Thursday, April 21, 2011

Relax Dulu..

Bermula minggu ni mulalah kehidupan aku di Kuala Lumpur semula setelah berkelana hampir 5 tahun di perantauan. Memang banyak perubahan sejak aku mula keluar dari kl 5 tahun lalu. Dulu hanya sambilan saja tapi la ni dah berjawatan. Tempat dah bertukar dulu aku di The Mall, sekarang SSM dah ader bangunan sendiri di KL Sentral. Kawan kawan pun dah banyak buat hal sendiri, ialah masing masing dari sambilan dah punya jawatan yang tetap. Dah ade r tanggungjawab masing masing yang perlu di lunaskan. Aku pun dah di tempatkan di bahagian Pematuhan. Ialah dulu opearasi la ni pematuhan salah satu tempat yang aku susah sikit nak terima. Sebenarnya aku tak suka nak kerja luar, itulah pasalnyer. Ini pun aku tak tahu mana tempat yang aku akan di letakkan, kalau kat bahagian setiausaha ni ok sangatlah tak payah nak kuar kuar lagi. Tapi kalau dah namanyer pematuhan kenalah jugak kuar buat inspection pasal setiausaha syarikat pulak.

Untuk minggu pertama ni aku masih free tak kerja lagi. Tapi bukan bermaksud aku boleh bersenang lenang kena jugaklah baca baca apa yang patut pasal setiausaha ni. Memang best bahagian ni sebab aku pernah terlibat sebagai panel masa di Melaka dulu, so tak jadilah masalah sangat. Cuma kena buat laporan tapi tak per aku suka duk office dari kerje luar.

Hari aku lapor di SSM juga aku dikejutkan dengan berita kematian Mak lang. Aku tak sangka sorang sorang sedara mara kami akan pergi dengan keadaan yang tidak disangka sangka. Semakin kami sepupu membesar dan beranak pinak semakin kecil juga bilangan makcik makcik dan pakcik pakcik kami ni. Semakin sukar kelaurga kami nak berkumpul seperti dulu. Sedih pulak. Semoga mak lang tenang di sana.


No comments: