Tuesday, May 30, 2006

Hari Ini Adalah Milik Anda!


Apabila kita berada di pagi hari, janganlah lah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yg telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga degan hari esok yg belum tentu datang.

Hari yg saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita, membuatkan kita mampu memandang alam sekitar…Dan itulah hari kita, maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup kita hanya hari ini saja, atau seakan-akan kita dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan ada sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan masa lalu dan pelbagai kesedihan dan kegundahan yg terjadi masa itu dan masa depan yg penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti kita utk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah, kita harus berdekad dan mempersembahkan kualiti solat yg paling khusyuk membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dgn sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam ahklak, kerelaan dgn semua yg Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberikan manfaat kpd org lain.

Untuk hari ini, kita harus mulai membahagi waktu dengan bijak.jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya dgn mengingati Tuhan, dan mempersiapkan diri utk pergi jauh Dengan demikian, hidup kita pada hari ini akan penuh kebahagian, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki dengan tangan terbuka dan rasa penuh kesyukuran.

“ wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dgn khayalan dan menjual diri hanya utk sebuah dugaan. Aku pun tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana hari esok hari yang mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yg blm pernah diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan.”

HARI INI ADALAH MILIK ANDA”, adalah ungkapan yg paling indah mesti diamati dlm kamus kebahagiaan. Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

No comments: