Thursday, December 24, 2009

X' Mas di Batu Pahat..

Dah lama gak jari jari aku tak menari nari di atas papan key board nie. Bukannyer apa sejak berpindah ke Muar ni tak der masa betul nak ber blog. Ditambah pulak dengan kehadiran Facebook nampaknyer bakal berkuburlah blog aku ni sikit masa lagi. Cepat betul masa berlalu. sedar tak sedar dah nak sampai kehujungnya. 2010 bakal saja menjengah sikit hari lagi. Sejuta yang indah bakal berlalu menjadi lipatan sejarah.

InsyaAllah 2010 akan membawa sejuta lagi warna dalam kehidupan aku nanti. Banyak juga pencapaian yang aku lalui sepanjang tahun ni. Kemuncaknya bila aku dah punya tanggungjawab yang baru iaitu memikul tugas sang suami. Yer macam tak percaya jer aku sudah bergelar suami. Alhamdulilah, semuanya dah tertulis dan kini aku menanti hari untuk bergelar Papa pulak. Syukur kepada Yang Maha Esa yang memberi ruang dan peluang untuk aku merasa nikmat dunia yang tidak ternilai kurniaanya.

Melalui hari hari sebagai seorang suami memberi satu pandangan dan pengalaman baru untuk aku. Banyak hati yang perlu di jaga. Banyak perkara yang perlu di lalui bersama. Dan banyak juga mata dan telinga tambahan yang perlu di awasai. Ye..telinga dan mata tambahan yang tak perlu ada bagi setiap rumahtangga. Malas nak layan mata mata dan telinga extra yang tak perlu ni.

Dan sebagai manusia, itulah yang harus dilalui bagi setiap pasangan suami isterikan?. Alah bisa tegal biasa. Namun yang pasti setiap yang mendatang tuh haruslah di tangani sebaik mungkin. Kalau cepat melatah sampai bila pun tak habis. Insyallah untuk tahun 2010 ni aku nak jadi orang yang lebih bersabar, berilmu dan ber amal soleh. Dunia semakin ke hujungnya, kalau kita tak berubah dari sekerang bila lagi. Ok jumpa lagi tahun depan...Bye bye 2009...

2 comments:

sapekuluk said...

Cik Jai!!..

Wassup?..mung nikoh dah ke??
Koje kat muar ke kome??...
pe citer idup?...jadik fahsion designer yg di idam2 kan taks?

Lokman
Rawang

mail me @ kuluke@gmail.com

smart_cute said...

ello lokman,

tak jadi fashion designer pun?aku ader ckp ker nak jadi macam tuh?lupa laks..wei ko kat mana la nie? dah kawin ker?