Wednesday, April 09, 2008

SSM Tawar Kaunter Bergerak Bantu Peniaga

MELAKA 8 April – Dalam usaha memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada golongan peniaga, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka menganjurkan kaunter bergerak selama tiga hari bermula hari ini di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang di sini.

Pegawai SSM, Mohd. Zaidie Mohd. Taza berkata, kaunter bergerak yang dibuka sehingga Khamis ini bertujuan membantu peniaga yang ingin mendaftarkan perniagaan baru dan membuat perubahan dalam butiran perniagaan.

Selain itu, katanya, pembaharuan pendaftaran perniagaan juga disediakan di samping melakukan penamatan perniagaan termasuk pembekal maklumat perniagaan.
‘‘Kita mengalu-alukan kedatangan para peniaga mahupun mereka yang ingin memulakan perniagaan, datang ke kompleks ini bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang,” katanya di sini hari ini.

Selain itu kata Mohd. Zaidie, antara perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah nasihat perniagaan, pembayaran kompaun dan pendaftaran e-Lodgement bagi membolehkan pelbagai urusan dilakukan menerusi Internet.

Ujarnya, sepanjang perkhidmatan itu, peniaga yang berhasrat melakukan urusan di kaunter bergerak dinasihatkan membawa kad pengenalan dan sijil pendaftaran perniagaan bagi memudahkan urusan dijalankan.

Sementara itu, kaunter yang sama akan dibuka di Dewan Dato’ Haji Ithnin, Jalan Batu Gajah, Merlimau pada 22 hingga 24 April ini bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

‘‘Kita harap orang ramai khususnya golongan peniaga dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan kaunter bergerak ini bagi melancarkan urusan perniagaan masing-masing pada masa depan.

‘‘Melalui kemudahan ini, peniaga tidak perlu bersusah payah untuk datang ke pejabat SSM bagi mendapatkan keterangan atau menggunakan perkhidmatan yang diperlukan,” katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat SSM di nombor 06-231 2266.
SUMBER : Utusan On-Line.
9 April 2008

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum warahmatullah..
salam sayang dari melbourne, florida, USA.. everything is good over here.. how u doing?? just miss u i guess.. i'll b back to malaysia soon.. take good care bro..

hugs- zach

AJai Zaidie said...

hai zach..wah jauhnyer...ok see you soon..