Wednesday, October 11, 2006

Hai semua....

Sorry dah lama tak update. Tapi ader ker orang yang baca yer?hehehee..tak per, kat blog aku nilah tempat aku bercerita since tercampak kat dunia baru nikan?. Aku sekarang dalam fasa menyesuaikan diri ditempat baru, skop kerja baru dan persekitaran yang baru. Dah hampir 2 minggu aku kat Melaka. Habis basi mulut aku tak bercakap ngan orang. Ala ala masih hijaukan malu malu sikit nak tunjuk belang. Tapi aku rasa sikit masa lagi ok kot. Macam aku mula mula belajar kat Terengganu yang begitu asing sekali tuh!. Alhamdulilah, aku di postkan kat Melaka. Sebelum tuh ader jugak terdengar rumours yang aku akan ke Kelantan. Lagiiiiilahhhhh.......jauhhhh!!!nasib baik kat sini jer!.Kalau tak jadi mamat kelate pulak!ahakss...

Ini kali ketiga aku berpuasa jauh dari family. Taklah rasa janggal tapi sunyilah berbuka sorang sorang. Kadang kadang tuh sampai tertidur pulak.Tapi nasib baiklah kiki selalu kol dan sms aku. Taklah terkulat kulat aku sorang sorang. Berbuka pun simple jer beli nasik campur dan kueh. Kadang kadang makan kat kedai dan kadang kadang makan maggie!dah tak tahu nak makan apa?. Tapi kat sini yang seronoknya asam pedas Melaka!Hari hari makan pun tak kisah!

Selalu malam habis terawikh aku dah mula mengantuk!takder aktiviti pukul 10.00 aku dah pun tidur. Sahur pun kalau Kiki kol bangunlah kalau tak tidor jer sampai pukul 6.30. Umah aku dekat jer ngan office so taklah kelam kabut sangat. dalam pukul 7.45 tuh dah mula gerak ke office. 5 minit jer sampai!.

Suasana kerjer sini pun berbeza dengan HQ. Kat sini semua benda kita kena belajar. Memang mengerunkan. Rasa nak menangis nak lari jer balik ke KL. Rasa maca sungguh besar tanggungjawab tuh!Tapi inilah yang aku idamkan. Betul juga kata Kiki. Dah lama menanti bila dah dapat tak nak pulak. Aku kena cuba Cuba dan cuba....stress memang stress.

Raya yang nak dekat ni pun tak terasa nak raya. Cuma bila dengar lagu raya jer feeling feeling sikit. Tapi raya ni aku tak bergaji lagilah....macamana yer?masalah betul! 2 bulan ni baru aku dapat gaji. Tapi tak per ader jugalah simpanan masa sambilan dulu.

Apa lagi yer?mungkin lepas raya ni aku nak cari housemate. taklah sunyi sepi...tapi aku ni susah sikit nak berkongsi ngan orang, aku lebih suka tinggal sorang. Tapi nazaklah juga nak bayar sewa. Tengoklah macamana!bukan senang aku cari orang yang sesuaiii ngan jiwa aku!. Payahlah....oklah lain klai citer lagi yer!

1 comment:

THE HONOURABLE SHAH said...

samalah, i don't really like to share rooms with people. unless, it's someone i love.