Friday, May 23, 2008

Teman...

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,

Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,

Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,

Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya
Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,

Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa....
Kelemahan ... Kekurangan ... Keburukan ..
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN
Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.....

2 comments:

Anonymous said...

akum.. apa khabar? bait2 kata yang menarik.. mengandungi makna yang begitu mendalam.. keep up boy.. salam sayang.. zach

AJai Zaidie said...

Zach,
I nak minta maaf jika selama hari ini ader menyakitkan hati u, i nak g umrah hari khmais ni..so doakan i selamat pergi dan ballik yer...see u ..bai..