







tuk ingin jadi kekasihku










Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.
Nasihat Al-Qamah:5 cara memilih sahabat
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya.
Pertama : pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan.
Kedua : pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,dia suka menghitung-hitungkan(menyebutnya)
Ketiga : pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat : pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi,jikalau engkau diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima : sahabat yang jikalau engkau berkata,ia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja.Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu.Ia suka membabitkan diri dalam bahaya demi kesejahteraanmu. "
Terima kasih kerana sudi berkawan dengan AJAI!
Semalam aku berkesempatan menyaksikan satu persembahan pentas yang sungguh mengasyikkan(walaupun tersalah beli seat) dan mempersonakan. Sebuah pementasan teater yang menjadi kebanggaan anak anak malaysia terutamanya peminat seni tempatan. Mulanya, Puteri Gunung Ledang dibuat untuk persembahan pentas kemudiannyer di "transfer " ke skala yang lebih besar iaitu filem dan kemudian di realitikan semula diatas pentas bertaraf world iaitu di Istana Budaya. Pertama kalinyer juga aku melangkah kaki ke Istana Budaya yang sungguh gemilang itu. Tapi sayang sekali aku terlupa nak bawa kamera!.Kalau tidak bolehlah anda semua berkongsi gambar dengan keindahan Istana Budaya.
Berbalik pada cerita PGLtM, sesunguhnya anda akan berasa cukup bertuah dilahirkan dibumi Malaysia yang mempunyai khazanah budaya yang unik dan istimewa. PGLtM mmg menakjubkan. Sungguh mengharukan dan cukup bangga dapat tgk org Malaysia boleh buat cerita macam tuh. Lebih lebih lagi lakonan Ac Mizal. Walaupun aku memang tak suka sangat lakonan dia dalam Gerak Khas tuh!Tapi untuk teater ni dia memang best! . Time habis, bila Ac kuar jer, sume bangun dan bg standing ovation kat dia. dia memang hebat. Aku suka masa keadaan Ac Mizal marah. sungguh menggerunkan ditambah dengan lagu yg cukup kena dengan emosi marah. Lagu2 dalam PGLtM nie, takda satu pon yg membuatkan aku boring. semuanya cukup sedap didengar dan tak sangka Hang Tuah pandai menyanyi. macam penyanyi betUl suara dia. cukup mengagumkan aku. kalau sesiapa yg tak tengok, memang rugi sangat.
Teater muzikal PGLtM adalah teater yg paling bagus aku tgk di istana budaya(tak tahu lagi teater yang lain camner). Aku respect dgn usaha tiara..dan dia telah berjaya membuktikan segala usaha dan kesungguhannya dalam PGLtM ini. AKu rasa bangga sebagai anak malaysia ternyata Tiara dan Ac Mizal, dilahirkan sebagai seorang pelakon yang berkebolehan kerana susah utk pelakon drama/filem utk berlakon dengan baik di pentas teater..ternyata ac mizal berjaya menyangkal pendapat sedemikian. Begitu juga lakonan Adlin Aman Ramlie yang melucukan!.
Tahniah juga untuk Datuk Effendi dan Tiara Yang berjaya membawa satu experiment teater yang sungguh menakjubkan. Harapannya adalah akan ada lebih banyak lagi persembahan-persembahan yang setaraf dengannya ataupun lebih baik di usahakan oleh penggiat-penggiat seni kita agar akan lebih teruja rakyat Malaysia dalam memupuk budaya menyaksikan persembahan teater.
Apa apa pun aku rasa aku akan menjadi seorang peminat teater pulak selepas ini. Khabarnyer juga, berbagai bagai produksi teater yang akan dipersembahkan di Istana Budaya. Dan yang pasti aku akan kembali semula ke sana utk menonton Teater Lantai T.Pinkie dan P.Ramlee the Musical!Tungggguuuuu......
kak Iza :bebanyak tanqiu kerana sudi mengajak saya jadi orang kelantan
celup. walaupun singkat, dapat juga saya blajar perkataan baru.
Contohnya boh.(yang lain x ingatlah). Juga merasa makan serati
oloi+abg ki :Juga time ceh yang x terhingga sebab sudi mendaftar dan menjadi
sebahagian drpd geng.Jangan lupe lak bayar duit tahunan seumur
hidup
kak mar+fiza :thanks so much kerana sudi meluangkan masa menjadi pendengar
setia serta tempat saye meluahkan perasaan
ida+fara+kak lin :kepade 3 dara pingitan, ribuan tq diucapkan. Walaupun keje
bertimbun2, korang masih mengadakan masa membantu dan
melayan setiap kali saye melawat kawasan.(saye menyibuk ke..?
tak kan..... )
ajai+as :mengenali dan mendekati korang merupakan satu pengalaman
yang bernilai.saye banyak belajar fiil manusia.terime kaceh
bebanyak....
sekian saje
12.44 pagi
11.2.2006