Monday, April 10, 2006

APAKAH ENGKAU KENAL NABIMU



Sempena Maulidur Rasul, Apa kata kita kenali dengan lebih dekat lagi nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Apakah engkau benar-benar kenal nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya. Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu? Atau engkau kenal secara rambang sahaja? Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya, peribadi, nabimu pasti engkau jatuh hati padanya. Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat dan ingatan padanya. Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangnya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad nabimu S.A.W. Nabimu dia seorang manusia istimewa. Luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Ia adalah Muhammad anak Abdullah. Ibunya Aminah. Bangsa Quraish dari Bani Hashim. Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu, seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu dan bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan, Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dan Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan, syurga, dunia, akhirat, para malaikat, `arasy, kursyi, sirat,manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya.

Ertinya kalau bukan kerana nabi Muhammad S.AW, yang lain tidak akan diwujudkan. Kalau begitu rupanya nabi kita membawa rahmat, zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan. Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang di isra` dan di mi`rajkan. Mukanya laksana bulan purnama kerana cahaya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut denganTuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua seluruh para Rasul dan para ambiak, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.


Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafa`tul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga. Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat sekalipun dia tidak boleh menulis dan membaca.

Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia dari para malaikat. Terutamanya kasih sayangnya kepada manuasia begitu terserlah, tawadhuknya atau merendah diri pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan cinta padanya. Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin,anak-anak yatim dan janda.

HAKCIPTA TERPERLIHARA SMARTCUTE.BLOGSPOT.COM

1 comment:

rudy said...

best le entry ni..simple & meaningful