Wednesday, May 31, 2006

6 Sebab Sukar Mencari Lelaki Idaman


Opppss....jangan salah faham pulak!, entry ni khas utk kaum wanita dan ... untuk mencari lelaki idaman. Semalam semasa aku belek belek Buku Rahsia Lelaki terpandang pulak satu artikel dari Dr.Alifnaim yang bercerita tentang 6 Sebab Sukar Mencari Lelaki Idaman. Let's Check It Out....sebelum tuh, Fikirkan tajuk ini buat seketika sebelum anda membaca artikel ini. Kerana yang selanjutnya mungkin kita akan bertentangan pendapat, dan mungkin juga kita akan sependapat. Kerana apa yang kita sedang perjuangkan adalah sama. Kita mencari yang terbaik, bukan
Pertama, kita kaji beberapa sifat lelaki yang kurang menyenangkan.

Kedua, kita senaraikan pula sifat lelaki yang melembutkan hati sekeras nasi ini.

Ketiga, senaraikan nama nama bekas teman lelaki anda termasuk teman lelaki anda yang terkini. Kemudian berikan Anugerah ini kepada sesiapa yang layak dalam senarai itu. Atau kepada sahabat lelaki anda yang lain jika layak ;)
1. Anugerah Teman Lelaki Penyayang Sepanjang Bersama
2. Anugerah Bertolak Ansur yang Amat Mengagumkan
3. Anugerah Tidak Menepati Janji & Menepati Masa
4. Anugerah Jejaka yg Tidak Dapat Dilupakan Sehingga Kini
5. Anugerah Jejaka Penghancur Hati No.
Sekarang, kita lupakan semua nama pemegang anugerah ini. Kerana anugerah ini diberi dan dinilai oleh diri sendiri. Bagaimana untuk anda mengharap sesuatu yang indah ketika dulu, kini menjadi igauan sepanjang hidup anda?
Lelaki mana yang menjadi idaman bukankah adalah terlalu abstrak? Perlukah kita menilai seseorang berdasarkan hatinya,atau barangkali anda menilai nilai jejaka idaman itu melalui raut wajah yang tampan? Tidak mengapa kerana andalah yang akan hidup dengan pilihan yang telah anda buat. Jika tampan menyejukkan hati maka ini adalah bonus untuk anda terus hidup bersama dan jika hatinya yang baik adalah nilai jejaka itu maka itu adalah rezeki anda. Tetapi bagaimana pula dengan pemegang anugerah Teman Lelaki Penyayang Sepanjang Bersama tiba tiba menjadi Jejaka Penghancur Hati No.1? Kerana segala perkara yang telah anda tempuhi tidak dapat diramal kebarangkaliannya. Bagaimana pula dengan pemegang anugerah Bertolak Ansur yang Amat Mengagumkan adalah orang yang membuatkan anda rasakan diri anda kecil dan tidak sesuai dengannya. Pada suatu hari yang tidak dijangka anda telah bersama dengan jejaka lain (yang nakal dan tidak sebaik pasangan anda itu) untuk meredakan perasaan gundah anda ini? Kerana ada yang berpendapat semakin banyak kita bergaul, semakin banyak pilihan untuk dipertimbangkan. Kerana anakonda betina akan bergesel dengan dengan ratusan anakonda jantan sebelum membuat pilihan. Disini ada buruk baiknya, bukan. Atau formulanya begini Buruk >= Baik ?

Persoalan ini mudah, kerana anda hanya perlu menjadi seorang anda yang mengenali kemahuan anda sendiri. Mengetahui dimana kelemahan diri dan dimana anda telah memijak batasan sebagai perempuan yang hanya mencari jejaka idaman pula bagaimana? Ini kurang penting kah. Kerana setahu saya mereka yang terlalu mencari kesempurnaan pasangan selalunya mementingkan diri sendiri dan perasaannya sendiri. Oh,dia adalah pemegang anugerah Wanita Penghancur Hati No.1 barangkaliPada penghujungnya anda tetap sendirian, kerana sepi itu sendiri. Yang akhirnya tetap mengheret anda ke satu sudut keseorangan untuk memikirkan kembali apakah kesilapan yang mengundang kepada kehancuran sesuatu hubungan itu. Jangan lupa memikirkan apakah kelebihan anda ya. Ini akan menyedarkan anda telah maju setapak atau masih di takuk lama
Menurut Dr. Tuah pakar motivasi hari ini, beliau senaraikan 6 Sebab Sukar Mencari Lelaki Idaman. Semoga turut dibaca oleh para lelaki dan berusahalah untuk menjadikan diri anda idaman dan igauan.
Lelaki baik selalunya kurang kacak.
Lelaki segak dan kacak selalunya lebih buaya.
Selalunya lelaki kacak dan baik adalah gay.
Lelaki yang kacak, baik hati, bertanggungjawab dan berduit selalunya sudah berkahwin.
Lelaki yang kurang tampan tetapi baik hati selalunya berpoket kosong.
Kebanyakan lelaki yang tidak berapa kacak, baik hati dan berduit, selalu berfikir wanita hanya mahukan duit mereka semata-mataBagaimana? sukar kan untuk mencari Mr.Perfect anda? Jika anda hanya mahukan Mr.Perfect atau Mr.Right mungkin tidak jumpa, maksud saya yang masih kosong. Tetapi jika anda mampu lahirkan Mr.Perfect anda sendiri barangkali anda mampu melahirkan seorang dua. Tetapi adakah ia seperti meng anyak tepung dalam bekas? Uli uli uli..anyak anyak, masukkan air sedikit demi sedikit, nah lahirkan seorang Mr.Perfect? Hah,semoga anda berjayaDalam al-quran sendiri sudah di khabarkan, untuk miliki yang beriman, carilah yang beriman dengan syarat anda juga beriman. Sabar, jangan putus asa. Dalam seribu lelaki biasa ada seratus yang luar biasa. Jika anda inginkan yang luar biasa, jadikan diri anda luar biasa! Yang akhirnya dia sendiri akan terlorong untuk berkenalan dengan anda. Ada magnet diantara jalinan anda kepada lelaki yg luar biasa ini ya. Waduh enak sekali didengari


Tahukah anda, pasangan anda adalah cermin kepada diri anda sendiri? Jika anda berpendapat pasangan anda ketika ini adalah jenis main kayu tiga, fikirkan kembali. Dahulu,pernahkah anda lakukan perkara yang sama kepada pasangan anda ketika itu? Jika tidak, suatu hari nanti anda sendiri akan lakukan perkara yang sama. Ambil ikhtibar dari peristiwa ini dan baiki kesalahan, bukan menampal kekurangan anda. Tambahkan kelebihan diri anda dan improve diri anda setiap kali ada peluang. Contoh menampal kekurangan: bersama dengan lelaki yang anda sendiri kurang pasti kemana hala tujuan anda berdua. Mencari kesalahan pasangan untuk menutup kesalahan diri. Ungkit perkara yang lepas sebagai senjata mencapai kemenangan mutlak.

Kesimpulannya sukar. Bagaimana untuk sampai kesana jika haluannya tidak pasti? Apa yang mampu dilakukan ketika ini ialah buka pemandangan anda luas luas. Jangan mudah tertakluk kepada lelaki yang memenuhi senarai kriteria anda, kerana anda hanya akan melukakan hati anda kembali. Bukankah dulu dia yang memenuhi senarai semak anda itu yg akhirnya melukakan hati anda? Saya rasa ini masanya untuk memikirkan kesalahan diri sendirisaya huraikan mengapa lelaki yang kacak, baik hati, bertanggungjawab dan berduit selalunya sudah berkahwin. Mesti anda terfikir bahawa lelaki seperti ini dahulunya bermula dengan lelaki bujang juga kan. Maka inilah lelaki idaman anda. Tetapi masalahnya anda lupa memikirkan tentang perjalanan hidup Mr.Perfect anda ini. Sedarkah anda suatu ketika dahulu Mr.Perfect anda ini semasa bujangnya kurang tampan, gaji pula cukup cukup makan dan oranya kurang serius.Harapkan hatinya yang baik saja untuk dipilih sebagai calon suami. Tetapi selepas mempunyai peluang untuk berkahwin dan berkeluarga, Mr.Perfect anda ini telah banyak membetulkan keperibadian dirinya untuk bertanggungjawab terhadap keluarga, bekerja keras demi kesenangan keluarga, dan isterinya telah berjaya melahirkan Mr.Perfect dengan cara tersendiri. Doa, Tawakal dan Usaha..mungkin anda tidak tahu lelaki yang kurang kacak sebelum berkahwin akan menjadi semakin kacak selepas beberapa tahun berkahwin dengan anda. Jika anda punyai kecantikan pada hidung yang mancung, kulit yang putih, dan raut wajah yang ayu..pasangan anda juga akan mengikut raut wajah anda sedikit demi sedikit. Ini adalah kelebihan perkahwinan. Allah Maha Penyayang kepada hambanya yang menjaga kerukunan rumah tangga lalu diberikan nikmat ini. Kalau anda tidak percaya, saya tidak rugi. Kerana saya telah menghurai ke enam enam sebab sukar mencari lelaki idaman anda.

Maka Mr.Perfect anda hari ini adalah lelaki yang diberi peluang satu ketika dulu. Tetapi carilah yang berpotensi untuk menjadi Mr.Perfect, bukan yang berpotensi untuk menjadi Mr.Insect! hahaha

Saya selalu kata, Yang Baik Itu Berterusan..memang benar bukan, yang baik itu kan berterusan! Percayalah,kerana saya bukan sekadar mengajuk rancangan tv kesukaan saya.

p/s: semoga Yang Baik Berterusan untuk anda, semoga lelaki yang baik akan berterusan menjadi Mr.Perfect anda..suatu hari nanti barangkali.

No comments: