Wednesday, September 02, 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhir...


Wahai dikau...
renungkanlah engkau akan nasibku ini,
wahai kalbu..
sedarkah engkau akan gerak hatiku ini,
wahai akal..
terfikirkah engkau apa yang bakal terjadi nanti,
andai ini merupakan ramadhan yang terakhir kali,
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi,
tatkalau usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi,
pabila tiba saat tepat yang dijanjikan Ilahi,
kematian adalah sesuatu yang pasti...
Duhai Ilahi..
andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..
paling berseri..
menerangi kegelapan hati hati kami
menuluhi ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti..

2 comments:

Zampeada said...

dah separuh bulan berpuasa... terlupa plak nak ucap selamat berpuasa... dan raya lah sekali yek.. hehehe....

smart_cute said...

zam,
Komemang selalu lupakan aku kan???selamat berpausa bro..