
2 minggu lepas company aku ni buatlah Hari Keluarga untuk tahun 2006. Ialah tahun lepas tak sempat nak buat hari keluarga sebab itulah tertunda ke tahun nie. Seperti biasa kalau ader majlis majlis macam ni tak sah kalau aku tak involve dalam apa apa acara. Bukanlah acara balapan ke apa..tapi sebagai AJK. Errm...sebelum orang lain bukak mulut aku terlebih dahulu dah volunteer diri untuk amik bahagian sukaneka. Muslihatnya cuma satu, aku tak nak main games. Hehhehee....tapi beb bukan senang ko nak handle games yang dipecahkan beberapa bahagian. Pening kepala gak nak fikir games apa yang sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, perempuan dan yang paling penting nak fikir games untuk golongan veteran ni. Erm..betullah kata orang ..orang orang yang veteran ni memang susah sikit nak terima revolusi orang muda. Aku mestilah taste games yang up date dan trendy, tapi yang tua tua ni sibuk nak games yang zaman tok kadok punya..tensi aku!!!. Fikir punya fikir aku keluarkan 19 jenis games dan setelah beberapa kali meeting hanya 9 games dipilih untuk acara sukaneka. Hanya 3 hari sahaja aku kena sediakan barang barang untuk sukan. Berpeluh peluh gak lah nak menyediakan benda benda tuh. Nasib baiklah ader member yang sudi menolong...
Masalah bukan setakat disitu jer. Bila time keluarkan borang untuk games ada jugaklah agenda agenda tak puas hati nak menghancurkan games aku tuh. Tapi nasib baiklah tak ramai yang terpengaruh dengan kata kata "orang tuh" memperlekehkan games aku. Dah sah Ortodok!!!geram betul aku.
Sehari sebelum acara sukan bermula, hati aku dah gundah gulana ni. Ialah tak tahulah macamana sambutan orang ramai nanti. Ntah suka atau tak??takut orang ramai mencemuh kata games aku ni ntah apa apa. Tapi alhamdulilah....semuanya berjalan lancar tanpa insiden yang memalukan dan yang penting games pilihan aku diterima ramai dan semua orang suka. Lastly, semua staff ucapkan terima kasih dan dorang semua kata happening giller....Hhehhehehe aku suka sangat!!!tapi kalau ader untuk tahun depan aku nak jadi ajk bahagian hadiah pulak!!!
P/S GAMBAR LAIN TAK DAPAT NAK PUBLISHLAH....