Thursday, March 27, 2008

Bawa Daku Pergi

Tak habis habis lagi maslaah aku nie. Kenapalah aku ni susah sangat nak membenci orang?. Aku payah nak suka or benci orang!!!itulah masalahnya. Aku tak suka kan pertemuan kerana akhirnya akan berpisah. Aku lebih suka bila ianya datang dan pergi tanpa meninggalkan kesan kat aku!. Makin lama makin rumit pulak masalah aku ni, walaupun mungkin bagi sesetengah orang masalah ringan jer. Aku tahu semuanya berpunca dari aku sendiri!!tapi susah sangat ke dia nak maafkan aku dan anggap semuanya seperti biasa semula. Memang aku akui sukar untuk sesetengah orang tuh memaafkan dan melupakan tapi kenapa susah sangat kalau terjadi dekat aku nie. Aku rasa bersalah ngan ramai orang pulak. Kenapa yer?Macamana aku nak membenci orang??

2 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum ..

apa khabar? mudah2an awak sihatlah yer.. saya ok, cuma sekarang nie, sibuk sangat.. esok baru nak pi interview utk dapatkan US visa. 12/4 dah nak terbang ke US utk 10 hari.Blum buat apa2 persediaan pun.. permohonan untuk berkerja kat saudi arabia pun dah dalam proses & kena ambik english pulak.. semuanya datang serentak. Ya Allah, berilah aku kekuatan.. itu ajerlah yang mampu saya lakukan sekarang, berusaha sedaya upaya saya, berdoa & berserah.. sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya.. Masalah awak, hanya kita yang faham diri kita sendiri, apa yang kita mahu dan apa yang kita malas nak buat.. so, just figure it out dari akar umbinyer.. insyaAllah, Allah itu Maha Berkuasa atas sesuatu, so mintaklah banyak2 kat Dia.. Jaga diri baik2 yer..

hugs! -zach-

smart_cute said...

Hai Zach,

Ok wish u good luck and take care yer...anyway, hati i pun la ni dah tenang dan senang. Terima kasih kerana mendoakan saya yer. So u pun jaga diri baik baik.