Sunday, April 06, 2008

Jangan Tinggal Daku


Pernah tak selama ini kita terfikir bahawa diri kita sudah cukup sempurna untuk menangani sebarang masalah?.Pernah tak terlintas difikiran kita bahawa satu hari nanti kita akan di timpa musibah dalam mengharungi kehidupan untuk jangka masa yang kita sendiri pun tak tahu sampai bila akan berakhir?. Jika kita tak pernah terfikir itu semua, baik kita mula dari sekarang untuk memikirkannya!. Saat ini aku mula terfikir bahawa sudah sampai masanya aku mula menghadapi kenyataan yang aku tak boleh berada dalam situasi yang selamat sepanjang masa. Maksud aku, kita tak boleh nak fikir bahawa apa yang kita lakukan itu adalah benar dan selamat. Samada apa yang kita lakukan itu disukai oleh semua orang ataupun tidak!.


Zaman sekolah dan kolej dulu aku selalu berada dalam keadaan yang selamat. Maksud aku, apa yang aku lakukan selalu diterima oleh orang ramai, sering di puji dan jarang sekali orang menolak idea aku. Begitu juga dengan berkawan, aku tak pernah berada dalam situasi yang membuatkan orang benci atau marah dengan aku. Tapi, sekarang ni aku mula sedar satu persatu. Itupun setelah dinasihati oleh seseorang yang mengingatkan bahawa hidup kita bukan selalunya berada di atas. Adakalanya perlu merasa di bawah juga.


Bermula dengan bos aku yang sering marah marah dengan aku. Setiap kali aku suarakan idea ada sahaja tentanganya. Aku pun tak pasti samaada sikapnya yang sebegitu atau aku yang tak reti nak buat kerja. Dari saat itu aku tak boleh terima bila dia marah umpama aku ni langsung tak reti buat kerja sedangkan apa yang aku lakukan adalah dari arahan dia. Aku turutkan saja apa yang dia mahukan sehingga timbul perasaan benci aku kat dia. Pelik aku dengan dia hinggakan aku buat tak tahu je. Aku langsung tak boleh terima teguran dia dan selalu merungut sendiri. Atas nasihat dari seseorang itulah, aku mula sedar kenapa aku tak boleh terima kemarahan dia. Rupanya, aku tak pernah ditegur sedemikian rupa dan itulah yang membuatkan aku tak boleh terima. Bukan maksud aku yang aku ni tak boleh ditegur cuma cara teguran tuh saja yang aku tak boleh nak terima. Alhamdulilah sejak awal tahun lalu, dia pun semakin ok dan aku pun selalu berdoa dan mengharapkan yang dia berubah laku.


Yang kedua, bila kawan rapat aku sendiri hilang kepercayaan kat aku. Itu juga menimbukan tanda tanya dan aku sering mengeluh sendiri dan bertanya kenapa dan kenapa dia jadi macam tu?. Bila aku adukan kat seseorang dia mula mengatakan bahawa kehidupan aku selama ini sering dilingkungi kawan kawan atau situasi yang menyenangkan. Aku jarang kena marah atau dirotan cikgu. Aku jarang dimarahi Ibubapa aku. Dan kawan kawan aku selama ini begitu senang dengan aku sehingga aku tak sanggup berhadapan dengan musibah yang sekecil ini. Dia menasihati aku bahwa musibah ini adalah petunjuk dari yang Maha Esa bahawa kita kenalah bersedia menghadapi dugaan walaupun sebesar mana dugaan yang diterima itu. Jika yang sekecil ini pun tak boleh nak terima bagaimana pula yang akan datang.


Sejak dari itu, aku mula berfikir, kesempurnaan itu tidak selalu datang dalam hidup kita. Tak ada manusia itu dilahirkan sempurna. Setiap darinya ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sepatutnya kita harus bijak menggunakan akal dan fikiran untuk menangani masalah yang kita hadapi. Jika fikiran cetek, ceteklah penyelesaian yang akan kita dapat. Sesungguhnya aku sentiasa bersyukur kepada yang Maha Esa atas setiap apa kejadian yang berlaku keatas diriku sering diiringi dengan rahmat dari Nya.

2 comments:

Anonymous said...

akum zaidi, pekabar? didoakan mudah2an awak sihat walafiat dan senantiasa dalam lindunganNya.. saya ok ajer, cuma agak sibuk dengan kerja & holiday saya ke USA weekend nie.. sorrylah dah lama tak tinggalkan komen kat blog awak nie. Semakin hari hidup kita nie semakin mencabar dan semakin berliku. akan ada benda baru yang kita akan tempuhi dan belajar.. bersedialah untuk menempuhi hari2 mendatang.. terima dengan hati yang terbuka dan minda yang positif.. jangan mudah melatah. terima, fikirkan, renung2kan, yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.. da rest..leave it to Allah..

take good care.. bukan taknak call lagi, tapi no tepon dah hilang.. he he he.. sorry again..

hugs -zach-

smart_cute said...

Hai Zach,

Dah kemas baju ker?ok u take care.