
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai...
Komen:
See....jenis darah aku saja dah menunjukkan yang aku cintakan kedamaian. Aku ni memang tak suka suasana yang dimana orang suka bergaduh, berperang atau apa sahaja yang melibatkan keganasan. Aku takkan baca artikel mengenai Amerika nak serang Iraq ke, Zionis kejam di Palestine ke, atau apa sahaja yang melibatkan peperangan. Ini semua sekadar nak menunujukkan kekuatan masing masing sajork. Memang betul jugaklah aku ni suka melakukan aktiviti dalam berkumpulan. Aku suka menganjurkan aktiviti, tak kiralah zaman sekolah ke, kolej ke malah dah kerjer ni pun aku tetap ader aktiviti tersendiri bersama kawan kawan. Memang best hidup dikelilingi kawan kawan.Bab penyayang ni, ader sikitlah sebab aku mudah simpati kat orang dan cepat sangat menyelami perasaan seseorang tuh. Kalau orang ader masalah aku suka cuba memasukkan diri aku ketempat orang yang bermasalah tuh. Alah alah amik feel lah perasan orang yang bermasalah nie.Degil dan kuat bekerja tuh taklah sangat, mungkin bukan degil tapi aku suka ikut apa kata hati bila nak buat keputusan. Kuat bekerja sangat belum lagi mencapai tahap tuh. Cuma aku suka habiskan kerje seperti yang telah ditetapkan...Kesihatan pun ok cuma nak kena berdiet sikit hiks..hiks...
1 comment:
aku pon baru pernah menderma tiga kali... tapi rasa cam nak derma dan derma lagi lar... ketagih plak dah. lepas derma darah tuh, bukan apa... aku jadik lapar sgt... nak makan, makan... makan... agaknya tuh yg org kata berat badan naik. tapi x ler suma cam tuh kan?
Post a Comment