Tuesday, June 16, 2009

Happy First Annyversary!


Alhamdulilah sudah sebulan aku melayari alam rumah tangga. Sekejap saja rasanya berlalu. Enam bulan lamanya aku buat persiapan perkahwinan ni. Macam macam hal terjadi !. Tapi biasalah sekali seumur hidup. Tapi itu semua kenangan yang tak akan lupakan. Masih segar saja dalam ingatan aku ni.


Ramai orang tanya macamana kehidupan berumah tangga. Erm..bagi aku segala pujian bagi Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang menjodohkan aku dengan orang yang selama ini aku cari. Bila di ingatkan kembali aku pernah listkan bagaimana kriteria pilihan hati aku. Dan sesungguhnya juga Tuhan mengkabulkan doa hamba Nya ini. Alhamdulilah...


Memanglah rupa itu menjadi dambaan untuk setiap orang, tapi alhamdulilah aku dapat lebih dari itu. Seorang yang rajin, jujur, pandai ambil hati, penyayang dan yang paling penting dia hormatkan Mama dan Ayah. Dan Mama ayah juga dapat terima Isteri aku dengan hati yang penuh terbuka. Terima Kasih Mama dan Ayah!.


Bagi aku perkara yang membuatkan Aku tersentuh hati bila satu pagi tuh aku menjadi imam buat pertama kalinya untuk isteri aku. Rasa sebak, syahdu dan aku rasa lengkap hidup aku sebagai seorang pemimpin keluarga. Aku tahu aku masih banyak yang perlu di pelajari tapi InsyaALLAH aku akan cuba menjadi suami yang baik dan taat kepada PenciptaNya. Aku tak sangka jodoh aku di Melaka. Dan di tempat kerja yang sama pulak tuh!. Sebenarnya benda macam inilah yang aku cuba elakkan tapi itulah juga yang kita dapaat balikkan?. Alhamdulilah segalanya dah tertulis di alam Roh lagi. Bila difikir fikirkan kenapa aku dapat bekerja di SSM? Kenapa aku dipindahkan ke Melaka? kenapa aku tak dapat tukar semula ke KL? Dan inilah jawapannya...


Cuma satu yang paling aku nantikan tentulah seorang cahayamata yang dapat menyinari rumah tangga kami nanti. Tak sabar pulak nak bergelar Papa nanti. Macamana pulak keadaannya nanti. tak dapat nak bayangkan!. Cuma aku berdoa agar aku dapat melayari alam rumah tangga aku dengan baik dan sentiasa mendatangkan kebaikan untuk aku dan sekeluarga. InsyaAllah nak fikir lagi lanjut lagi aku tak sanggup!. Bukannya apa aku takut berubah hati pulak!. Itu dah kes naya..hehhe.apa apapun Perkahwinan bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan kita yang dahulu tapi sebuah penyambung sebuah lagi kehidupan. Warna apa yang kita pilih terpulanglah pada diri kita sendiri.

2 comments:

aliquenyer said...

wah wah wah....
ayatnye sungguh syahdu..

semoga cepat dapat anak!
tambahkan lagi kawan NAUFAL

=)

smart_cute said...

aliquenyer,

Syahdukan?doakanlah i dapat baby...boleh jadi kawan naufal..