Monday, June 19, 2006

Jika Kau Tiada

Aku tak tahulah kenapa dalam banyak banyak kes perceraian artis ni, yang paling buat aku upset ialah perceraian artis kesayangan aku Erra Fazira. Pelikan?Walaupun si Yusry tuh dapat berkahwin dengan Ratu Cantik Malaysia tapi mereka tetap tidak dapat mengekalkan kebahagiaan mereka. Kesian nasib si ratu cantik walaupun disanjung ribuan orang tetapi tetap juga tidak bahagia. Lihat sajalah Lady D!. Akhirnya mati tanpa dapat cinta yang diidam idamkan.Persoalannyer. Mengapa mereka tidak bahagia?. Mungkin Erra dan Yusry mempunyai alasan mereka sendiri.



suatu ketika dahulu
ku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa
tak terbayang bagaimana hidup jika kau tiada

jika kau tiada
pada siapakanku dendang syair cinta
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu
jika kau tiada
wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
arakian suara siapakan membisikkan kata -kata cinta

tak tersusunnya kata
azimat kau kau bawa pastinya ku kan sengsara oh..jika kau tiada
takku kenal cinta sebelum kau hadir tak ku tahu erti rindu
kini doa ku termakbul ..ku tagih cinta mu selalu
walau ramai ku kenali tiada seikhlasmu kasih
kalam sayang kau ku cinta
hanya nyawa kan bisa memisahkan kita..memisahkan kita

jika kau tiada
hilanglah bintang dilangit yang berkelip memelita malam yang hiba hilanglah keajaiban ke lapan didunia
jika kau tiada
sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi..
jikalau ku termampu memiliki dunia
semua tak bermakna bagiku jika kau tiada

1 comment:

zampeada said...

well, tade yg pasti kat dunia neh... terpaksa lar terima je apa yg patut?