Tuesday, May 23, 2006

Entry Ke 100

Wah...wah..wah...dah sampai entry ke 100 blog aku ni. Dan khas untuk anda semua sempena Entry ke 100 ni Warna Kehidupan dengan bangganyer mempersembahkan "Rahsia Senyuman". (tepuk tepuk tepuk)



Rahsia Senyuman


SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.


SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.


Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.


SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.


"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.


SENYUM adalah jambatan persahabatan.


SENYUM adalah satu perlaburan yang pastinya tidak akan merugikan.


Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.


SENYUM harus ada ketululusan.


SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.


Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !!!


"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.


Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.


Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.


Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas ... . kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.


Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan... ... .. Willian Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"


Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.


Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Jom kita semua nyanyi....
"senyum kepada semua..senyumanmu amatlah berharga..senyum ..kepada semua ..kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum..."

3 comments:

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Anonymous said...

senyum la woi...senyum...bukan senyum kambing mahupon senyum untuk kambing......senyum untuk manusia....sume umat2 yang ada kat muka bumi ni...bila kita senyum pada seseorang tapi tidak mendapat balasan....abaikan erkk..ko kan ade pengalaman sebegitu kan kan kan

Anonymous said...

Ya..senyum itu sedekah sebab bila kita senyum kepada orang lain walaupun tak kenal..orang yang lihat kita senyum akan merasa tenang lantaran bukti keAgungan Allah SWT memberikan ketenangan pada wajah kita semasa senyum....SENYUM SOKMOLAH!!!!