Tuesday, February 14, 2006

Malam Yang Dingin...

Nukilan Ini diambil dari e mail yang dikirimkan oleh seorang rakan yang baru sahaja aku kenali. Sempena Hari Kasih Sayang pada hari ini, Renungilah Nukilan Luahan hati Dila utk sahabat sahabat yang dikasihi....


Sahabatku
Persahabatan itu merupakan satu anugerah
Membuat kita tertawa, menangis, memberi, menerima
Dan yang paling penting
Membuat kita saling menghargai
Sesungguhnya
Aku bersyukur pada hadrat Illahi
Diketemukan dengan kalian
Pelbagai ragam dapat kupelajari
Menjadi panduan di kemudian hari
Yang baik dijadikan teladan
Yang buruk dijadikan pengajaran
Itulah lumrah kehidupan
Warna-warni persahabatan
Ketahuilah
Selagi aku bernafas di muka bumi Allah
Selagi hayat dikandung badan
Perhubungan ini tidak mungkin menemui noktahnya
Tidak akan kubenarkan
Melainkan maut menjemputku
Kerna aku seorang pemburu
Tetapi
Aku hanyalah insan biasa
Meskipun berusaha sedalam lautan
Setinggi langit, seluas alam semesta
Tidak bisa menolak suratanNya
Apatah lagi menyesali takdir
Hanya berserah pada Yang Maha Esa
Kerna itulah yang telah dicoretkan
sejak azali


BUAT GENG



kak Iza :bebanyak tanqiu kerana sudi mengajak saya jadi orang kelantan
celup. walaupun singkat, dapat juga saya blajar perkataan baru.
Contohnya boh.(yang lain x ingatlah). Juga merasa makan serati



oloi+abg ki :Juga time ceh yang x terhingga sebab sudi mendaftar dan menjadi
sebahagian drpd geng.Jangan lupe lak bayar duit tahunan seumur
hidup



kak mar+fiza :thanks so much kerana sudi meluangkan masa menjadi pendengar
setia serta tempat saye meluahkan perasaan



ida+fara+kak lin :kepade 3 dara pingitan, ribuan tq diucapkan. Walaupun keje
bertimbun2, korang masih mengadakan masa membantu dan
melayan setiap kali saye melawat kawasan.(saye menyibuk ke..?
tak kan..... )



ajai+as :mengenali dan mendekati korang merupakan satu pengalaman
yang bernilai.saye banyak belajar fiil manusia.terime kaceh
bebanyak....





sekian saje
12.44 pagi
11.2.2006

1 comment:

Anonymous said...

mmg dila yg bagi ker....sedihnyer..sedih sgt bila baca nukilan hati nie...entahlah rasa tersentuh hati sgt....isk..isk..isk...\

Buat sahabat2 ku thanks a lot kerna sudi utk menjalinkan persahabatan yg erat ini walaupun pelbagai kerenah n konflik yg melanda...
marcute...