Tuesday, January 01, 2008

Aku Janji 2008 - Review 2007

27 AKUJANJI 2008


1. Meningkatkan amalan.
2. Taknak tinggal sembahyang.
3. Puasa Sunat.
4. Bersenam.
5. Facial and body treatment sebulan sekali.
6. Banyakkan membaca.
7. 27 th Celebrating Birthday.
8. Bertunang.
9. Speacial Gift for Hari Raya.
10. Speacial Revolusi for MYvi 1st Annyversary.
11. Happy always.
12. Hardworking.
13. Taknak cukur janggut.
14. Belajar English.
15. Celebrate my officemate Birthday.
16. Saving.
17. No more Chatting.
18. Build new frend.
19. Think Positif.
20. Tak nak gunting rambut sampai bulan 7.
21. Taknak amik cuti sampai bulan 6.
22. No more gossip.
23. Beli baju bila perlu.
24. Satu lagi jam SWATCH.
25. Nak kurus lagi.
26. Sentiasa update Blog.
27. Maintain SMART & CUTE.



***********************


Ingat tak AKUJANJI 2007 yang lalu. Jom kita semak semula tercapai atau tak?

1) Menjadi seorang muslim yang sejati. (50%)
- Lagi 50% hanya tuhan sahaja yang tahu. Mungkin bagi kita dah terbaik, tapi di sisiNYA tak tahu lagi. So, biarlah kita beramal hari ni umpama akan mati keesokan harinya.

2) Bawa Kain pelikat kemana mana saja. (60%)
- Masa bertugas di Bahagian Penguatkuasa dulu memang aku bawak pun, cuma bila nak berjalan jalan keluar tuh memang aku tak bawa. Bukannya apa malas nak jinjit beg.

3) Khatam Al Quran. (70%)
- Alhamdulilahlah...

4) Puasa Sunat. (20%)
- Selain bulan puasa, puasa sunat hari hari tertentu jer. Kalau isnin khamis memang tak buat pun. Hehehee...

5) Takkan tinggal sembahyang. (90%)
- Insyallah..harap harap berterusanlah hendaknya.

6) Akan bagi mesej kepada semua saudara mara dan rakan rakan bila tiba hari lahir mereka. (50%)
-Kepada mereka yang tak dapat mesej dari aku tuh, minta maaflah banyak banyak yer...

7) Tak akan ader janggut lagi. (100%)
- Memang aku taknak pun ader janggut tahun lepas. Saja nak nampakkan muda. Hehehe..
8) Buat majlis ulang tahun mama dan ayah. (0%)
- Tak sempatlah.....

9) Bagi hadiah kat adik, abang dan ebie. (30%)
- Walaupun pun bukan masa birthday tapi aderlah jugak aku bagi hadiah kat dorang ni.

10) Balik lambat dari offices. (60%)
- Masa kat Bahagian Penguatkuasaan dulu, rajinlah jugak nak balik lambat ni. Sebab masa tuh kena settlekan banyak kerja yang terbengkalai. Tapi bila dah bertukar department ni malas pulak nak balik lewat. Kecuali kalau ader otte.

11) Taknak campurtangan hal rakan rakan office. (50%)
-Tak boleh jugak kalau tak campur, sebab aku memerlukan mereka semua untuk bekerjasama. Alhamdulilah, aku takde sebarang masalah pun dengan budak office nie. Walaupun, jarang menyertai mereka untuk aktiviti luar tapi masih jugalah amik tahu apa perkembangan dorang.

12) Saving setiap bulan. (40%)
- sekejap ader sekejap tak!.

13) Taknak chatting lagi. (40%)
- Bila dah bosan atau masa aku updatekan blog sahaja.
14) Taknak Hidup dalam "dunia Lama" (50%)
- Kawan tuh penting, tapi aku akan hadkan pergaulannya.
15) Top up sebulan sekali. (60%)
- Tak boleh nak dijangkakanlah. Sebab aku takut anything happen bila kecemasan alih alih dah takder kredit pulak.
16) Kumpul harta. (70%)
- tahun lepas aku dah ader sebiji kereta Myvi dan sebiji apartment. Erm...alhamdulilah.

17) Tukar kereta. (100%)
- Sang Kancil dah bertukar White Angel.

18) Cari awek. (100%)
- Alhamdulilah dikeberkatan bulan Ramadhan yang lepas aku dipertemukan dengan seseorang yang boleh mnejaga aku dengan baik. Eh..bukan aku yang jaga dia ker?erm...

19) BERTUNANG (0%)
- Sepatutnya 070707 yang lepas aku dah jadi tunangan orang tapi apakan daya jodoh tak panjang.
20) Taknak gunting rambut sampai bulan 7. (100%)
- Aku gunting pendek semula selepas bulan 8.

21) Cenderahati speacial untuk hari raya nanti. (100%)
- Erm...aderlah something new untuk makcik makcik dan pakcik pakcik kesayangan aku.
22) sentiasa memantapkan kerjaya. (70%)
- Terima kasih kepada rakan rakan yang selalu bagi nasihat dan dorongan yang baik untuk aku terus bekerja dengan cemerlang.
23) Takkan merunggut setiap kali diberi kerja tambahan. (50%)
- Tak jugak sebab tugasan yang diberi agak melampau dan memeningkan kepala hotak aku. Terima kasih kepada kawan kawan yang banyak membantu aku.

24) Takkan campur urusan kerja orang lain. (60%)
- Cawangan Melaka pun bukanlah besar sangat!. Kalau tak tolong menolong memang banyaklah yang bermasam muka nanti.

25) Taknak bermusuh dengan sesiapa pun. (100%)
- Aku rasa aku tak bermusuh ngan sesiapa pun. Tak tahulah kalau ader yang tak puas hati dengan aku pulak!.

26) Maintain smart and cute. (200%)
- Alwayslahkan....

2 comments:

akulaaa said...

poyo laa ko x nak potong rambut sampai july..ko igt bleh kerrrR??? ngan bos ko yg mcm tu...pastu ko x nak beli baju??? lagi poyooooooooo ko bleh ke tahan tak nak beli baju?????? hehehe

smart_cute said...

Akulaaaaa,

Insyaallah bos aku ni apa stail aku dia suka..itu jerlah kebaikan dia untuk aku. Yang lain tuh haramlah...Pasal baju tuh..erm...tengoklah camaner hehehee..ko ni tahu jer keperluan aku yer?Mana akujanji ko pulak?meh aku nak tengok!.