Friday, June 23, 2006

Segalanya

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu... " "tak semua yg kita impikan jd kenyataan..tak semua cinta akan kekal selamanya..kekadang ade yang akan putus ditengah jalan..tapi percayalah bahawa cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil mase yg lame untuk diperolehi..ingatlah wahai teman sekali kita gagal dalam percintaan tak bermakna kita akan gagal untuk selamanya... yg penting kita tetap percaya akan kewujudannya..dan juga janganlah terlalu memeperhambakan diri kepada cinta...

1 comment:

zampeada said...

wah2... deep neh.