Sunday, August 17, 2008

Bukan Lagi Rahsia



RAWANG, 18 Ogos - Teka teki mengenai tarikh pertunangan diantara Ajai Zaidie Bin Mohd Taza dengan Alfadilah Binti Abdullah akhirnya terjawab apabila abang sulung Ajai mengumumkan tarikh 23 Ogos ini sebagai tarikh bersejarah pertunangan adik kesayangan itu. Beliau yang membuat pengumuman lewat petang semalam di Majlis Persandingan sepupu Ajai berkata, majlis yang akan diadakan di Bukit Beruang, Melaka itu akan dihadiri oleh seluruh ahli keluarga kedua dua belah pihak.




Rombongan pihak lelaki akan menghadiahkan 7 dulang hantaran termasuk 2 bentuk cincin risik dan tunang serta senaskhah Al - Quran. Manakala Pihak perempuan akan membalas 9 dulang hantaran. Menurut beliau, warna merah jambu telah dipilih sebagai tema majlis pertunangan dan dijangka akan dimulakan pada jam 11 pagi.




Ajai ketika ditemui memanjatkan rasa bersyukur kepada yang Maha Esa dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Beliau juga berharap agar semua rakan rakan mendoakan kebahagiannya hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke hujung nyawa.

Manakala majlis pernikahan dan persandingan dijangka akan diadakan awal tahun hadapan.

No comments: