
Aku cukup selesa dengan situasi sekarang. Bak kata Kiki, kalau kita tahu orang tuh bermasalah janganlah cuba nak dekat ngan dia. Buat baik berpada pada dan jangan sesekali percaya kat orang. Insyallah itu yang aku pratikkan nanti. Kalau nak difikirkan semula, apalah ader pada manusia tuh selain menyusahkan hidup aku jer. Tak pernah sekali pun kebaikan aku yang dia balas. Dan paling penting kejujuran aku tuh langsung tak diendahkan. Bukan untuk mengungkit tapi bila dia baling racun kat aku semuanya terkeluar satu persatu satu. Well, itu sahaja alasan dan cukup untuk aku membenci dia. Tapi alhamdulilah aku bukan orang yang sebegitu. Aku masih dibatasi akal dan fikiran. Sifat buruk tuh langsung tak wujud dalam diri aku.
Aku tak heran pun kehilangan manusia macam tuh sedangkan aku ader beribu ribu kawan yang sangat baik ngan aku. Sentiasa menjaga aku dan menyayangi aku. Biarlah manusia itu terperangkap dengan dunia sendiri. Huh...ader rahmat disebalik tragedi ni. Dan aku cukup redha dan bersyukur kepada yang Maha Esa atas apa yang Di tunjukNya. Semoga kehidupan aku lebih aman selepas ini dan tabah menghadapi segala galanya. Aku akan berhati hati dalam setiap langkah yang aku lalui untuk hari ini dan selamanya.
No comments:
Post a Comment