Tuesday, March 14, 2006

Bestnyer Sutun 2.....

Kepada sesiapa yang terlepas peluang menonton Sutun 2 yang baru sahaja ditayangkan baru baru ini....smartcute Production mempersembahkan.... Sutun 2..(trimas to budak_ijat)

KU YUSRI KU RAHMAN sebagai ADEK
WanSharmila * ShahrulMizad * SyedShahrizal * UngkuIsmail * K'ma Abdullah * IsmaYusoof

Cerita Sutun 2

sebuah telemovie arahan SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

Sutun kembali menyorot kisah Adek yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian awam di Kuala Lumpur, bersama dengan Zeta kawan baiknya dari kampung. Di sana dia berkenalan dengan Sabri dan Fitri. Kali ini Sutun 2 cuba mengupas permainan perasaan seorang insan seperti Adek apabila dia mula mengenal erti cinta dan mula mengenal seniornya, Lukman. Tetapi dapatkah dia merealisasikan perasaan cinta itu apabila ia adalah cinta terlarang. Bagaimana pula dengan Lukman? Dapatkah dia menerima Adek? Di sana juga Adek bertembung dengan Nuar dan kawan-kawannya yang nakal, Leman dan Tajul. Nuar mempunyai sejarah hitam dan amat membenci golongan lelaki lembut. Sara merupakan satu persoalan yang menyebabkan Nuar amat membenci golongan ini. Dan apabila rahsia mengenai Sara dan sejarah hitam Nuar menjadi perbualan hangat di kampus, Nuar menyalahkan Adek, dengan prasangka bahawa Adek yang menyebarkannya.
Dalam masa yang sama, Khalid berjumpa dengan ibu dan bapa kepada Adek dan menyuarakan hasrat untuk bertukar menjadi lelaki sejati. Ini kerana dia bimbang nasib yang akan menimpanya di masa akan datang. Dengan itu bapa kepada Adek memulakan misi mengubah Khalid dan kawan-kawannya menjadi lelaki sejati. Sehinggalah suatu hari Khalid bertemu dengan Yam..

Sutun juga baru baru ini dicalonkan utk meraih anugerah Sri Angkasa 2005. Walaupun tertewas namun disenaraikan sebagai pencalonan akhir juga merupakan satu penghargaan buat pengarah dan semua krew yang terlibat menjayakan drama ini.

Jika anda mempunyai sebarang idea untuk merancakkan lagi perjalanan Adek dalam Sutun 3, sila e mailkan pendapat anda di budak_ijat@yahoo.com

Nantikan juga kemunculan VCD Sutun 1&2......

No comments: