Saturday, March 01, 2008

kekasih gelapku.

Bila membicarakan pasal kawan, aku ader banyak ragam yang ingin dikongsikan bersama sama dengan pembaca semua. Sepanjang aku hidup ni dah macam macam kawan yang aku jumpa. Memanglah hidup tanpa berkawan ni bosan. Macam kera sumbang ataupun macam katak bawah termpurung. Jenis jenis kawan kawan yang aku jumpa ni pulak dari yang high sociality life hinggalah budak budak kampung yang tak reti nak bersosial. Memang seronok bila berkawan dengan semua peringkat sosial kehidupan ni. Ada yang membuatkan aku rasa teruja bila melihat atau mendengar cerita mereka dan ader juga yang aku rasa kesian tengok mereka ni.
Zaman persekolahan dulu boleh dikatakan dikalangan kawan kawan aku semuanya sama sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Kami semua sama sahaja. Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan tak banyak masalahlah. Mungkin jugak ruang lingkup masa tuh hanyalah alam persekolahan sahajakan. so takderlah nak expose pasal kehidupan masing masing.
Semuanya bermula bila aku hidup dizaman Kolej. Itulah dunia luar aku selepas habis SPM. Aku bukan dari orang orang pandai yang bersekolah di asrama penuh, vokasional atau Teknik. So, memang tak pernah merasa nak hidup berdikari ldan uar dari kongkongan keluarga. Disinilah bermulanya kehidupan sosial aku yang mula bercampur dengan macam macam ragam manusia. Bermula dengan budak bilik hinggalah kawan kawan satu kolej. Kat sini jugalah aku berjumpa dengan anak orang politik, anak selebriti, anak orang susah, anak orang pedalaman sabah dan sarawak, anak orang yang mempunyai masalah keluargalah...macam macamlah lagi. Bila dah bercampur dengan mereka ni semua barulah aku sedar kenapa Nabi Muhammad SAW, menyuruh umatnya berhijrah. Rupa rupanya untuk kita melihat sendiri bagaimana kehidupan diluar zon keselesaan kita sendiri. Alhamdulilah, banyak yang aku pelajari bila berada dizaman kolej dulu. Yang paling ketara, bagaimana kita berkawan dengan anak anak orang yang berkedudukan tinggi nie. Memang tak nafikan, kehidupan mereka ni selalu sahaja kekurangan kasih sayang dari keluarga masing masing walaupun mewah zahir dan batin. Rakan rakan sebayalah tempat mereka mengadu banyak perkara. Disini jugalah puncanya masalah sosial dikalangan anak anak muda. Tak boleh nak salahkan ibubapa juga kerana tuhan telah memberikan akal kepada manusia untuk berfikir baik atau buruk sesuatu Perkara itu. Tepuk Dada tanya selera!.
bila dah habis zaman kolej, aku sambung degree di kusza pulak. erm, kawan kawan kat sini lebih sopan sikit dan menghargai orang. memang masa ni semua orang agak excited bila berkawan. memang rasa dihargai, mungkin juga kerana aku ni orang luar dari pantai timur. pengalaman di sana, memag menyeronokkan. itu lah juga tempat yang agak jauh dari keluarga aku. sedih memang sedih. erm....bestkan kalau dapat diulang semula. kawan kawan kat sini boleh dikatakan agak kurang bersosial sikit. mungkin masih lagi "perawan"dalam bab bab bersosial ni. tapi memang enjoy. kat sinilah juga aku jumpa ngan kiki. bila diimbas kembali zaman tuh, memang takkan lupa sampai bila bila.
didalam satu hubungan tuh, apa yang kita selalu harapkan?tak kiralah dalam percintaan ataupun persahabatan. rasa tak gunakan seandainya kita menyayangi orang yang tak menghargai kita. begitulah apa yang aku rasakan sekarang bila aku berhadapan dengan rakan rakan aku yang baru ni. bagi aku kejujuran tuh amat penting memandangkan aku dan persekitaran aku adalah dialam pekerjaan. bila difikir kan kembali sebetulnya aku taknak melibatkan diri dengan kawan kawan baru aku nie, dah banyak kali aku cuba menepis tapi memang gagal. kes yang terbaru ni pulak, melibatkan housemate aku. memang tak sangka dia tak percayakan aku selama ini. kes nya hanyalah sebesar kuman yang sah sah bukan aku yang melakukannya. aku memang kecil hati dan kecewa dengan dia. mungkin juga dia marah ngan aku. tapi aku tak boleh terima kalau dia tuduh macamlah aku ni punca segala galanya. aku tak tahu apa yang seharusnya aku lakukan memandangkan dia satu rumah ngan aku. aku bukan jenis yang pentingkan diri sendiri. tapi dia yang tak pernah nak menghargai aku. rasa tak berbaloi atau mungkin dia yang tak pandai nak berkawan. aku mengaku kesilapan aku selama ini terhadap dia. dah sampai masanya juga aku stopkan hubungan aku dengan dia....

4 comments:

shahril aley said...

kena pandai bergaul & mengawal pergaulan agar tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh tak baik. pernah tengok kawan "culture shock" bile bergaul dengan budak KL yang sosial. mungkin perasaan ingin mencuba sesuatu yg baru terbit dalam diri kot.

AJai Zaidie said...

shahril aley,
masalah sosial takan terjadi akalu kita gunakan akal fikiran sendiri untuk bertindak samada nak jadi baik atau sebaliknya.

syamrizal said...

kerana berkawan itu menjadikan kita cuba mengenal erti persahabatan yang sebenar... mana mungkin seorang insan itu dicipta tanpa ada teman di sisi... ada hikmah di sebalik kejadian...

AJai Zaidie said...

syamrin,

Aku tahu apa hikmahnyer, mungkin aku diajak dekat denganNya. Aku tahu banyak sungguh kesilapan yang telah aku buat selama ini. Mana mungkin orang dapat maafkan kesalahan aku. Kalau boleh biarlah satu hari nanti dia akan sedar dan keluar dari hidup aku!