Sunday, January 06, 2008

Papa Kiki & Mama Marlina


Hari ni ader 2 berita yang membuat aku gembira. 1. My schoolmate kawin dan yang ke 2 Kiki dah dapat baby!!!!. Mulanya terkejut jugak Kiki kol tadi beritahu yang Kak Mar masuk hospital. Ingatkan kenapa? rupa rupanya Kak Mar dah bersalin. Tapi kesian baby tak cukup bulan. Sepatutnya bulan depan, tapi baby tak sabar nak tengok dunia so dia pun lahirlah. Aku rasa nak menitis airmata bila dia beritahu yang dia dah jadi seorang ayah. Aku ni kalau bab kiki mesti lah nak berair mata ni. Tadi lepas g umah kawin aku terus beli hadiah dan g hospital. Mula mula ingatkan tak dapat tengok Baby ngan Kak Mar, tapi rupanya dorang dah dipindahkan ke wad biasa so dapatlah tengok. Nak ikutkan, Baby pun tak dapat nak tengok. Tapi aku menyelinap jer masuk kat bahagian baby dikuarantinkan. Bila tengok baby tu, sekali lagi airmata aku ni nak bergenang. Ntah apa apalah yang aku fikirkan. Comel sangat baby tuh!. Pastu tengok baby tuh macam nak menangis tapi tak dengar suara...Erm..cute jer..Tak sangka pulak Kiki dah jadi ayah!!Seronok sangat pulak rasanya. Macamana pulak kalau aku ader anak nantikan?. Aku tanya Kiki apa perasaan dia...dia kata ntah No komen?Aik....mungkin dia tak sedar lagi kot, esok esok tahulah tanggungjawab dia tuh.

Tadi buat pertama kalinya aku berjumpa dengan keluarga awek aku ni. Erm, berdebar debar juga tapi kenalah macho and cool. Alhamdulilah, semuanya ok. Aku pun taklah rasa janggal ngan bapa dia sebab ader je benda yang nak dibualkan. Walaupun tak banyak tapi oklah untuk permulaan. Cuma mak dia jerlah yang agak pendiam sikit. Tapi takperlah esok esok oklah tuh kot. Kadang kadang kalau nak difikirkan macamana lah kehidupan aku nanti bila nak berdepan ngan Mak mertua, Bapak mertua, adik ipar, kakak ipar, abang iparlah...erm...susah gakkan. Lagi lagi aku yang tak reti nak berborak ni. Dah sah sah senyap jer....tapi itulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Esok kalau dah kenal lupa pulak segalanya. Memang tahun ni juga bakal menyaksikan satu frasa baru dalam hidup aku. Entah kenapa semenjak masuk tahun baru ni timbul perasaan sayang sangat kat si dia. Mungkin dah 3 bulan bersama kot. Ok baguslah untuk aku kalau macam tuh. Harap harap perasaan ni sentiasa ader bersama aku untuk selamanya.

2 comments:

EoNe said...

Well...awak punya time nanti jgn lupa jemput yeah :)

smart_cute said...

eone,

Insyaallah eone...u be the first!