Wednesday, April 11, 2007

Sonata Musim Salju



Dah 6 enam bulan aku kat Melaka ni. Setahun yang lepas aku masih terumbang ambing walaupun aku kerja secara sambilan di SSM ni. Memang takut kalau ada rumours nak kena buang kerja. Yerlah pts ni ibarat gantung tak bertali, bila bila masa jer boleh dibuang. Tapi hidup aku masa tuh penuh warna. Ada saja aktivitinya. Lebih lebih lagi ngan Kiki. Macam macam yang kami buat. Tapi, sekarang ni hambar jer. Walaupun aku masih dikelilingi kawan kawan. Macam kurang perencah. Ditambah pulak kerja yang diluar jangkauan kecerdikan aku!. Itu yang buat tercabar giller. Rasanya macam rugi jer tak belajar betul betul dulu. Tak sangka yer...apa yang kita belajar dulu refleksnya waktu kita berkerja. Maksud aku masa kita belajar dulu ada sesetengah subjek tuh kita rasa macam tak perlu jer....nah sekarang tanggung sendiri.



Sebenarnya unit aku ni seronok, yang buat tak seronoknya bila berhadapan dengan bos aku yang sakit jiwa. Aku pun tak tahulah kenapa. Rasa macam nak g kerja tuh tak seronok dah. Walaupun dulu aku terpaksa bangun seawal pagi, mengharungi jammed berjam jam tapi aku seronok bekerja. Tak kat sini, rumah dekat dan tak der jammed pun rasa nak g kerja tuh penuh ngan azab. Sekarang ni baru aku mula fikir betapa susahnya bila betul betul kita berkerja. Tension satu hal, melayan karenah bos lagi, layan karenah anak buah lagi, layan publik lagi. Kawan kawan satu office lagi. Tak kena gaya boleh kena sawan.

Ingat lagi masa mula mula aku jejak kaki kat unit ni aku disuruh macam macam tugasan. Itu nak kena buat...ini nak kena settle....itu nak ikut dateline...ini nak kena check. Fuhhhh....firstime, aku ingat ini mesti kes nak buli orang baru, tapi sebenarnya tak, memang itu lah tugasan aku. Then dapat pulak sorang pembantu yang sekali ketuk sekali jalan!Menambahkan kemarahan aku..tapi aku taknak jadi seorang ketua yang dibenci!!!dan sekarang pun disebabkan salah faham aku dah tak bercakap ngan sorang mamat ni. Eeee...lemaslah aku nak layan orang yang asyik tersentap jer.....aku senang jer kalau takut dilanda ombak janganlah nak berumah ditepi pantai..pepatah tuh memang tepat sekali untuk orang yang tak reti nak bergurau ni. Buat serabut kepala aku jer nak fikir...



Tapi nak taknak itulah benda yang aku kena hadapi...aku nak pindah KL baliklah. Tapi itupun tak menjanjikan apa apa. Mungkin aku akan menghadapai masalaah yang lebih teruk lagi. Semua kerja ada masalahnya kan?. Aku nak mula pun tak tahu dari mana?Kena beli buku motivasi ni! Cabaran sangat!!!!