwinan aku nanti pasti meriah!Kenapa yer dorang boleh terfikir macam tuh!Dah tentulah perkahwinan aku yang akan dinanti nanti oleh semua orang.....hmmmmm....

Bak kata Nasir, dia tak boleh hidup tanpa perempuan dan cinta?. Bagi dia, perempuan tu, sumber inspirasi walaupun dah berkali kali kecewa dengan cinta. Dia dambakan cinta yang suci dan mulus tapi takpernah nak dapat walaupun dia dikelilingi oleh ramai perempuan. Zahir nampak romeo tapi jiwa layar lara.Hihiks....aku kata aku takkan kejar cinta perempuan. Biar masa menentukan segalanya. Ajal dan pertemuan dah tertulis. Begitu juga jodoh pertemuan. Mungkin sang cupid asyik tersalah sasar je kot. Sebab itu cinta tak pernah datang!. Mungkin juga cinta ada depan mata tapi aku pulak yang rabun tak pernah nak nampak apa apa.

Mungkin juga orang yang bakal jadi suri hidup aku dah mati terlebih dahulu sebelum sempat berjumpa aku!Ntahlah mungkin juga...tapi aku bukan desperado yer!. Kalau ader kawin kalau takder kawanjerlah......alah hidup untuk bercinta jer ker?

4 comments:

Daffie said...

Zaidie,
How are you?.. long time not hear any news from you man..Life ok ker?

smart_cute said...

Hai Daffie,

I'm ok...erm, bzlah kat Melaka nie..kerjer banyak nak update pun jarang sangat..nanti kita jengok blog awak k!

FORMERLY THE HONOURABLE SHAH, NOW ZEYN, THE UGLY ARISTOCRAT said...

live life to the fullest, Smart. insya allah, happiness will come your way.

smart_cute said...

Thanks shah..i belief that 2007 giving more happiness to me..thanks a lot dear!